Salam sejahtera, selamat pagi,
Awal hari ni saya bangun. :) Nak cita apa ek sbb kelmarin saya online for our online store. Rasanya, elokla saya cuti blogging setiap Ahad dan Isnin, ahaks...sebab jika ada order n penghantaran, perlu diuruskan baik2. Lebih2 jika customer sudah buat bayaran. Masih berlangsung clearance sale Bro-Arts. Harga pun dah turun banyak. :) Biasanya yg minat baju2 ni, remaja dan mereka yg berbadan kecil, sbb baju ni agak straight, bukan A size.
Malam tadi buat ayam goreng ngan bijan ni. Adapted dari taste.com.au. Aritu tanya2 kak LG pasal hidangan 1 malaysia. ayam kak LG memang versi letak honey lemon chicken. Resipi asal plak udang madu. sampai kat saya, jadi ayam berbijan lak...hahaha. Lepas kempunan saya nak makan ayam berbijan kat pasar malam tuh. Thanks a lot kak LG, sebab bagi link resipi ni aritu. Yum yum....sedap!
AYAM GORENG BIJAN- idea dr taste.com.au, inspirasi dr Kak LG, salam2benua.
Bahan-bahan :
Ayam - dipotong kecil2
tepung naik sendiri - secukupnya utk batter
serbuk lada putih - secukup rasa
sedikit garam -secukup rasa
1 biji telur
minyak untuk menggoreng
tepung jagung -utk disapu pada ayam
Air secukupnya untuk membuat batter
Bijan
Sedikit serbuk kunyit utk pewarna
Cara membuat:
1. Lumur ayam dengan sedikit garam, kemudian baru lumur tepung jagung. Perap sekejap.
2. Untuk batter, ayak tepung naik sendiri dengan lada putih. Telur pula dipukul dalam bekas berasingan.
3. Masukkan telur ke dalam tepung. Kmudian masukkan air sikit2 hingga tiada ketul2 dan mendapat cairan sempurna untuk menyalut ayam. Tabur bijan dan garam secukup rasa. Biar sekejap.
4. Batter lebih sebati bila diperap sekejap.
5. Masukkan ayam. Gaul rata.
6. Goreng dengan api sedikit perlahan.
7. Biasanya berminyak skit . Toskan minyaknya.
8. Biar garing dan berwarna kekuningan. Angkat dan toskan. Kalau saya, potong lagi ayam tu, bagi nampak isinya.
9. Siap dihidang dgan sos.

No comments:
Post a Comment