Nasi goreng cina dinner last night..
Salam sejahtera, selamat pagi,
Rupa2nya, nak makan2 tu kat Kuala Selangor! Fuh Lega! Dah Hubby cakap kwsn Hulu Selangor, sedangkan area rumah kami, Bukit Beruntung pun dah area Hulu selangor..Jika restaurant area Kuala2 tu, nampak cam best...pantai kat sana ada jeti, angkut ikan,kan? Tak penah pegi..Dah penat tgok bendera bertampal kat kwsn aptmen nih, nak tukar pandangan plak. hikhik...
Pagi tadi, Hubby muram skit. Dia bersungguh2 nak gi Masjid Bkt Sentosa for solat Subuh berjemaah ngan Tuan Guru Nik Aziz...tapi,kan...tak set jam. Bangun lepas azan Subuh. Tak sanggupp nak bersesak ngan ramai org berkerumun kat masjid tu. Kelmarin pun masa Solat Jumaat, My Hubby ada. Terpinga2 dia dengar orang takbir lepas smayang. Khatib tu takde pun ceramah politiking.. pastu ada org sebelah sinun cakap solat jemaah kelmarin tak sah sbb Khatib lupa selawat masa khutbah...aish2..My Hubby tak perasan pun. Maklumlah, dok jauh skit. Asih...macam2 time pilihan raya nih!
Dah2....saya dah merapu nih.Bekfes pagi ni, maggi goreng. ngeeee... Last night saya goreng nasi goreng cina jer. Tambah white pepper byk skit dan sedikit isi ayam. Habis My Hubby makan. Sedap plak, walaupun tak pedas. rasa ssss...gitu sbb white pepper byk. hakhakahak...
Close up skit..
NASI GORENG CINA - sumber buku Nasi, Chef Hanieliza
2 cwn nasi sejuk
2 biji telur -dipukul skit
100gm udang - buang kepala, dan kulit atasnya.
1 pokok daun bawang (dipotong pendek)
100gm kobis - dipotong
100gm kacang panjang - dipotong pendek
100gm lobak merah - didadu
2 biji cili merah - dihiris nipis
garam secukup rasa
Nota nurindah: Bole ganti sayur ngan mix vege kalu nak cepat
Bahan B
2 sdm minyak masak - utk menumis
2 ulas bawang putih - ditumbuk (saya cincang jer)
1sdt lada hitam - (saya guna white pepper jer)
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. (saya tumis bawang putih jer)
2. Masukkan telur, biar sebentar.
3. Apabila telur sudah separuh masak, kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kobis, kacang panjang, lobak merah, cili merah, dan udang. Kacau rata. (jika guna white pepper, bole masuk time ni)
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau rata dan tutup api.
6. Masukkan daun bawang dan kacau.
7. Angkat dan hidangkan di dalam pinggan dengan salad atau keropok.
Amaran...guna satu paket perencah jer. My MIL yg ajar... sedap! :)
MAGGI GORENG - dapat idea dari My MIL
2 paket maggi -ambil mee saja, rebus hingga lembut, tapis.
Bawang putih - dhiris
1/2 biji bawang besar -dihiris
1 paket perencah maggi sahaja
Kicap manis - secukup rasa
Sos tiram - secukup rasa
2 biji telur
Cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga separuh garing
2. Masukkan telur, kacau hingga hampir masak (masa ni, boleh masukkan sayur)
3. Kemudian, bole masukkan sos tiram dan kicap manis, dan perencah.
4. Akhirnya masukkan maggi rebus tadi. Kacau rata. Bole tambah kicap manis di sini jika nak lagi hitam.
No comments:
Post a Comment