Hari ini Ahad, macam biasa my hubby ada kat rumah. jadi kalu sempat baru blogwalking. Kelmarin mencuba cucur jagung dari setelah melihat tayangan dr blog kak lizahanum. Asal resipi dr kak Nor secubitgaram. Saya guna seketul jagung dan potong isinya. Adun, pastu perap skejap dalam 15 minit. Hasilnya, kulitnya garing, isinya lembut... Rupa cucur jagung ni, dah sebiji macam cucur udang yg gemuk2 kat gerai tu, boleh cicah sos atau kuah kacang. Sedap sungguh! MY hubby tak berhenti2 makan. Kata dia, dah bole jual ni. :D.
UPDATED: Terima kasih kak Nor atas teguran. Mohon halalkan resipi ya. :D Dan terima kasih kerana berkongsi. Terima kasih jua buat kak Lizahanum yang tayang cucur jagung ni haritu. Di bawah juga saya sertakan hutang tag. Terima kak liza sebab bagi award tu. :)
CUCUR JAGUNG 2
Sumber Asal : Kak Nor, secubitgaram
Copy dari blog: kak lizahanum
Bahan-bahan
1 cawan isi jagung
1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1 bj telur
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
* Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
* Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
* Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
* Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
* Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..
AWARD
http://lizahanum.blogspot.com/2010/08/award-dari-azatie.html
Soalannya ialah:
Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
Kejap lagi nak gi rumah jiran. pastu lipat baju, pastu nak selak menu, pastu nak gi giant.. pastu.. banyak lagi ni. hihi
Soalan 2
Apakah nama samaran anda?
Nurindah (online)
Soalan 3
Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
1. My hubby
2. Ibubapa dan mertua
3. Adik2 dan teman2 tersayang...
Soalan 4
Panggilan untuk si dia?
Abang..
Soalan 5
Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
Kasih-sayang dan didikan yang berpanjangan. Dah banyak benda, keperluan dan keinginan saya yang my hubby penuhi, dan saya bersyukur sangat2. Cuma saya masih banyak kelemahan dlm menjadi isteri yg terbaik. Masih perlu bimbingan.
Soalan 6
Blog mana yang anda selalu lawat?
All Blogs yang menceriakan hari saya. ;)
Soalan 7
Tag 15 orang blogger...
Pasal mentagging ni, macam biasa... sape2 yang sudi sila ambik ya. :)
rajinnyerr wat tag.. ihihi
ReplyDeletesalam nur...tghari tgk cucur..lapar weh :)))
ReplyDeleteSalam en_me,
ReplyDeleteAlhamdulillah, sempat masa. Mr hubby pun izinkan. :)
Salam Deliah,
ReplyDeleteHu, cian dia.. cucur tu sodap tau.. ;)
salam....
ReplyDeleteindah,terima kasih bgtau akak...akak memang terlupa sebab nak cepat,
pepun,Selamat Hari Raya ,maaf zahir batin yer.TQ diucapkan sekali lagi kerana memberi peringatan kat akak...len kali akak akn hati2 yer...luvs u...
Salam kak lizahanum,
ReplyDeleteSama2 kak. Er.. don't mention it kak. Biasalah, saya pun selalu juga tersilap.
Ala..Kita kan satu group..resipi tu akan brlegar2 kat sini jugak. hihihi.
Selamat hari raya, mohon maaf zahir batin kak liza. :)