Versi saya terlebih kicap. Yg kak dayangjack dan kak yatie punya lagi merah dan cantik sambalnya.
Sambungan dinner malam tadi..
Bukan main suka My Hubby rantah ketam masak merah, walaupun rasanya sedikit termasin sbb saya tak merasa pun ms masak (tak reti rasa time pose), hikhik. Alhamdulillah, berbaloi rasa masak. Mula2 resipi ni nampak kat rumah kak yati kat US tu . Asal resipi dr rumah kak dayangjack. Sebab nak masak 4 ekor ketam jer, saya kopipes dari rumah kak dayangjack. Mintak halal segala resipi ya, kak. Terima kasih buat kak dayangjack, tak lupa buat kak yatimemories yg tayang ketam ni bbrp hari lalu. :)
Ketam Masak Merah - sumber kak dayangjack
Bahan-bahan :
* 6 ekor ketam (dipotong ikut suka, direbus dgn sedikit garam sehingga 3/4 masak. Tuskan) (nurindah: saya buat 4 ekor ketam Bunga, n simpan sedikit air rebusan)
* sedikit hirisan cili merah (nurindah: tak bubuh)
* sedikit hirisan nanas (nurindah: takde)
* 4-5 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar sos tomato
* 3-4 sudu besar cili kering kisar
* sedikit air (nurindah: saya ganti ngan air rebusan ketam yg ditapis)
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sb kicap manis
* 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan mesin :
* 1 labu bawang besar
* 2 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 1 batang serai
Cara-cara :
1. Tumis bahan2 kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kering. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata2 dan masukkan sedikit air.
4. Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan2 selebihnya. Perasakan dgn garam dan gula.
5. Hidangkan setelah masak.
Salam nur...
ReplyDeletePagi2 dapat round nur *KAKAK off hari ni, so akak cuti kuar umah... :)*
Ish nampak ketam umah nur ni, terliur pulak le akak...Takpe la, tunggu weekend ni cari ketam...dalam peti tu ada ayam je, nampak gaya bergulai ayam je la hari ni akak, nur... :)
salam kak fzi,
ReplyDeletewah..sonok kuar umah tu. ;) teringin nak mintak ayam kak fzi nih. My Hubby plak cakap, minggu ni tak yah beli dagin or ayam..lauk seafood dah byk. huhu
salam nur..bestnye ade ketam kat sini..akak kalau ada org kopekkan baru makan ketam klu takde sape tlg tak usik pun..malas hehe..
ReplyDeletesalam datin el,
ReplyDeletehihi. kalu rebus dulu, senang jer kopek kak. kami dah lama tak makan ketam ni, skali2 syok plak mengopek..hahaha