Tak online kelmarin. Byk brfikir agaknya. Sejak nak balik besut ni next week, terkenang macam2. Yalah, bumi mana tak ditimpa hujan. Sbg seorg yg paling tua dlm family, bagi 4 adik-adik perempuan yg bujang (yg kadang2 dengar kata juga.. :D ), trfikirkan adik lelaki yg seorang buat saya fikir macam macam.
Saya rasa tak banyak bakti saya. Sbg isteri, kaki saya di sisi suami. Walau hati teringat-ingat bila keluarga menelepon, bila hati melayang-layang bila trdengar ada masalah family, bila hati sendat rasanya bila hati orangtua saya dilukai oleh org yg tak sepatutnya. Dan cubaan terus datang walaupun ramadhan ini.
Tidak byk tidak, kerinduan itu ada. Ingin berlari ke tengah laman rumah tu ada, ingin bermain 'Bunga api' di laman rumah masa org tarawikh tu ada, nak pasang pelita setiap malam sehingga '7 likur' (7 hari terakhir ramadhan). Dulu Abah selalu pasang.
Tanggungjawab kita memakmurkan bumi dan merancang penghidupan mengikut kebijakan yg Allah bagi. Tetapi hidup ini tetap milik Allah. Di sebalik kita merancang, Allah telah merancang sesuatu utk kita. Kalau kita bimbang dan ragu.... beristikharahlah. Kata ustaz, isktikharahlah dalam ragu ataupun dlm tetap pilihan itu supaya pilihan kita diberkati.
Hal adik-adik ni kadang2 buat hati saya sayu dan risau. Semua bertebaran mencari rezeki dan mncari pnghidupan. Yg kadang2 susah sangat nak meminta 'Buah fikiran' kakak abangnya. kakak abang yg satu zaman dgnnya dan lebih tau bab kenyataan hidup darinya. Sebab ada setengah perkara ada orang tua yg menyokong adik-adik, jadi kakak abang tak mampu cakap apa. Ikut sukalah...
Teringat ada adik saya yg terambik loan ASB, hasil pujukan orang bank. org bank tawarkan dividen banyak. Bila saya tahu dan suruh keluar, sbb lama betul kontrak. Kata adik, tak boleh keluar kontrak dah, sebab dah guna dividen tu. Yalah, dah tolak gaji setiap bulan mestila nak guna duit. Saya rasa ramai yg ambik, dan isu ni pun dah basi. My hubby rasa marah betul ngan orang bank macam ni. org bank ni pandai betul pujuk budak2 perempuan.. (kak sedih ingatkan korang ni..)
Belum lagi hal yg mmbeli rumah 100,000 guna KWSP. siap beli set rumah lengkap.Dia bagitau orangtua, guna KWSP semua. Jadi orangtua ni setuju, fikir anak tu pandai rancang hidup. secara logiknya, setiap loan rumah akan melalui bank, dan bank akan nilai harga rumah. KWSP nya baru saja 4 tahun, kerja gov. meski pinjaman utk org gov ada 'special', tapi bila dia dapat duit lebih, bermakna dia telah ambik duit LOAN melebihi apa yg dia perlukan. Ya, mgkin pinjamannya lebih 200k. Bila darab bahagi 30 tahun, interestnya, alahai... Tak bincang ngan kakak abang lgsung. orang tua seronok je bila fikir anak ada rumah besar dan perabot lengkap, keta besar, tetapi bila mintak tolong anak, anak kata takde duit. Dah banyak saraan. Sebak di situ..
walau kami ni tak banyak duit, kami boleh diharap mintak 'Buah fikiran'. Kami satu zaman dgn mereka. Lebih dahulu merasa benda2 sekeliling. Merasa ditipu, dipujuk, dihentam, dibuli, dikaki, di.. macam-macam la. Keja Swasta mana mgkin sama ngan orang keja Govemen...... Tahap buliannya setinggi 100c! Ini my hubby kena gi oustation 4 hari lepas raya. Tak puas hati gak, kerana oranglain patut pegi. Tapi, Allah tentu merancang suatu yg lebih baik utk kita. Mesti ada benda yg baik..
Penat nak dengar keluh kesah parent. parent mana yg tak sayang anak. kalu boleh, semua nak diturutkan. Tapi bila jadi macam ni, katanya takdir dah... Saya geram. Sebabnya hutang, kita boleh elak. hal jodoh pun, selagi mampu Allah bagi pilihan kat kita. Adik-adik ni manala nak dengar sangat. Sebab dia rasa dah dewasa. lagi kita marah, lagi dia mnjauh. Sayu ada, geram pun ada.... Sebab itulah, hati saya selalu melayang-layang... fikiran selalu tmenung akhir2 ini. Sayangkan adik sbb tu kita ' tegur ', sayangkan parent jugak sbb tu kita ' diam....'
Maafla, hari ini bebelannya panjang. Buat adik yg mmbaca, jadikanlah tauladan, janganla ulangi kesilapan oranglain di sekitar kita. Kak dan abang pun banyak kekurangan. Maafkan kak banyak2 ya dik, kalu kak trlebih......
Menu kat bawah ni dua hari peram. Tengokla apa yg ada. :D Percayalah, nampak jer banyak. Tapi sahur... sekurang2 tak perlu masak dah. Cuma tambah sikit2 jer.
RAMADHAN 9
Ondaway makan ni. dah hampir tinggal tulang sekor ikan tu.
Cucur Jagung Kak Nor
Tomyam Udang Mudah. Khas buat my hubby yg suka kuah pekat macam ni. ;D
Kacang buncis goreng udang kering
RAMADHAN 10
Kelmarin punya ni
Sup sayur kangkung dan suhun bertelur. Resipi tu cuma skip bebola. Mudah dan sedap.
Samosa. Saya teringat sorang blogger rasanya Kunang-kunang, katanya samosa frozen hancur bila goreng. Rasanya saya tau sebabnya. Kulit popiah yg dah diisi inti mmg akan basah. Sebab tu cara goreng samosa atau popiah frozen ni, masa dia beku atau separa beku.
Ikan masak kicap. Yum.... Tukar daging kepada ikan jer.
Ting.. ting! Air ribena, segar sungguh!
Sabar banyak-banyak ya Indah..
ReplyDeleteindah.. menu berderet.. bersabar ye indah..:)
ReplyDeletenak try cucur tu...nmpak menyelerakan. :)
ReplyDeleteSalam kak Nieza,
ReplyDeleteInsya Allah kak. nak doa banyak2 masa ramadhan ni.. :))
Salam kak Juwita,
ReplyDeletemenu sempoi jer kak. hehe.. terima kasih, Insya Allah saya sabar. :)
Salam Del,
ReplyDeletememang berselera makan cucur masa panas2 tuh. yum!