Udang letak halba ni, idea kak watie. Adus...memang sedap. takyah tambah gula or cili. Jangan pandai2 letak cili api, sbb halba tu dah pedas2 rempah. hihihi.
Salam sejahtera selamat Jumaat yang bahagia,
Jangan kecewa ya, kami sarapan dulu. Tapi entry ni bukan tayang bekfes, tapi dinner malam tadi. Dinner last night, My Hubby nak buka puasa. Kira saya nak buat lauk pauk yang lain dr biasa. Itulah, berkenan ngan udang goreng halba bersos tiram kak watie. nak mitak resipi tak sempat dah. Jadi, saya godek2 sendiri jer. Alhamdulillah, tak sangka idea kak watie ni memang mengancam. Harum udang tu semerbak tau ngan halba ni. My Hubby pun berselera makan. Oh! Pasal asam pdas yg tak cukup bunga kelmarin, dah siap...Ikan patin tu, sedaaap sangat. even guna perencah adabi jer. Saya panaskan skali lagi, buh daun kesum dan bunga tu dan halia hiris...
Taraaa...kan nampak daun2 tu... Asam pedas ikan patin yang dah cukup alat2... :)
Pucuk paku horeng kicap bertelur.
UDANG GORENG HALBA BERSOS TIRAM - versi saya, inspirasi dr kak watierman
Udang - dikupas kulit atas dn buang kepalanya, diperap ngan serbuk kunyit dan sikit je garam.
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
sejemput Halba - direndam seketika supaya lembut.
1 sdb sos tiram
Halia - dicincang atau dipotong nipis sebesar batang mancis.
Cara:
1. Tumiskan bawang hingga naik bau. Masukkan udang, halba, halia dan sos tiram.
2. Kacau hingga masak.
3. Siap dihidangkan
Wah..Dik Nur..telepathic la Adik ni....resepi campak2 Akak sebijik cam tu jugak...just Akak goreng udang tu dulu...the last sekali Akak hias dengan cili merah dan cili hijau....sedap kan!!
ReplyDeletesalam kak watie,
ReplyDeleteoh..kak goreng dulu. hihi. Susah tau nak buat sebijik cam kak watie punya. seb baik ada rasa, jadila...hihihi