Salam sejahtera, selamat pagi,
Malam tadi ada juga buat Tomyam ayam. Bahagian tulang2, memang sedap dibuat tomyam atau sup. Nasib baik tomyam malam tadi sempoi, sbb no vege. Jadi, pagi ni, oter buat nasi goreng.
NASI GORENG BALANCE TOMYAM
Bahan-bahan:
2sdb Minyak
1/2 sdm Pes tomyam (secukup rasa)
2sdb Kuah tomyam
Ayam dr tomyam tersebut
2cwn Nasi sejuk
Cili padi- diketuk, jika mahu
Sayur - saya hiris halus carrot jer
Garam
Cara :
1. Tumiskan pes tomyam hingga naik bau.
2. Masukkan kuah tomyam, dan ayam. (Sayuran bole juga dimasukkan masa ni)
3. Masukkan nasi dan garam secukup rasa. Gaul rata.
4. Akhirnya masukkan cili padi dan carrot (saya masukkan carrot lambat sbb nak rangup).
5. Kacau rata dan angkat. Siap dihidangkan.

macam ni lah kan kaum ibu bila ada leftover makann kenalh creative kan diri...
ReplyDeletekita suka betul nasi goreng + lauk belen², takyah tumis² bawang pun sedap :)
ReplyDeleteassalamu'alaikum nurindah :)sedap nampak ns goreng tu...kelmarin beli pes nasi goreng tomyam tp blm sempat nak buat...ni nurindah dah bg resepi, leh sy cuba..:p~
ReplyDeleteSalam nur...
ReplyDeleteLamanya tak menyinggah mana2...rindu nak nengok masakan nur... mmmm ada nasik goreng kali ni...sedapnya, kenyang kalu dapat wat bekfes akak pagi ni..hehe
salam kak E-Na,
ReplyDeletefenin nak cari menu bekfes kan? hihi
salam KOG,
ReplyDeleteaha, tak yah potong bawang2 tu kan? masuk jer. hihi
salam kak deliah,
ReplyDeleteala, resipi cincai jer kak. yg penting masuk jer. kihkih
salam kak fzi,
ReplyDeleteapa khabar,kak? rindu juga kat fzmenu. teringin nak nasi kerabu la kak. kihkih...