Minggu depan dah raya, kan? :) Dah ramai yang mula bercuti seminggu. Maklumlah raya mgkin 2-3 hari saja di kampung. Bagi yang bakal UPSR, macam anak kawan my hubby, tentu tahun ini raya dgn buku, kan? Takpe... tahun depan boleh raya puas2. :D. Kelmarin saya sibuk mengutip e-card raya. hihi.
Hari ini, kemas rumah ke-2 ni lambat skit. Pagi2 tadi pergi pasar dan menyiang ikan dsbg, juga memotong siap2, supaya memudahkan masak2 nanti. Mood raya dah mula, tapi Ramadhan still dekat di hati. Insya Allah. Ingin merebut balance ramadhan yg sedikit cuma.Moga Allah permudahkan buat saya dan suami.
Raya kami di banting tahun ini. Raya saya di banting tidak sepenat di besut, kerana Mak (my MIL) sungguh rajin orangnya. Saya banyak blaja dgn mak cara beraya orang jawa. Mama saya pun rajin, tetapi sbb kami dah besar, saya dn adik2 perempuan la yg sibuk dan sayalah yg naik pangkat jd chef... Penatnya tak terkata dgn ilmu memasak yg tak seberapa. Tetapi... tak apalah, selagi ibu bapa masih ada, jangan berkira sangat hal berbakti. Itulah kewajipan anak. Bersyukurlah, masih lagi ada tangan ibubapa untuk dikucup di Hari Raya... :D
Saya dah tayang kelmarin dulu. Inilah dia... tart blueberry gulung saya. Saya hias dgn coklat strawberry sebab warna nya tak terang. Kalau buat warna yg terang, guna coklat putih jer. Sure cantik!! Ribuan terima kasih buat kak liza, dan kak noorma yg buat tayangan aritu. Mohon halalkan saya copy resipi.
TART GULUNG (BLUEBERRY)
Sumber asal : Chef Hanieliza
Rujukan : Kak Noorma
Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
Tambahan Nurindah: Saya tambah Blueberry Emulco, tetapi tak cukup. Saya guna 1 botol utk 3 ganda adunan still tak cukup. Jadi... pastikan beli 2-3 botol jika nak gandakan adunan tart ini. :D
Bahan Glaze/ topping : saya guna coklat strawberry yang dicairkan.
Inti : Blueberry tart filling. (berserat, dijual kat bakeri di rak inti tart nenas)
Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Ini ialah projek Tart Blueberry. Mula2 adunan lupa letak pewarna, sbb itulah ada yg tart gulung kuning tu. hihi..
Close up sikit
Adunan. Sebelah kiri warna asal selepas diadun. Boleh gulung dgn tart NENAS. Sebelah kanan guna pewarna blueberry emulco , intinya ialah inti blueberry kat atas tu.
Inilah acuan yang saya guna. Dah lama mengidam nak tart gulung yg besar. Tapi, berat sikit nak tekan. Tak taulah camana org lain buat, tapi saya masuk tak penuh supaya tak berat sangat.
Ha, inilah dia. Tekan jer bagi habis atas dulang besar. pastu chop2 guna pisau plastik dia tu. Mula2 saya buat, pastu dah tak larat. Mr hubby yg tolong tekan. Love U.. ;)
Rupa tart gulung ni. Sajer buat sikit wane kuning tu, nak bagi perbandingan warna.
salam Nur..dah cantik la tart tu..akak tak letak pun blueberi emulco sbb cari tak jumpa.. kalau letak mesti lagi sedap kan..
ReplyDeletekat mana Nur beli jem bluebery tu, sbb akak beli kat Bake with Yen Puchong, harganya rm7.90 jer sekilogram..
akak pun sama guna mould tart macam Nur tu, senang, masuk dan paipkan panjang2..kalo jenis tekan tu, hasilnya mmg la besar, tp banyak sikit kerja, sekali masuk untuk satu tart...tu yg leceh.. akak ni malas orangnya..hehe
salam nur...
ReplyDeletesonoknyer tgk biskut2 nur. klu dekat nak order sebalang! hihihi.. akak nih wat biskut bukan utk raya nur. tapi utk makan2 jer sempena ramadhan. erkk boley ker gtu? kikikiki... xde la.. sajer jerk nak bg idea awal2 kat kengkawan utk raya. baeknyer aku erk??! wakakakaka.. slamat ari raya nur! :)
Salam kak Noorma,
ReplyDeleteHihihi.. maceh kak. Oh, guna pewarna ya kak? lnkali saya nak tambah pewarna biasa la. :)
Murahnya kat BWY. Yg trdekat saya bole pegi kat Rawang nun.
Acuan baru beli tu, pestime guna. tak larat nak tekan...huhu.. seb baik ada Mr Hubby. Tapi hasilnya mmg banyak, tak pelu bubuh doh byk dlm acuan. hihi..
Salam kak Hana,
ReplyDeleteSelamat hari raya! hihi.. Oh, saya ingat kak hana buat utk raya. Kalu dekat memang saya pass jer sebalang kat darwish tu. hihihi..