Saya akan postkan resipi kuih keria dan cek mek molek menggunakan adunan asas berkeledek Quinnie ni dlm entry SETERUSNYA. Resipi cucur badak sudah ditayang seblom ni.
Salam sejahtera, selamat petang,
Alhamdulillah, hari ni dok menguli-uli jer saya. Penat, tapi seronok. Memang dah cadang nak abeskan inti kelapa yg difrozen Jumaat lalu. Dan saya dah beli keledek oren kat pasaraya.
Sejak try resipi kuih cucur badak Quinnie...saya terpikat ngan adunannya yg lembut. Kata Quinnie, ia lembut sbb campur tepung ubi kayu. Jadi, hari ni, saya buat 2 kali ganda adunan tu, dan buat 3 jenis kuih. Adalah tambah2 skit bahan. Bolehlah difrozenkan lagi. hihi.
Adunan asas berkeledek Quinnie. Adunan ni, saya bahagi 3.
ADUNAN TEPUNG ASAS - Diolah semula oleh nurindah. Sumber asal Quinnie
* 1 kg ubi keledek
* 3/4 cawan tepung gandum - DIGANDA 2
* 1/4 cawan tepung kanji (tepung ubi) - DIGANDA 2
Cara :
1. rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas. (bole sajer kalu disejukkan, pastu lenyek atau tumbuk ngan lesung)
2. lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
No comments:
Post a Comment