Ada satu pengalaman yg terjadi di kampung yg saya rasa lucu, tetapi berkesan di hati jika tidak berhati2.. Jangan salah faham. Ini bukan rahsia suami isteri. Cuma perkara yg kadang2 terjadi dalam hidup berumahtangga. Menjadi pengajaran di hari muka.
Biasanya saya tidak pulang ke besut, jika tanpa my hubby. Dgn operation bulan January dan menunggu pulih, maka tup-tup dah setahun saya tidak bertemu ibubapa.
Mertua yang mengiringi saya ke Trengganu pastinya mahu pulang krn ada urusan lain. Sedangkan saya, akan ditinggalkan suami, krana suami akan membawa ibubapanya pulang. Saya rasa terkapai-kapai. Berasa bersalah meninggalkan keluarga yg tgah susah, tak kurang berasa sedih ditinggalkan sendiri. Suami mmg izinkan saya tinggal seminggu di sana, tapi saya jd selfish... ingin suami di sisi.
Saya solat hajat stiap kali lepas Solat supaya adik cepat sembuh dan tiada kecacatan berlaku kerana jahitan di muka. Saya sayang adik2. Mungkin berlebih2 skit kerana belum lagi ada anak2. Jadi, sayang itu umpama anak2 sendiri. Abah saya dah sangat tua. Tak lagi bekerja. Dalam 76 umurnya (update:saya betulkan umur). Hidup di zaman Jepun lagi. Tapi badan still kuat bergerak. Cuma mama, masih muda skit dalam 50 umurnya. Mama berniaga pun, slalu menjadi fitnah orang dan gagal. Untung dapat cukup modal.
Walaupun abah kerap kurang dpt bekerja dulu, tapi rezeki Allah itu sentiasa ada. Sehinggalah kami besar. Kadang2 saya senyum saja jika mama still nak berniaga, sedangkan mama dan abah sudah tidak perlu menanggung ssiapa. Dalam abah tak bekerja, bantuan zakat utk orang tua, dan bantuan skolah sentiasa ada. Biasiswa kami melimpah2 sehingga kami habis sekolah. Rezeki Allah itu ada.. Maknanya kami bukanlah anak2 yg menyusahkan, kan?
Masa kecil2, abang dan kakak tiri slalu membantu sbb abah minta. Tetapi skrg, mreka sibuk dgn hal keluarga. Abah dijaga oleh kami dan tiap bulan abah dapat saguhati. Skarang, urusan adik-adik jatuh ke atas saya dan suami, dan adik2 yg lebih besar.
Bila di kampung, hati rasa dipaut sedih dan berasa sifat persaudaraan yang kuat. Maka berkali-kalilah saya minta my hubby menemani saya di sisi. Seakan prebutan pula berlaku di antara saya dan mertua. Minta difahami dan memahami. Saya jadi tidak mendengar kata.
Saya tau, hormon saya pun tak seimbang masa tu. Dah dekat uzur. My hubby pula jenis berdiam, tidak mahu membela perasaan saya di hadapan ibubapanya. Saya jadi bingung dan tertekan. Akhirnya saya ikut pulang juga kerana nasihat Mama. Akhirnya rasa tertekan tu terbawa2 shingga ke rumah di banting. Saya sudah tidak ada mood beraya. Sudah pasti ada yg tak puas hati ngan saya. :)
Memahami dan difahami adalah suatu yang berbeza. Saya mengambil tindakan berdiam juga. Tawakal pada Allah atas segalanya. Bila kuarga suami susah, saya selalu ada. Bila kuarga saya susah, saya hanya sempat tunjuk muka. Sedih, sebak.. Kalau saya di kampung, pasti saya perlu suami untuk menemani...Dalam perjalanan pulang, saya uzur, tidak boleh solat. Masa itu, saya mula sedar, sensitif itu disebabkan perubahan hormon.
Dalam perjalanan pulang ke rawang, kami singgah di National Library. Akhirnya jumpa buku ini...
Syukur, saya membaca buku ini.
Baru saya sedar, sifat lelaki tidak akan sekali2 membela isteri di hadapan ibubapanya. Juga tidak skali2 mencela. Dia akan diam shg kita salah sangka. Kasih sayang suami itu hanya terserlah bila kita berdua-duaan, sama ada di bilik atau di rumah sendiri. Jadi, tiada apa utk dirisaukan.
Barangkali, mesti para isteri pernah merasai pengalaman bgini. Satu pengalaman yg mendewasakan. Tiada apa perlu dirisaukan, kerana ketaatan isteri itu lebih utama. Kasih sayang terhadap ibubapa lebih kuat.
Untuk apa saya rekodkan? Hurm, jadi pengajaran saya. Jadi kekuatan buat saya menempuh alam rumahtangga. Menjadi tampuk kasih-sayang saya buat ibubapa mertua yang menjadi Muhrim saya sehingga ke akhir hayat. Yang mesti diperlakukan laksana ibubapa sendiri..

salam lebaran NURINDAH...
ReplyDeleteindah sungguh catatan mu...dulu2 akak pun ada gak perasaan gitu , apatah lg kita mengenali dan bercinta dgn suami selepas kahwin...
apa2 pun selamat melayari bahtera rumahtangga ..moga bahagia ke akhir hayat
Salam Indah,
ReplyDeleteKalau dah dekat nak uzur tu, memang kadangkala kita berperang ngan emosi, cepat terasa, sedih, marah dan sebagainya.
Alah bisa tegal biasa. permulaannya kita merasa seakan terpinggir tetapi sampai satu masa kita sedar suami mahu menjaga kedua hati wanita yang amat sangat disayanginya. Moga bahagia selalu Indah.
Salam kak ummihumaira dan kak sweety,
ReplyDeleteInsya Allah kak. Doakan kami, kak.
Moga saya kuat, sabar dan setia selalu di samping suami.