Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, August 25, 2011

:) macam mana nak mula ya?

Salam sejahtera,

Macam mana nak mula ya? Alhamdulillah, internet hari ini OK. Sudah berhari internet kat sini... kejap ada, kejap takde. Petang kelmarin baru betul2 stabil. Saya pula dah malas layan TM ni. Tunggu jerla sampai ia betul betul ada line. :P


BALIK BESUT

Kami balik ke Besut Rabu lalu sehingga Sabtu. :) Alhamdulillah, Hubby yg sibuk dapat luangkan masa.Dari peracngan yg tidak jadi awal bulan lalu, akhirnya diizinkan Allah jua.. kami balik bersama-sama berjumpa orangtua. Ada jer line internet kat sana, tetapi saya betul-betul fokus pada keluarga. Naik bas saja, cepat dan tidak meletihkan.

First day sampai sana hari khamis, saya tolong2 my Mama buat kuih Pelita dan solok lada. Dia buat utk dihantar ke gerai. Ada permintaan, dan sellau habis. Faveret saya tuh! Apa lagi.. ada canla saya belajar. Hari tu pun My Mama pun Ayam Percik... yum yum. Saya mengadu... napela Solok lada dan ayam percik kat bandar tu tak sama macam mama saya buat? hikhikhik.... Agaknya lidah saya dah terbiasa dgn masakan tradisi My Mama. Mama pula cakap, dah tua-tua ni baru nak blaja buat, dulu taknak. Kena sebijik. :)

KUIH RAYA

Hari kedua pula, saya start buat biskut raya. Alhamdulillah, penat lelah menimbang dan menganggkut semua bahan biskut berbaloi juga. Maklumlah, bukan senang cari bakeri yg lengkap semua bahan di Jertih. Mahal pula. Kami bergotong-royong menyiapkan semua biskut tu, adalah 5-6 balang. Dua jenis jer. Almond london dan biskut chocolate chips. Biskut Dahlia, saya cuma sempat adun pada hari terakhir di sana. Selebihnya mereka yg siapkan. Harapnya seronokla adik-adik beraya dgn cookies kami, walaupun saya tiada di pagi raya...

My hubby sempatlah buat wiring, pasang lampu baru, tolong my Mama hantar motor yg rosak ke bengkel. I'm proud of you. :)

Fiuh! Adik-adik nampaknya seronok dan mahu belajar, walaupun mereka baru saja lepas accident lagi. Hurm... My 2 young sisters, Nura dan nuru, ke Jertih nak mmbeli barang dgn motor. Ada pula sorang perempuan dengan kereta membelok depan stesyen minyak, tiada signal membelok. Bertembungla mereka. Mereka setuju 0 - 0, tak mau report polis. Berjanji, nak datang ke rumah kami malam tu utk settle yg lain-lain. Tapi tak nampak pun muka mereka sampai esok harinya.

My Mama, nak claim duit kerosakan motor sebab mereka yg salah belok. Tapi sbb tanpa rekod polis, dan no plet kereta, mereka dah trlepas. Yg ada, cuma no tepon. Mereka sanggup bayar gantirugi motor, tapi lepas dapat anggar nilai kerosakan, sampai ke sudah... mereka tak nak bayar pula. Kesian Mama. Bulan puasa, ni memang terasa teraniaya.

TADARUS

Alhamdulillah, kat rumah sempat bertadarus ngan mama dan adik. Saya dan adik Nura sempat buat rushing, hehe... 1 juzuk. Sambil2 saya betulkan bacaannya. Alhamdulillah. Saya pula, hampir 2 juzuk jer sepanjang 4 hari. Sikit benor kan? hehe. Jangan tanya saya baru berapa juzuk. Saya lambat start.

Panjang benor, citenya. Kita tengok gambar dahla. Sempat tolong my Mama buat kuih tepung pelita dan solok lada, ayam percik. Resipi takdo la, nengok caranya jer dan tanya-tanya.


Saya main tengok cara mmbuatnya sahaja. Itupun dah cukup bermakna. Kita taula, rupanya solok lada ni guna isi ikan mentah, bubuh asam jawa, bubuh lada hitam, bawang , halia, bla.. bla. Main ingat jer. :P


Lada hijau kembang. Banyak kat pantai timur. kat sini payahla cari.  Pinjam tangan Mama. :)

Bahannya Kelapa parut putih (kami ada pokok kelapa, guna kelapa yg isinya tidak trlalu tua, memang lembut :) , Ikan selayang/ ikan sardin (ikan lain kurang manis)  dibuang kulitnya lalu diambil isinya mentah-mentah  dikisar sehingga jadi pes,  air asam jawa, manisan sedikit, lada hitam, garam, bawang dan halia yang dikisar.  Campur semua.

Manisan orang Terengganu.

 Siap isi intinya ke dalam sarung lada hijau tadi. Lada hijau buang biji dulu. Pengukus Mama dialas dgn daun pucuk ubi. Katanya, mmbazir jer guna daun pisang. Pucuk ubi boleh makan. ;)

Ini rupa setelah masak. Yum yum.....


Ayam percik? Wallaa..... heaven! My Mama buat mesti kena selera saya.


  1/4 ayam direbus dgn sedikit air, separa masak, kemudian bakar hingga masak.


Kuah percik Mama:
mysweetlife-nurindah
Ini pun guna pati santan. Santan panaskan dahulu. Pastu baru masukkan bahan kisar. Bahan kisar tu, cili kering, bawang, serai 5-6 batang, halia. Rasanya masukkan asam jawa skit, pastu gula dan garam. Biar sehingga sedikit pekat. Tuang atas ayam yg siap dibakar. Letak atas bara sekejap, biar melekat. Kemudian masa letak ayam atas pinggan, tuang jer kuah percik tu.




Tepung pelita? Saya pun kagum. My adik Nura reti buat temalong tu (bekas daun pisang).  Diala yg buatkan 50 bekas sehari utk my Mama. Kata Mama, temalong tu guna daun pisang 'Gala'. Apa jenis pisang tu ya? Tapi katanya yg dijual tu, betulla daun pisang tu. Sebab daun pisang lain takbole pakai, sbb daun pisang jenis tu jer yg trbaik. Saya belajar la juga, adeh... tak pro, mesti ada acuan kat tengah daun tu. My adik, lipat macam buat Origami... :) My Hubby pun turut buat, besar bagak semua . hikhik..

 Daun warna pudar tu mesti kat dalam, itu petuanya. kalu tidak kuih pelita kita akan terasa sedikit pahit. Pastu alas temalong dgn satu keping daun pisang lagi, supaya ia keras di bawahnya.

Tepung pelita ni, banyak guna tepung beras. Ini santan pekat, dalam dua kali perah dari sebiji kelapa. Campur tepung beras. kacau sampai masak. Ada bau santan dan berkilau, tanda ia masak tu. Topping paling atas.

Ini bahagian bawahnya, tepung beras campur air dan pewarna hijau, buat cair-cair. Masak sekejap saja. Bahan ni perlu dikukus sekejap lagi.

Ini gula, biasanya temalong sebesar yg mama saya buat tu, letak sesudu gula.

Letak temalong (bekas daun pisang) atas pengukus. Letak atas air kukusan yg telah mendidih. Sudukan gula satu persatu. Kemudian tuang bahan yg berwarna hijau tadi. Tutup kukusan. Biar sehingga ia masak. Guna api besar. Rasanya sekejap jer tu, nampak macam ia keras sedikit.

Macam ni cara bahagian bawahnya masak.  Angkat kukusan, alihkan setiap kuih ke dalam dulang.


Kita tuang bahan santan tadi ke atas setiap bekas kuih. Pastikan santan masak tadi masih panas. Biarkan kuih sejuk dan jadi macam di atas...


Cara nak pek, leceh juga. Alas plastik dgn kotak potong, letak kuih. Letak daun pisang, letak kertas kotak tadi. Alad dgn 2 biji kuih lagi. Setiap sebungkus RM 2. Besar... dan puas makan.


8 comments:

  1. nur,seronoknyer balik kg jumpa mama n famili..mkn mskn mama..mmg x terkata seronoknyer!!

    *kat sini x jumpa cari pun cili hijau camtu,akhirnyer teringin sgt guna cili biasa..ok la jg. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nur.
    Lama sungguh kakchik tak singgah kat sini. Dah lama berblog ni makin tak sempat nak jalan2 bw macam dulu.
    Apapun, Nur masih di hati kakchik.
    Seronok kan dapat balik kampung. Kakchik ni memang dah hari-hari kat kampung jadi yang dirindui ialah kampung mertua. Rindu masakan mak mertua.
    Wah... sedapnya solok lada tu. Kalau dimakan dengan nasi kerabu memang umph. Tepung pelita kegemaran kakchik. Samalah kita, dah tua ni baru nak belajar buat hehe.
    Selamat meneruskan ibadah Ramadhan ya Nur. Kakchik pun belum dpt khatam Qur'an ni. Dah cuti 6 hari nampaknya kena khatam lepas Ramadhanlah.
    Selamat hari raya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  3. aslmkum nur.. smga sihat2 selalu.. wah suka akk tgok solok lada .. fav tu.. n tak prnh buat pun.. slalu beli jer kt pasar mlm.. sempena lebaran ni akk mohon ampun n maaf yer.. n selamt hr raya..

    ReplyDelete
  4. salam nur.. selamat hari raya maaf zahir batin ye.. menariknya besar2 kuih tepung pelita tu.. rindu nak beli kat pasar ramadhan

    ReplyDelete
  5. Salam Del,
    hehe.. Alhamdulillah, seronok walaupun tak puas lagi. masakan mama mmg itulah yg femes dalam adik beradik saya. :)
    Cili hijau tu mmg payah, rasanya pun lembut kan? Cili hijau kat sini kenyal skit. hikhik

    ReplyDelete
  6. Salam kak chik,
    Kak chik juga di hati saya. :)
    Sama juga saya, rindu masakan ibu yg jauh.
    ha... my hubby kata, bukan solok lada makan ngan nasi kerabu? hikhik. Kat tmpt kita, mmg ada selalu jual bulan puasa kan? Dimakan gitu jer. Sama la saya... tepung pelita. Yum yum..
    Nak khatam, mmg jauh rasanya. Tapi setakat saya mmpu :) Selamat hari raya, maaf zahir batin juga.

    ReplyDelete
  7. Salam kak zana,
    Saya pun baru nengok cara mmbuatnya. :D saya pun sama kak. Ampun maaf dipinta, selamat hari raya juga

    ReplyDelete
  8. Salam kak Juwita,
    2 kali besar dr yg kat bazar ramadhan kak. hehe.. selamat hari raya. maaf zahir batin juga ya, kak.

    ReplyDelete

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers