Ini menu minum petang kelmarin. Pagi ni kami berpuasa, no bekfes.. :)
Salam sejahtera, selamat pagi.
Apa khabar di hari Isnin? Alhamdulillah, kami sihat dan segar saja pagi ni. Tepung bungkus ni, menu kelmarin. Guna inti yg saya buat aritu. Saya cairkan balik dr freezer. Dan sediakan adunan tepung jer. Sebenarnya malu nak tunjuk ni, sbb tepung yg saya kacau tu agak terpekat. Jadi susah skit masa nak membungkus inti tu. Terpaksa la buat bagak2 (besar2) supaya bole muat inti. hahaha.. Alhamdulillah, ok jer dimakan. Sedap...kata My Hubby. Terima kasih banyak kepada empunya resipi kak princessharyati dan saya kopipes dr blog kak Maz, ilhamdapur. Izinkan saya berkongsi di sini..
TEPUNG BUNGKUS - Sumber Princess Haryati, MyR. Kopipes dr blog kak Maz,ilhamdapur
Bahan-bahan ( seisi keluarga )
* 1 cawang tepung beras
* 2 cawan santan
* secubit garam
* daun pisang di layang skit ke ats api kecil
utk inti: (nurindah: aritu dah buat intinya, n difrozenkan. bole bole rujuk di sini)
* 1/2 biji kelapa parut
* 2-3 keping gula melaka (nurindah: saya guna gula melaka@manisan siam)
* 4 sudu tepung pulut
* sehelai daun pandan disimpul
* sedikit air masak (nurindah : saya tambah )
* secubit garam (nurindah : saya tambah )
Cara-cara
1.Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka,air, garam dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
2.Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit
Daun pisang siap dilayur. Kata mama saya , fungsinya supaya daun pisang ni tak koyak masa membungkus
Inti kelapa yang dibulat2kan. Saya dah buat aritu
Inti kelapa kena salut ngan tepung pulut dulu...
Nila...jangan jadi cam saya tau. Adunan tepung saya terpekat skit. Jadi susah masa nak membungkus. Tapi, Alhamdulillah, ditekan2..jadila petak panjang tu. hakhak..
Malu nak tunjuk..tepung bungkus bagak (besar lam pengukus. hihihi. Tapi betul2 sedaaap!
salam ...
ReplyDeletetepung bungkus memang kegemaran akak ..
kalu kat kampong akak , inti tu disalut dgn tepong pulut yg di bancuh pekat sama seperti buat buat melaka..
apa2 pun gambar di atas tu buat akak terlioq noooo
Salam nur...
ReplyDeletemmm...bestnya tepung bungkus... nama lain dia puteri dua sebilik kan nur?
Sedap tuh, akak suka kueh cani... :)
waduh2 ade tepung bungkus kat sini..sedapnye..slmt berpuasa ye nur..
ReplyDeletesalam kak ummi,
ReplyDeleteoh, saya pun ada nampak resipi macam tu, tapi dah lupa resipi chef mana..
saya pun teringin nak buat lagi..ihi
salam kak fzi,
ReplyDeleteada juga org panggil namanya camtu. sama la kita kak...kita berdua kan suka kue lembik2 camni ? hihihi
salam datin el,
ReplyDeleteterima kasih kak..:)