Saya ke pasar basah tadi. Beli ayam, daging dll. Bawa beg satu lagi utk letak lauk basah. Naik bas 70 sen jer. Teringat masa dulu2 masa kat belum kawen kat kampung. Pergi jertih dua trip, satu naik motor (bonceng jer) sampai jalan besar. Dr jalan besar, naik kereta 'prebet sapu'. Naik prebet sapu ni, kalu balik brhenti jalan besar cuma rm1. berhimpit2 ngan 4-5 org. Tapi kalu brhenti betul2 di depan rumah, sekrang kena rm 3.
Rasa brsyukur, sbb saya bole keluar sndiri beli lauk, dgn kemudahan awam di depan rumah. Terutama bila tak sempat ke pasaraya NSK.
Dlm perjalanan balik tadi , saya lihat ada seorang remaja yg naik. Dgn topinya, kemeja dan seluar slack. Ada surat trtulis nama FA di poket dadanya. Remaja Sindrom Down. Siap pegang handset dan lagaknya sprt remaja lain. Cuma agak malu-malu. Saya tengok saja. Saya lihat dia turun di bus stop. Dgn tegak dan yakin. Melaui celah2 kedai tmn kenanga. Subhanallah... Saya agak, ibubapanya tentu telah brkorban apa sahaja utk mnjadikan remaja 'istimewa' itu seyakin itu bergerak sendiri.
Oh! Ya, sabtu ahad lepas, saya dan suami ke banting saja. Tetapi petang ahad dah balik. Tak sempat brsahur brsama. Sempatlah kami hadiri majlis tahlil di rumah sepupu hubby dan mak sedara hubby. Alang-alang, saya buatkan sheperd pie. Kat majlis mak sedara pula, saya buat kuih bakar pisang. Resipi sheperd pie tu ambik kat myresipi jer. Nanti saya update gambarnya. :)
Pagi Sahur pertama tu, sempat bangun 4 pagi. Bermulalah sesi saya calling adik-adik utk kejutkan sahur. Saja jer, sbb saya tak sempat call sebelumnya. Sambil bertanya Mama, menunya di pagi sahur pertama itu. Semua tak dapat balik brsahur brsama sbb sibuk, melainkan adik Nura yg mmg tinggal bersama. Kasihannya.... Sbb sahur prtama kan? Saya kesal, belum dapat balik lagi, tak sampai hati tinggalkan hubby, yg sibuk kerja sbb katanya mesin ada masalah. Moga dipermudahkan..
Inilah mee bakso. Sibukla menggentel daging kelmarin sebab lauk pauk takde. Alhamdulillah, mee satu paket 3/4 kami balun berdua. Campur murtabak kulit popiah tu, ngan air soya yg saya kisar sndiri. Syahdu.. sbb semuanya sedap dn mnjadi. Thanks to MyResipi. :)
Mee Bakso. Selalu nampak masa pasar ramadhan. Nak beli, tak reti makan. Tak tau apa rasanya. Dah buat sendiri ni, baru tau. :) Terima kasih buat Che 'iza, jasamu dikenang kak.. mohon halalkan resipi ya. :)
RESIPI MEE BAKSO
Resipi: Che'iza MyR
Bahan-bahan ( 7-8 org )
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) - nurindah: ganti mee kuning
Taugeh
Kobis dihiris halus
*UTK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
*UTK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji (lada putih)
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam (nurindah: 1 kiub pati daging Knorr)
sedikit serbuk lada sulah (nurindah: 1/2 sdk)
Garam n perasa (nurindah: garam saya letak 1/2 sdm)
Nurindah: Air saya bubuh 1/2 periuk besar.
Cara-cara
UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa.... (nurindah: guna sambal kicap jer, pun dah kick. Rujuk sini)
KUAH BAKSO
Di bawah ni, lauk lauk Sahur Pertama kami, bekal dari mak sedara hubby selepas tahlil. Kerabu Jawa, kerang, sup ayam.
TIPS UNTUK DICE BAWANG dgn pisau
dr cooking books Maran illustrated. Memang cantik dadunya. Guna pisau yg tajam.
Salam ramadhan indah n hb n semua2!! hihihi... lamaaaaaaaa tak jengah umah indah, kita ni pun blog walking main2 jerr nak2 dah puasa ni malas betull hihihi.. abis tu sume masak sedap2 :D indah sihat ke? ari ni masak apa? kita dah siap2 menu buatnyer tak lagi niii nak g ambik bantal jer rasanyer hihihi...
ReplyDeletenur bt sy lapar! :)))
ReplyDeleteselamat berpuasa buat indah sekeluarga.....
ReplyDeletewahhh..sedappnya bakso...
kak mas suka....
letak cili kicap lebih..
perhh....
Salam ramadhan ika,
ReplyDeletehehe... sama la kita. byk benda sgt saya kna pikir baru2 ni, tak smpat BW. Saya sihat.. masak sempoi jer ika. tak larat bebeno arini sampai tido pun awal,hu...
Salam Del,
ReplyDelete:))) Risau saya dengar. nak post air lagi serba salah. haha...
Salam kak mas,
ReplyDeletePergh.. bakso ngan cili lebih, meletup saya. haha.. tapi rasa mmg kick.