Ini Kes teringin nasi dagang mama saya. Sejak kecil, nasi dagang ialah hidangan yang mama saya buat setiap kali raya. Selalunya, Mama akan menggunakan beras Merah dan buat Gulai Ayam Kampung. Maka petang seblum raya, saya dan mama mencabut bulu dan memanggang ayam sehingga ayam tu elok dimasak gulai. Tapi dah lama mama tak buat. Adik2 saya nak kelainan di hari raya, maka muncullah nasi tomato, masak lodeh, lontong, soto dsbg. hihihi. Pulak tu, resipi nasi dagang mama saya tak jatuh ke tangan saya. hihihi. Jadinya, saya cari resipi kak Hanieliza yang sesuai dgn selera pantai timur saya ni. Cukuplah mengubat rindu. ;) Terima kasih banyak2 buat kak liza kerana berkongsi resipi. Mohon halalkan copy resipi ya kak. Oh! ya, tips lain tentang nasi dagang lihat tips Chef Norzailina
Alhamdulillah... erk! hihi..
Nasi dagang ni wangi... dgn bau halba.
Kari ikan tongkol/ ikan aya. Kuahnya, terpulanglah nak cair sikit, atau pekat sikit..
Acar yang membuatkan selera kami bertambah.. :)
NASI DAGANG
Sumber: Chef Hanieliza FP
Bahan-bahan
600 gm cawan beras (Nurindah: saya guna beras Siam,AAA )
100 ml beras pulut
30 gm halba
400 ml air
400 ml santan pekat
garam secukup rasa
Bahan utk DiMayang
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
Cara-cara membuatnya
1.Beras dan pulut disatukan dan dibasuh. Rendamkan.
2. Toskan dan masukkan dalam kukusan yg berlubang. (Guna jaring halus, atau macam saya, guna penapis plastik yg ada lubang2 kecil tu. Contoh macam saya kukus pulut kat sini
3. Kukuskan sehingga naik wap.
4. Keluarkan beras dan masukkan dalam mangkuk.
5. Siramkan dengan air dan kacau rata.
6. Masukkan semula beras dalam kukusan berlubang.
7. Taburkan hirisan halia dan bawang dan kukus sekali lagi sehingga naik wap.
8. Masukkan dalam mangkuk besar dan siramkan dengan santan yg telah digaulkan garam. (Nurindah: lepas masuk santan, saya kukus lagi sbb nak bagi santan berwap)
9. Gaulkan rata dan hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar.
Gulai Ikan Tongkol
Sumber: Chef Hanieliza FP
Bahan
1.5 kg ikan tongkol ]
50 gm asam keping ] potong...bersih dan rebuskan
garam secukupnya ]
(NURINDAH :REBUS 3 BAHAN DI ATAS DGN SEDIKIT AIR-paras ikan jer)
60 gm rempah kari ikan (Nurindah:boleh guna cap ros, atau kari babas)
10 gm serbuk ketumbar
5 gm serbuk jintan
80 gm cili mesin
4 ulas bawang kecil [tumbuk halus]
3 cm lengkuas [tumbuk kasar]
500ml santan pekat
30 gm gula merah - (Nurindah: saya guna gula merah cap bintang)
30 gm kerisik
50 ml air asam jawa
minyak unyuk tumis
cili api dan belimbing buluh - (Nurindah: Saya masukkan cili api diketuk last bila gulai dah masak)
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing. (Nurindah: cara saya, tambah air skit pada rempah tumis tu. Biar pecah minyak skit)
2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendideh. (Nurindah: air rebusan ikan pun saya masukkan sedikit utk menyedapkan kuah)
3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api.
4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.
Acar Timun
Sumber: Chef Hanieliza FP
Bahan
100 gm timun
100 gm lobak merah
100 gm cili merah & hijau
50 gm bawang besar
60 ml cuka
30 gm gula
garam
Air kapur secukup untuk merendam sayur (air kapur utk merangupkan sayur, spy tak trlebih layu.)
Tambahan Nurindah: Nenas - dibuang empulurnya. dipotong kecil
Cara.
1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus saperti batang mancis. (Nurindah: saya potong panjang, nipis. Potong nenas 3 segi)
2. Lobah merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti timun juga.
3. Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.
4. Rendamkan semua bahan yang dimayang (kecuali Nenas), dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.
7. Hidangkan bersama nasi dagang.
salam indah
ReplyDeleteakak xpnah seumur hidup masak nasi dagang..
tp, sebab cik abe dah ckp ari tu, teringin nak mkn nasi dagang, harus akak cuba buat..
nasi dagang tu nampak best la..terliur la pulak
salam nur...yg ni blm pnh masak lagi...tp klu mkng, sll...rm4.50 sbungkus...pilih nak ayam @ ikang aye *...yg nur bt tu nampak sedap betul! :p~
ReplyDeletewah dik..akak teringin nk buat nasi dagang utk raya ni.Kiranya percubaan pertama laaa...akak copy respi dulu yer..nampak sedap..tp kan, kalo dapat rasa sepinggan lagi best :)
ReplyDeleteSalam kak Niezaman,
ReplyDeleteMmang best kak. Kalu mr hubby suka makan nasi ala2 pulut, nasi dagang harus dicuba :)
Salam Deliah,
ReplyDeleteWaduh... buat teringat ayam jer ni. Memang kaw kalu ada gulai ayam nih. hihi
Salam kak Noorma,
ReplyDeleteWah.. nak buat hari raya ya kak. Cubalah.. kalu kuarga kak noorma suka makan pulut2, memang harus cuba nasi dagang. Mr hubby saya, kurang makan pulut. Saya jer yg abiskan. hihi
Er.. menu dah basi tu. ;)