Salam sejahtera, 22 Ramadhan 1431. Kelmarin sempat intai rich chocolate pudding kat rumah kak Yat. Fofular puding ni, dah ramai yg buat. Kelmarin cukup bahan2nya, jadi saya buat. Alhamdulillah... sedap dan lemak2 rasanya. Comment My hubby... sedap! Bukan senang tau nak pujuk my hubby makan puding atau kuih lembik2. So.. chocolaty, dan rasanya akan lebih enak jika dibiarkan di dalam peti ais semalaman. Cubalah.. ;) Terima kasih buat kak Yat dan empunya resipi. Mohon halalkan saya copy dan share. :)
RICH CHOCOLATE PUDDING
Sumber: Kak Junjs11 MyR
Copy dari: Kak Yat, easy bakes
Servings: 10-12 cup sprt di dalam gambar di bawah.
Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)- (nurindah: saya guna 8gm jer yg paket nona plain)
Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat. (Nurindah: rupa adunan agak likat)
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.
Sorry, sorry... tadi tak letak cup ni.
Salam,
ReplyDeleteKalau tak tulis puding, tengok gambar ingatkan coklat.cantik menarik, berkilat, tak sabar nak rasa.
salam nurindah...puding2 gini klu letak peti ais mmg laku...klu masa x puasa sure kejap2 pintu peti ais tu dibukak katup :))))
ReplyDeleteSalam kak sweetie,
ReplyDeletehihi. Masa mula2 tuang dalam pinggan pun saya fikir camtu. :D
Salam Deliah,
ReplyDeleteBetul3x tu. memang sejuk anak tekak. hihi..