Resipi BUAH MELAKA? Ala.. Sediakan doh : Tepung pulut + air biasa/ air daun pandan + secubit garam + perasa pandan + pewarna hijau. Manisan/ gula melaka utk inti. Didihkan 1/2 periuk air. Sediakan kelapa putih (Utk Salutan) yg digaul sedikit garam ditekan2 skit dlm bekas leper (1/2 paras bekas). Kalu tak tekan, nanti salutan kelapa tu terlebih2.
Gaul semua bahan hingga doh boleh dibulat2kan atau tak lekat kat jari. Wane agak2 hijau epal. Gula melaka tu dipotong sekecilnya. Masukkan gula ke dalam doh secukupnya ,jadikan bebola kecil. Didihkan periuk air. Masukkan bebola tadi. Biar hingga terapung. Kira masakla tu. Angkat dgn penapis. Letak dalam bekas kelapa tadi, goyang-goyangkan jer bekas tu. Nanti bebola gula melaka tersalut. Panas tu. Dah tersalut baru angkat dgn sudu. Kelapa parut paham jerla, kalu pegang dgn tangan cepat basi. Siap dihidang.
Beli cincau singgit kat pasar basah, diparut (dgn pemarut mcm utk coleslaw tu). Beli juga buah kabung RM2, 1 bekas. Campur jer cincau tu dalam bandung. Puas hati makan. Banyak pulak tu boleh taruk bahan2 tu. Kalu kat pasar ramadhan, tak banyak sgt isinya. :D
Nila buah kabung... manis dan sesuai diletak dalam ABC.
No comments:
Post a Comment