About prego sauce: Dan syubhah.
Actually, saya guna prego sauce traditional dan mushroom utk spageti ni. jenis botol, made in usa. Saya dah check ingredients, takde yg meragukan. Cerita kat internet, saya tak bgt percaya. But utk mengelakkan syubhah, saya akan stop ambil sos ni dan tukar nama resipi ni.
Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya. Ini dijelaskan daripada sebuah hadis yang bermaksud:
"Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara kedua-duanya terdapat sesuatu yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang menjauhi yang syubhah itu maka sesungguhnya ia telah memelihara agama dan maruahnya, manakala sesiapa yang cenderung terlibat dengan syubhah maka ia terlibat dengan melakukan perkara yang haram".
Salam sejahtera, selamat pagi,
Saya post awal skek sbb nak kuar gi ospital damansara for next fisio. Mungkin masa ni, kami dah ondaway. Maklumla, ari sabtu, bilik rehabilitation kat spital penuh ngan in-patient jam 8.30am. kami nak menyelit2 sbb hari biasa Hubby keja. Jumpa DOC kat rehab amat penting bagi kami, kerana kami tak pandai nak tgok perkembangan kaki Hubby ni. Pencapaian camana sepatutnya dalam minggu ke-9. Ya, esok ialah minggu ke 9 after acl opration...hm, cepatnya masa berlalu, kan? Alhamdulillah, atas semua kejadian.
Ya, every cloud has a silver lining. Insya Allah... Di bawah ni, bukanlah resipi sangat, but sbg notes saya jer yg jarang2 masak spagetti.Ini dinner malam tadi. My Hubby makan 2 pinggan.. hikhik..suka tengok.. Walau selama ni, dia takleh makan apa2 tanpa cili padi, bila saya tawarkan cili tadi, dia tak nak. Katanya, spagetti tak perlu cili padi. macam2 My Hubby ni...:)
SPAGHETTI WITH PASTA SAUCE
1. Pasta spageti - secukupnya, direbus hingga kembang dan lembut.
2. Sos pasta - ikut suka jenama dan perasa apa. saya suka mushroom dan traditional. ( ikut banyak pasta anda.. :)
3. Daging kisar Ramly - secukupnya.
4. 5-6 batang Cendawan - saya guna cendawan kembang jer, disiat-siat sikit.
5. Sedikit Air panas (sebab kami suka cair sedikit.. )
6. Secubit garam - (jika suka)
7. Sedikit lada sulah.
8. Serbuk oregano (jika suka)
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Masukkan daging kisar. Biar masak. Kacau sebati.
3. Baru masukkan cendawan, lada sulah, dan secubit garam. Biar agak layu. Kacau sebati.
4. Masukkan sos pasta, dan air. Biar mendidih. kacau sebati.
5. Angkat. Gulungkan spagetti di dalam pinggan. Tuang sos, pastu tabur shredded cheese. Sedia dimakan...

No comments:
Post a Comment