My Hubby balik lambat malam ni, sbb menziarah Che Nasa, bekas bos yang amat baik hati, yang mengalami kemalangan tempoh hari. Beliau mengalami kecederaan di bahagian kepala yg agak serius. Baru saja balik haji bbrp bulan lepas. Moga2...segalanya akan beransur baik, dan diringankan ksakitan tersebut.
Mungkin ada yg hairan kenapa ada bersiri plak adunan tepung saya kat bawah ni. hihi. Ia hanya utk rujukan saya, bila2 masa utk buat kuih manyak2 skit, manyak jenis...hihihi. Tidak lebih dari utk rujukan saya di kemudian hari. :)
Alhamdulillah, sedapnya...honey prawns ni. hihii..baru ingat. Jumpa kat rumah ros.. Tapi, meemang sedap. Thanks a lot kak dayangjack kerana berkongsi resipi. Saya kopipes dr MyR. Moga Allah bagi pahala byk2 kat kak sbb kongsi resepi yg sedap nih. :)
HONEY PRAWNS - sumber: kak dayangjack@MyR
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
* 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
* 1 labu bawang besar*
* 1 biji cili merah*
* 3 ulas bawang putih*
* 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
* 2-3 biji cili api (diketuk)
* 1 sudu makan sos cili
* 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
* sedikit daun ketumbar (dihiris)
* 1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara
1. Kisar bahan2 bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
5. ****boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)

wah cedapnye..tgh2 malam rasa mengidam udang pulak dah hehehe
ReplyDeletesalam kak catlina,
ReplyDeletehihi. skali2 wat camni memang membuka selera kan?
nur, leg warmer leh tgk sini :)
ReplyDeletesy selalu beli di sini..
http://redroses2u.net/categories/%252d%252d%252d%252d%252d-Leg-Warmers/