Sana sini biskut raya. Tapi saya belum buat lagi utk rumah sini. Kat bandar ni, dah macam2 biskut raya. Asal tunjuk2 jer. Pernah juga saya buat banyak biskut, tak terhabis juga. Kat sini, selalu nak biskut up to date, sedangkan kat kampung tak kisah, asalkan ada. Jadi, saya pun dah confius. Yg saya tau, buat biskut yg saya suka makan... haha. My hubby mana suka sangat biskut, kecuali tart nenas maknya. :)
Saya lambat belajar buat masakan di atas ni, even, kalu singgah bazar ramadhan... Percik dan Solok lada... itulah yg saya cari. Saya rasa renyah, susah mmbuatnya. hikhik... Padahal my Mama, nampak senang hati jer bakar arang dgn tiub getah/atau tuang minyak tanah, kadang2 timbun dgn sabut kelapa atau tempurung kelapa. Berkepul-kepulla asap. Bagi saya suuuusah tu. hikhik.. Belum lagi melihatnya mesin kelapa pada mesin kelapa. Kelapa parut yg baru turun dari pokok, rasanya suunguh enak!
Alahai, susah bagi kita, senang bagi oranglain. Saya paling jemu mesin kelapa. Kenapa ya? :) Dulu saya dok rumah lepas tamat sekolah, setiap hari Abah nak makan gulai. Gulai ayam, gulai ikan, sayur lemak. Pergh... Abah kopek dan belah kelapa... saya yg mesin. Selalu jugala saya muncung. Nak kata terer, bercalar juga tangan.. :)
Bila dah kawen, reti beli santan siap jer. Abah marah juga, sebab katanya kelapa belakang rumah tu banyak. Tapi saya buat tak tau jer. ngeee... lagipun tetap santan fresh kan, bukan kotak punya? hikhik. Sampai skarang, saya rasa mesin kelapa tu kerja renyah. My Mama pula suka perah santan, dari beli santan. Dia suka main mesin kelapa tu. Walaupun saya cuba goda dia gunakan santan siap. :D Tapi kalu berkehendak kelapa parut, memang menyanggup jerla mesin kelapa. :P
Hai.. cite kelapa pulak. Kedua-dua menu kat atas tu, eksperimen saya. Versi saya pula. Hasil pemerhatian dgn My Mama buat.Alhamdulillah, akhirnya saya belajar juga mmbuatnya. It's better late than never, right? First trial, puas hati dah :))
Hari ni, hari Jumaat. Sesetengah negeri dah Cuti Raya dah. My hubby, 28hb dah bercuti raya. Terima kasih banyak2 buat teman2 yg mghulur ucapan hari raya. Insya Allah, nanti saya round pula. :)
Saya tayang menu berbuka dan sahur jer ya. Moga jadi ilham buat teman2 yg mgkin bakal berbuka dan bersahur dgn famili kat kampung dalam 4 terakhir Ramadhan ini. :)
MENU SELASA
Ikan sardin hitam rasanya ni.
Ambik isinya jer. Buang kulit tu.
Siap dicampur bahan lain beserta kelapa putih. Sumbat dalam lada hijau. kat NSK ada lada hijau yg besar.
Siap dikukus. Actually tak nampak sangat kelapanya, sebab saya trlebih ikan. Pastu nak bagi lembut, kelapa putih tu saya mesin skit. Kdg2 ia agak keras kan? Ini eksperimen saya, hasil belajar dgn My Mama. Lihat entry kelmarin ni, ya.
Lama sangat dah tak makan ketam. My hubby terliur haritu nampak ketam besar. Jadi inilah, saya buatkan ketam bersambal. Macam2 resipi ketam ni, tapi kali ni saya guna resipi sama ngan sambal ini, dan skip sos tomato :D
Tu dia... seafood jer. Merantah la kita. :)). Kerang rebus tanpa air, letak 2 batang serai ketuk, garam. Tutup periuk, dan guna api perlahan jer sampai masak.
Sayur trsesat. Ada kacang panjang. Jadi, dibuat masak lemak.
MENU RABU, BEKAL BERBUKA DI LUAR - Mid valley
Sayur goreng campur
Sambal kerang. Resipi tu, saya skip sos tomato. Hasil lebihan kerang kelmarin tu, saya kopek, dan fozenkan. Bila dan dibuat sambal. tahan pula berhari-hari. :)
Solok lada lagi? hikhik. Ini yang baru buat. Inti yg lebih kelmarin tu, saya frozenkan. Masih manis bila di defrost, dan letak balik dalam cili hijau yg baru. Saya bagi My Adik Siti merasa, kerana hari tu kami ke Mid valley berjumpa dia.
Ayam bakar lada hitam bermadu. Lama dah tak buat.
Kan dah kata..... kami berbuka di luar. Siap bawa bekal Kuih raya dan Kurma lagi. Biskut aiskrim tu My adik Nura yg buat. Bekal ni semua, hikhik..... Versi bajet, jadi saya masak-masak dan makan kat food court bersama my Hubby. ;-)
SAHUR PAGI JUMAAT
Bakar ikan guna besi pemanggang baru. :)) Sesuai diguna atas dapur biasa. Siap ada tray kat bawah dia, supaya air ikan tak kena dapur masak. Jenama peacock, beli kat Jertih RM9.90. Bakar waktu pagi ni, tapi ikan dah gaul garam kunyit awal dah. :))
Ia tak basah, macam kita panggang atas kuali. Sesuai la nak buat percik ker, makan nga air asam. :)
Ikan percik versi saya. Ikut stail my Mama. Tapi cili yang saya buat ni tak hancur semua lak. ahaks..
Kuah percik Mama:
mysweetlife-nurindah.
Ikan 3 ekor dibakar, jangan kering sangat macam ikan percik saya ni. Santan panaskan dahulu. Pastu baru masukkan bahan kisar. Bahan kisar : cili kering yang dilembutkan, bawang kecil dan bawang putih, serai 5-6 batang , halia. Masukkan asam jawa skit, pastu gula dan garam. Biar sehingga sedikit pekat. Tuang atas ikan yg siap dibakar. Letak atas bara sekejap, biar melekat kuahnya pada ikan. Kemudian masa letak ikan atas pinggan, tuang lagi kuah percik tu.
Ayam percik Mama kat Entry ni jer ya.
Sambal kerang oter.Haritu masak banyak. Lauk lain pun banyak. Sambal ni pun tahan dalam peti ais.
Sambal Tutok di pagi hari...
Sawi masak bening/ masak air juga... :))
No comments:
Post a Comment