Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label ramadhan 2010. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2010. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Ayam stim halia, sotong masak hitam sempoi,

Salam sejahtera. Hari ini ada bbrp list nak dibuat sebelum tengahari. Kelmarin seharian saya sakit kepala. My hubby pula batuk2. Harap2 dia ambil antibiotik hari ni di klinik panel. Tapi, Alhamdulillah, saya mula berpuasa dah, stlh 8 hari ABC (Allah bagi cuti). :D. Di bawah ni, menu ala kadar untuk orang sakit. :)


Di antara menu yang mudah dan lazat untuk SAHUR. Ayam stim halia sedap kalau diperap dgn bahan tumbuk. sedangkan ikan, lebih cantik jika ditabur bahan hiris. My hubby pun kurang sihat pagi ni. Makanan berhalia dan bersup macam ni memang menambah selera. Tambahla cili padi mengikut rasa.

AYAM STIM HALIA

Hanya perlukan pengukus dan bekas tahan panas.
Beberapa ketul ayam - (kalau 1/4 bahagian ayam, bole kelar skit spy cepat masak)
1-2 inci Halia - ditumbuk
3-4 ulas bawang putih -ditumbuk
1 batang serai- diketuk, atau dhiris
sedikit garam.
3-4 biji Cili padi -diketuk

CARA:
1. Didihkan air kukusan, api besar.
2. Gaul ayam dengan bahan tumbuk dan garam. Perap seketika.
3. Masukkan ayam ke dalam pinggan tahan panas. Masukkan serai dan cili padi.
4. Kukus 15 minit. Api besar. (masa masak mengkut saiz dn jumlah ayam. 1/4 ayam dalam 20-30min)
5. Dah masak, tabur daun bawang dan daun sup.

Balance berbuka. Saya buat cara yang mudah. Sotong masak hitam ni lagi sedap kalau ada telur di dalamnya.

SOTONG MASAK HITAM SEMPOI
Sotong - Asingkan kepala dan badan. Jangan buang dakwat hitamnya. Cuma buang tulang satu tu dan jika ada pasir.
Kicap pekat secukup rasa
sedikit Sos tiram
3 biji Bawang merah -dihiris
2 ulas Bawang putih -dihiris
3-4 Cili padi -dihiris
Kicap cair -jika perlu
1/2 -2/3 cawan air

CARA:
1. Tumis bahan hiris hingga naik bau.
2. Masukkan sotong dan air secukupnya. Biar mendidih dan dakwatnya keluar.
3. Baru masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap cair. Biar rasa cukup2 jer. Jangan trlebih masin.
4. Biar sebati dan sedikit pekat. Angkat dan hidangkan.


SAYUR KANGKUNG BALANCE BERBUKA


IKAN KEMBUNG OTER BALANCE BERBUKA


Thursday, August 26, 2010

sambal udang 2, tomyam ayam 2, telur putih goreng ikan bilis, sayur goreng hati

Salam sejahtera,
Skarang ini, internet amat semput di sini. Baru buka bbrp tab untuk blogwalking, laptop dah hang. Kata hubby, mungkin RAM tak cukup, atau mmg server agak lembap. Jadi, selain kesibukan, itulah citernya kenapa saya tak larat blogwalkin kebelakangan ni. Insya Allah, bila lapang, saya akan hop sikit2. :)



Menu sahur. Sambal udang ini saya pernah buat sebelum ini. Asalnya resipi paru goreng berlada kak Anis. Saya adaptasi kepada sambal udang ini. Memang sedap dan cukup rasanya. :D

SAMBAL UDANG VERSI TUMBUK

Udang - (RM 3)
5-7 tangkai Cili kering (dibuang biji, dibasuh dan rendan dgn air panas sehingga lembut)
Halia
Belacan
1 sdm Sos tomato
1/2 cwn air
garam

CARA:
Tumbuk semua bahan. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan udang dan garam. Tambah air untuk kuah. Biar udang masak dan kuah pekat. Boleh juga udang digoreng dahulu spy lebih garing.



TAUGEH MASAK LEMAK
Menu sahur yang paling mudah. Bila nak cepat, saya cuma basuh taugeh dan toskan. Panaskan santan, bawang putih dan bawang merah hiris. Bila hampir mendidih masukkan taugeh, cili merah, garam, kiub bilis. Biar sebati. Angkat dan hidangkan.


Menu sahur juga. Telur putih balance buat biskut masih ada dalam peti ais. Saya pernah buat menu ni dahulu, tapi guna telur sebiji. Alhamdulillah, okla buat habiskan telur kan? ;)

TELUR GORENG IKAN BILIS 2
Bahan-bahan:
2 biji Telur putih
bawang besar
ikan bilis
cili padi garam

1. campur ikan bilis, bawang besar hiris, cili padi, garam .
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tuang telur tadi. Kacau2 telur hingga agak hancur dan garing. Angkat dan hidangkan.


AIR MATA KUCING
My hubby beli kat pasar ramadhan ni.


Menu berbuka. Kali ni, saya cuba tumis pula. Tak lari rasanya. My hubby pula kata, rasa macam maggi tomyam. Inilah hasilnya..

TOMYAM AYAM 2

Beberapa ketul ayam - dipotong kecil (ambil bahagian tulang lebih manis)
Beberapa hiris halia.
1/2 biji Bawang besar - dihiris
1 ulas Bawang putih - diketuk
6 biji Cili padi - diketuk
1/2 periuk air
1 1/2 sdm Perencah Tomyam Adabi (biasanya dah ada sedikit garam)
Sayur - (saya tak masukkan sbb kekurangan bahan)
1/2 sd kecil garam
Serai -diketuk
daun limau purut

CARA:
1. Tumis bawang hiris, halia, serai, daun limau purut dgn sedikit minyak masak.
2. Masukkan sedikit air , baru masukkan ayam. Tambah lagi air secukupnya.
2. Masukkan perencah tomyam . Biar air mendidih dan ayam empuk.
3. Masukkan cili padi, garam dan sayur.
4. Angkat dan hidangkan.


Tak tau apa nama sayur ni. batangnya putih, daunya hijau pekat macam sawi. Saya masak macam sawi goreng biasa, cuma add hati ayam.

SAYUR GORENG HATI

Sayur sawi/bak choy/kobis cina
1-2 ketul Hati ayam
1 ketul pedal ayam
1 ulas Bawang putih -dihiris
1/2 biji Bawang besar -dihiris
garam
1/2 cawan air

CARA:
1. Panasakan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng hati dan pedal hingga separuh masak.
2. Tambah air untuk empukkan lagi pedal ayam. Biar air sedikit kering.
3. Masukkan bawang dan garam. Gaul sebati. Jika nak berkuah, boleh tambah air lagi.
4. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, August 25, 2010

Daging goreng bawang, kentang bercili padi

Salam 15 Ramadhan. salam sejahtera. Malam tadi bulan penuh, cantik sangat dilihat. My hubby masih cuti kelmarin, ada urusan di bank dan perlu ke bengkel kereta. Ganti Air cond cooling oil yang bocor. Actually saya tak kisah pun air cond rosak. Cuma my hubby cakap, bahaya semasa hujan. Kalu hujan, kita akan tutup tingkap. Jika tak pasang air cond, lapisan air dr nafas kita akan terbentuk di cermin depan menyebabkan cermin akan kelabu. Amat bahaya utk driver sbb tak nampak apa2 pun kat depan. Malam tadi, sempat juga kat rushing gi kedai bakeri, beli barang2 baking. 2 minggu dekat raya nanti, banyak bahan dah abis. Umi, mak sedara my hubby pun cakap kat BAGUS di bandar bkt tinggi, klang pun dah byk bahan kehabisan stok.

Maka, biasalah, para ibu dan isteri akan sibuk 2 minggu menjelang raya nanti . Antaranya utk planning balik raya, bahagi2 duit raya dlm sampul, keluarkan pinggan mangkuk dr almari tu, maintenance kereta, packing baju. Aduhai... panjangnya list saya. Macamla anak 10 orang. hikhikhik... Actually, my hubby ada planning nak gi kelantan dan besut hari raya nanti. Tak tau hari raya yg ke brape. Saya ikut jer... MIL ngan FIL pun ada urusan skit, beserta nak ziarah besan2 kat besut nu. Adik my hubby, najih.. isterinya pun orang Besut juga. Oklah, dah panjang list saya nih. Hari ini masih sibuk, Insya Allah, saya buat rushing blogwalking nanti. Mohon maaf atas kesibukan saya ni.



Kebetulan My Hubby beli daging kat pasar basah. Jadi, saya masak daging goreng bawang yang biasa Mama saya buat. Dah lama tak masak daging macam ni. Biasa org Terengganu buat lunch ni, ngam dgn sambal belacan, tembikai merah, ulam ... fuh! Suunguh menggoda..ok-ok, kita wat makan sahur ya, sebab lunch tidak dibuat sepanjang ramadhan. ;)

DAGING GORENG BAWANG

Bahan-bahannya:
Daging - dihiris nipis, perap dengan garam dan kunyit.
Bawang besar (jenis holland)
2sdm minyak

CARA:
1. Panaskan kuali , masukkan daging. Goreng daging TANPA minyak. Guna api kecil. Kacau rata, sehingga air daging kering.
2. Ketepikan daging, masukkan minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang holland bersama daging dan cili.
3. Goreng sehingga bawang agak layu dan daging sedikit garing.
4. Sangat sedap dimakan dengan ulam dan sambal belacan. ;)



KENTANG BERCILI PADI
Sekali-sekali memang sedap makan pdas waktu sahur. Terutama menu dari Mak (My MIL) ni, kentang yang dimasak dgn cili padi dan bawang hingga empuk.My hubby suka menu camni. Bertambahla dia makan nasi walaupun masa sahur. Menu ini pernah buat dulu. Klik untuk resipi.


BUAH OREN


AYAM MASAK KICAP (balance berbuka) Klik untuk resipi.


Tuesday, August 24, 2010

kisah pengajian, dan cookies


Salam sejahtera. 14 Ramadhan 1431H. Rasa macam dah lama saya cuti. Ada tetamu Jumaat lalu. My adik, Siti datang ke rumah untuk berpuasa ngan kakaknya yg ABC ni . Maafla sebab tak sempat menjenguk. Kena layan tetamu,kan? (Er..ABC: Allah bagi cuti). hihi.. Hari Sabtu, kami wat projek cookies. Test tangan yg keras ni. Sambil ajar my adik guna oven, guna mixer. Resipi dalam post lain, kat sini, dan di sini.

Ahad, lepas antar buku kat library, kami balik ke Banting. Cuti sampai Isnin, sebab nak tengok2 kereta FIL yang accident aritu. Tapi, bengkel tu tutup pulak. Sempat saya bawa sikit biskut tu. MIL dan adik2 cakap ok, sedap! Rasanya dah pass sirim nak buat raya nih. :D.

Isnin, MAK (my MIL) ajak kami gi pengajian kat Sijangkang. Pengajian ini dibuat di rumah Imam dan jurunikah kat kampung Bt 8, Sijangkang. Kelmarin, bacaan AL QURAN telah sampai juzuk 27-28. Caranya bukan tadarus, tapi pengajian, di mana ustaz membaca secara laju (cara orang hafiz), dan kita menyemak bacaanya. Bacaan dibuat selama hampir 2 JAM iaitu 2 JUZUK SEHARI. Ustaz akan terangkan bbrp hukum dan cara bacaan yang biasa kita tersalah baca. Juga makna ringkas surah2 yang dibacanya. Ada satu part, ustaz itu menangis kerana sampai satu ayat berkenaan metaati ibu bapa. Ramai yg hiba.

Percayalah.. kelmarin hari Isnin, sungguh ramai penduduk kampung yg datang terutamanya kaum wanita. Mereka membawa tafsir dan al quran untuk menyemak bacaan. Hari ini, adalah hari khatam bg ustaz tersebut, juzuk 29-30. Ustaznya pun agak lucu, sering membahasakn kaum wanita sbg " MBAH " dgn panggilan dlm melayunya, nenek-nenek sekalian.. hihi.. dan permulaan pengajian akan ada nazam, atau syair dalam bahasa jawa. Lucu, tapi pengalaman baru. Dan dari segi bacaanya, saya yakin, ustaz trsebut seorang hafiz makna dan al quran. Juga biasa khatam al quran. Bayangkan.. hari ini, dia khatam di hadapan semua anak muridnya yang bermula awal ramadhan. Lenguh tu takyah cakap. Malu saya ngan semua mbah-mbah yang naik basikal jer bila balik rumah. tahan mereka duduk lama-lama. Padahal kita cuma menyemak ayat, bukan membaca. Rasa sungguh beruntung sekali!

BISKUT DAHLIA : Resipi dalam post asing. Dari resipidiana. Ushar blog che mat. Klik sini untuk lihat projek cookies kami.

BISKUT CHOCOLATE CHIPS: Resipi dalam post asing. Guna resipi chef hanieliza. Klik sini untuk lihat projek cookies kami


Friday, August 20, 2010

Sahur : ikan cencaru goreng bercili, terung masak kicap, dan Kuih Berbuka

Salam sejahtera. 10 Ramadhan 1431. Kelmarin saya minta hubby belikan nasi kerabu. Nak buat sendiri, kena gi kedai cari kelapa parut. Dah serik gi kedai paling dekat ni. The owner tu, merungut2 masa saya mintak kelapa parut. maklumlah, bulan puasa ni, laku benor kelapa parut ngan santan. Saya pun taknak la nyusahkan dia. Hum.. baik gi pasar basah, tempat orang ada mesin perah santan tu. Saya cuma buat kuih tepung pelita (tak bape jadi.. :D dan karipap sardin sbb nak wat frozen skali. Berbuka ngan nasi kerabu beli juga. Oh ya, sahur pula ikan cencaru goreng bercili, dan terung grill masak kicap.

Ikan cencaru yang menjadi kegemaran saya bila kurang selera. Asalnya resipi ikan cencaru sumbat, saya aplikasikan dengan membuat cara ini pula. Sedap juga. Pernah buat masa sahur kat besut, family saya suka. Abis ikan tu dirantah.

IKAN CENCARU BERCILI

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cencaru kecil -dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng garing.
4-5 tangkai cili merah - dibuang biji, kemudian tumbuk
2 ulas bawang putih - dtumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1/2 sdk gula (ikut rasa)
secubit garam (jika perlu)

CARA: Tumis bahan tumbuk. Tambah gula, dan sikit garam. Biar sedikit garing.
Setelah masak, bole masukkan ikan dan gaul rata. Atau, tuang bahan cili di atas ikan, dan hidangkan.

Mulalah saya dgn pelbagai versi kicap. Moga2 bertambah selera kami. Di bawah, masak kicap utk sayur terung pulak.

TERUNG GRILL MASAK KICAP

Bahan-bahan:

2 biji terung panjang (saiz pendek skit) -dipotong bulat2.
1 ulas bawang putih -ditumbuk/ dicincang
1 biji bawang besar (saiz kecil) - ditumbuk/ dicincang
1 sdb sos tiram
2 sdb kicap masin
2 sdb kicap manis
Air secukupnya - untuk sedikit kuah

CARA:

1. Panaskan pan leper dengan sedikit minyak. Atur potongan terung tadi. Grill sehingga sedikit lebam. Guna api dapur kecil.
2. Dalam kuali kecil, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan air, kicap masin, kicap manis, sos tiram. Biar mendidih sekejap.
3. Masukkan terung yang siap digrill tadi. Biar sebati.
4. Angkat dan hidangkan.

KARIPAP SARDIN
Resipi karipap ni saya letak asing. Bole klik sini.

KUIH TEPUNG PELITA
Resipi kuih tepung pelita ni saya letak asing. Bole klik sini.

Thursday, August 19, 2010

Menu sahur 9 ramadhan

Salam sejahtera. 9 Ramadhan 1431. Dah..dah baca sajak tu. Kita tengok menu pulak. :D My hubby pun dah pandang saya semacam lepas nengok blog saya. Takut2 jer nak tengur saya. Agaknya pelik ngan bininya yg jiwang tiba2. hihi.. :) Agaknya bendera merah dah nak sampai nih. But..arini pose lagi tau! ;) Tayang menu sahur jer. Alhamdulillah...


TELUR MASAK KICAP
My hubby pernah cakap, telur masak kicap sedap masa sahur minggu lalu. Padahal lauk lain pun ada. Agaknya lauk2 kicap ni, memang rasi/kena dengan tekak orang bersahur agaknya. ;). Resipi saya pakai tumbuk2. Kadang2 guna ayam, kadang2 guna telur mata ni. Pernah masukkan sotong..um, tak kena pulak. Resipi kuah kicap sama ngan kat sini.


KOBIS UNGU GORENG
... Er lenkali nak beli kobis hijau la. Masing2 takut nak makan kobis wane ungu ni. Jadi banyakla balance.


SAMBAL BILIS
Tak yah saya ulang, ini balance sambal nasi lemak kelmarin. Masih elok. Dikeringkan skit supaya tahan.

Tuesday, August 17, 2010

Menu sahur ni...

Salam sejahtera. Maap banyak2 ya. Tayang menu sahur. Bila nampak kak hasue tayang kacang bendi berkicap, baru teringat menu sahur kami. Bukan menu lunch tau! Saya masih pose. hihi.

KACANG BOTOL GORENG KICAP
Kacang botol yang ditumis ngan bawang putih, bubuh kicap masin dan kicap manis. Rasa resipi ni manis2. Pernah buat dulu.

Sotong goreng kunyit ni, dah banyak kali buat. Sedap kalu ditabur cili padi lebih skit.

SOTONG GORENG KUNYIT

1. Sotong- dibersihkan, dipotong bulat2
2. Dihiris: 3 cili padi + 1/3 biji bawang besar+ 2 ulas bawang putih + sikit halia
3. Sikit serbuk kunyit-sebagai warna jer.
4. Tumis semua bahan yang dihiris. Masukkan air,dan sotong,dan garam dan serbuk kunyit.
5. Biar masak.Hidang



TELUR GORENG IKAN BILIS
Telur goreng ikan bilis ni saya kali ni kurang menjadi. Lupa dah camana gorengnya. Pernah bersahur kat rumah Wak Long, dan umi masakkan ini. Sedap rasanya.... ikan bilis, bawang, telur, garam, cili padi. Goreng hingga masak dgn minyak sikit.

Sunday, August 15, 2010

masak lodeh dan nasi himpit, air soda berlaici


Salam sejahtera. 5 Ramadhan. Adus... server lembap sangat arini. Sabar jela. Menu berbuka kelmarin, masak lodeh + nasi himpit ala2 lontong. Actually ada kejadian yang membuatkan menu ini. Pagi tu, nasi yg saya masak jd lembik kerana tak sedar periuk nasi terpadam dgn sendiri. Ia masak dgn wap, sbb airnya tak kering. Saya jadikan nasi himpit. Tiru bbrp sumbber yg buat nasi himpit macam ni. At least, ada kelainan. Terima kasih kpd sumber2 yg memberi idea itu. Maafla, dah lupa kat mana. Jasamu tetap dikenang :). Dessert ialah puding telur beroti kak liza, cubaan kedua. Saya tayang dalam post lain. Bole klik sini. Minuman, air laici bersoda. Alhamdulillah... ;)



Terima kasih buat pemberi resipi. Inilah resipi masak lodeh saya yg pertama sejak kahwin. Pernah saya buat masa hari raya kat besut. Alhamdulillah, family dan adik2 suka. Kali ni buat lagi utk trial menjelang raya. ;)

MASAK LODEH

MASAK LODEH - sumber Puan Rosnah,majalah RASA 07

Bahan2 :
10gm kacang panjang - hiris 2cm
4 keping tauhu kering -potong nipis. (saya guna 2 foo cuk kering.same tak bendanya? pecah2 kan jer)
50gm suhun- rendam
2 keping tempe - potong dadu dan goreng separuh garing
4 kepng tauhu -didadu dan goreng (saya tak bubuh)
2 bji cili merah + 2 cili hijau - dihiris serong
Bahan tumbuk/kisar = 10 gm udang kering + 10gm bilis + 1 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih + 2cm halia + 2cm belacan + 2 inci kunyit
sikit air asam jawa
500ml santan
garam dan perasa secukupnya.

Cara memasaknya

1. Tumis bahan yang dikisar/ tumbuk hingga berbau harum. (Jika kisar, pastikan udang kering dan bilis ditumbuk supaya pecah elok)
2. Masukkan air asam jawa ( saya guna paste asam jawa adabi)
3. Lepas tu, masukkan cili merah, cili hijau, kacang panjang. Masak hingga sedikit layu.
4. Masukkan santan bersama suhun, tempe goreng dan tauhu goreng.
5. Masukkan garam dan perasa secukup rasa
6. Masak hingga mendidih dan sedia dihidang.


NASI HIMPIT OTER

Inilah dia nasi lembik yg dijadikan nasi himpit. Saya masuk dalam tupperware, lenyek rapat2 dan biar sejuk. Bila sejuk, saya tutup tupperware dan masukkan dlm peti ais. Bila dipotong, jadi bentuk kiub juga. Alhamdulillah.


SAMBAL AYAM SIAT OTER

Sambal ayam ini terdiri drpd sedikit balance ayam dr nasi ayam hari tu. Still fresh, sbb saya simpan dlm freezer. Biasalah, kalu nasi ayam, yg laku bahagian yg ada tulang2 tu. Ini isi dada. Saya siat2 isi ayam tu. Tumis cili kisar. Masukkan bawang putih tumbuk, sedikit sos cili dan sos tomato, secubit gula, dan garam secukup rasa, air. Baru masukkan ayam, biar sebati dan sedikit kering. Angkat.



AIR LAICI BERSODA

Di bulan puasa, memang sedap melayan air berkarbonat. Tapi tak boleh selalu. Tinggi gula tu. ;) Air ni dicampur2 jer. 1 tin laici, air aiskrim soda ( saya guna F & n), ais. Campur jer dalam jug. Siap untuk diminum. Oh ya, air laici biasanya saya guna laici 777, buatan Thailand, kerana saya dah tak beli buatan dr china.



Saturday, August 14, 2010

nasi goreng cina 2, cucur kucai 2

Salam sejahtera. 4 Ramadhan. Minggu ni kami rehat2 kat rumah. Membeli keperluan dapur dsbg. Baru terima voucher Parkson dr kilang sbb tahun ni tiada jamuan tahunan spt dulu2. My hubby suruh pilih, nak baju raya or periuk baru. Hm, berbelah bagi ni. hihi. Periuk nasi kami adalah pemberian kahwin hampir 4 tahun yg lalu. Dah byk kali nasi masak separuh jalan. Hubby check plug,ok. Check extention,ok. Alah, sayang.... nak periuk baru la. *wink *wink.

Tapi mmg mendebarkan sbb kena slalu tgok kot2 nasi dah kembang, tapi periuk tak menyala. Dah byk kali suh hubby redeem point credit card, dan tunjuk2 periuk nasi kat mall. Bukan tak mampu, tapi tahulah Mens... tunggu sampai dah tak bole guna baru beli baru. Agaknya diaorg pikir buat ape periuk 2 biji? Kelulah saya... hahaha.. Skarg pun, peti sejuk dah menunjukkan tanda2 keuzuran. Dah hampir 6 tahun umurnya. Dah takde lampu bila dibuka, dan cepat sgt ada ais. Alahai.. bila nak rosak ni... ikikiki...



JUS TEMBIKAI SUSU
Saya campur tembikai susu + separuh air + susu pekat + gula. Blend hingga hancur. Buah bertenggek tu, tiru si Jiya. hihi.


NASI GORENG CINA 2
Nasi goreng ni menggunakan resipi nasi grg cina chef hanieliza. Cuma tukar sayur kepada mix vege, dan saya tambah sotong. Saya tambah serbuk lada hitam ajishio.


CUCUR KUCAI 2
Cucur kucai versi dua ni saya tambah bawang besar, dan cili besar dicincang. Ia membuatkan cucur kucai ni agak basah dan kurang rangup di tepi. Tetapi lembut maintain. Cara gorengnya mestilah minyak tohor, mcm grg telur mata. 1 senduk adunan jer. Versi sebelum ni lebih rangup kat tepi. ;)


Friday, August 13, 2010

Inti popiah goreng, nasi ayam

Salam ramadhan hari ke 3. Lupa nak buat ucapan aluan tadi. hihi. Alhamdulillah, saya makin sihat. Semua dah makin ok. Terima kasih atas ucapan ramadhan dan bertanya khabar kami. Insya Allah, kunjungan akan dibuat bertahap-tahap. Insya Allah




Popiah sebelum digoreng. Maafla yang dah goreng tak sempat snap. :D. Habiskan balance taugeh yg dah hampir layu. Sedap pulak ngunyah kulit popiah masa berbuka.


Inti popiah versi saya, guna sukatan tangan jeer

INTI POPIAH

3 genggam Taugeh - dibasuh, toskan.
1 genggam udang kering - direndam dgn air seketika, toskan. Lepas tu tumbuk biar hancur sikit.
1/2 biji Bawang besar saiz sederhana -dicincang
2 ulas Bawang putih -dicincang
2 biji Cili merah - dibuang biji, dicincang
Sedikit Minyak untuk menumis
1-1/2 kiub bilis maggi

CARA:
1. Tumis bawang putih, bawang besar, cili merah.
2. Masukkan udang kering tumbuk tadi. Biar udang masak.
3. Baru masukkan kiub bilis maggi dan taugeh.
4. Kacau rata sehingga taugeh sedikit layu.
5. Angkat dan sejukkan untuk digulung dalam kulit popiah.




Saya mencuba puding telur beroti kak rosaliza kelmarin. Tetapi saya masih tak pass lagi buat karamelnya.hihi. Sedap rasanya, manis lemak. Disejukkan dalam peti ais, sungguh menyegarkan tekak. Rasanya akan buat lagi. Terima kasih kak liza. ;)




Nasi lupa tayang, maaflah ya. Saya guna cara MIL, sebab dah selalu tolong MIL buat nasi ayam ni. Nasi ayam MIL selalu dapat pujian dari keluarga. Sukatan saya main agak jer, ikut rasa. Ayam tu hitam sangat sebab saya guna kicap pekat.

AIR REBUSAN AYAM : Ayam 1/4 atau 1/2 bahagian ayam direbus dgn halia ketuk/hiris hingga ayam empuk. Toskan ayam, tapis air rebusan.

NASI AYAM : tumis bawang putih,merah,(hiris) dgn majerin, baru masukkan beras dan air rebusan ayam, dan sedikit garam.
(NOTA NURINDAH: Malam tadi, saya lupa tumis bawang. Jadi, just topup majerin dalam periuk nasi. Saya guna beras siam AAA. Alhamdulillah, rasanya tak byk berubah)

AYAM : Ayam yang ditos tadi, masa panas2 lagi dituang kicap rata sehingga menyeluruh ayam. Guna penapis dan simpan air ayam berkicap dr ayam trsebut. Bole guna kicap masin/masin atau kicap pekat semata, atau campur2. Goreng hingga sedikit garing. Angkat. Toskan. Lepas tu, ketuk ayam tu hingga leper. Chop chop ayam tu. Siap!
(NOTA NURINDAH: Ini versi ayam kicap digoreng. Jgn goreng garing sbb ayam tu dah masak)

ULAM/SAYUR : Tomato hiris bulat, salad, timun. (er.. malam tadi takde timun, lupa beli ;)


Untuk Sup ayam ni, saya tak buat sup kosong, tapi buat sup betul2..sup ayam MIL. Guna bahagian leher, kepak, kaki, dipotong kecil.



SOS KICAP
Guna air lebihan ayam yang disapu kicap tadi. Tambah air sup dan kicap jika perlu.



Cili ni saya tak ingat camana, tapi buat ikut rasa:

SOS CILI NASI AYAM:
5-6 biji cili besar dibuang biji
5-6 biji cili padi
1 sdm sos tomato
1sdm sos cili
sedikit gula
secubit garam
2 ulas bawang putih
sikit air.

CARA: Kisar semua hingga hancur, guna blender kecil tu.


Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers