Ini luahan hati. Sekadar merenung balik apa yg terjadi. Ya, saya tewas. Tewas dgn amarah.
Selepas kami ambil stok Bro-Arts, kami singgah di satu restoran yg biasa kami masuk. Agak dah 3 bulan jugak tak masuk sbb My Hubby kena berpantang. Kali ni, dia nak makan Gulai kamben yang sedap kat situ. Restoran tu menu kelantan. Ada nasi kerabu, nasi dagang. Gulai kawah dia pun sedap2. Saya pun suka singgah. My Hubby suka Gulai kambing sbb kat tempat lain tak sesedap kat restoran tu.
Restoran tu agak mahal jugak. Sorang makan, nasi lauk, air...dah RM10. Tiap kali kami pegi mesti hampir2 RM20. Tapi tak kisah, sbb gelas jus buah dia besar, lauk pun sedap memenuhi citarasa pantai timur saya ni.
Masa singgah tu, saya fenin2 lalat. Kat lam kereta rasa mual2 jer. Tapi, dengar nak restoran tu, sanggup turun keta. Masa tgah ambik nasi kerabu, saya dgar pakcik yg jaga balang nasi tu bercakap. Saya ingat dia bercakap dgn orang lain. Tgah2 fenin tu, My Hubby mengadu ngan saya.
"Abang rasa, abang tersilap amik gulai daging lembu ni ", sedih mukanya...saya tengok lam pinggan banyak lak tu gulai dia amik.
Saya pun gi tengok tempat lauk pauk tu. Betullah,dia salah ambik. Daging kamben kat seblah jer. Rupa plak sama jer.
"Takpe bang, nak buat camana. Nanti kita bungkus daging kambing ya?" Saya memujuk rasa kecewa My Hubby, sambil gelak2.
Ada sorang pakcik cuit. "Tu, kuah tumis nasi kerabu kat situ, tadi saya cakap awak buat tak dengar," katanya sambil berlalu.
Hati saya tersentuh. Tapi saya gelak. Terus amik sedikit kuah. Saya tak kisah sgt psl kuah tu, sbb saya tak suka sgt.
Saya terasa nak makan kopok. Hati saya fikir pakcik bergurau tadi. Lalu saya menyapanya,"Pakcik, mana keropok ya?" kata saya sengih2.
Dia pun tunjuk keropok dlm sifat kasarnya. "Tadi saya dah tunjuk, awak buat tak dengar...", pastu membebel2. Apa ni????
Hati saya dah panas. Antara pening ngan rasa nak makan nasi kerabu. Saya bercakap ngan My Hubby. Suara saya dah tinggi .
"Saya dengar apa pakcik tu cakap bang, saya fikir dia bercakap ngan orang lain."
Saya pun mula membebel...sambil makan. My Hubby pun dah naik angin, sbb dia pun dengar pakcik cakap apa. Dahla My Hubby kecewa sbb tersalah amik daging lembu.
Saya sambung membebel. Hati dah panas. "Antara saya dengar cakap dia dulu, ngan suami saya panggil utk bercakap ngan saya tadi...saya kena sahut panggilan sape lebih utama??"
Makan pun dah slow. Hati bengkak. Masa kat kaunter, saya mengadu pasal pakcik tu kat kaunter. Adik kat kaunter tu, asyik minta maaf. Saya cakap pun dah slow sbb takmo riuh2. Kami tak kisah pasal benda lain....tapi jangan tak hormat CUSTOMER!
Sampai skarang teringat2. Tak pernah jumpa pakcik tu kat restoran tu.. pakai baju pekerja, sah2 pekerja. Takkan owner restoran berlagak camtu?? Saya tewas ngan perasaan sendiri...

Salam nur...
ReplyDeleteLepas baca citer nur ni, akak teringat akan satu restoren... nak tanya, pakcik tu pakai kupiah, t-shirt dan berkain pelekat ke nur?
Apa2pun sabar ya, kadang kita secara tak sengaja berada dalam keadaan orang lain not in the mood. Jadi kesudahannya kita yang tak pasal2 menjadi mangsa keaadaan. Akak dulu pernah tulis apa yang ustaz pernah pesan pasal kerenah orang lain ni...kalu nur tak keberatan jemput baca kat sini:
http://pkasih.blogspot.com/2009/03/di-uji-dengan-karenah-orang-lain.html
salam kak fzi,
ReplyDeletethanks a lot kak, atas nasihat. mmg pakcik tu berkopiah. bukan kat sini, kat tempat lain. Ujian betul kan? Huhu.
salam Nurindah..memang selalu jumpa peniaga kedai makanan yang macam ni sombong .. ..muka tak manis langsung..muncung sedepa macam kita nak makan free kat kedai dia..kite mmg tak boleh sabar dgn org2 macam ni ..alaa dah teremosi pulak..
ReplyDeleteAlong memang selalu mengeluh & ghalat hati bila melihat gelagat org2 kita yg tak berbudi-bahasa ni. Tapi nak buat cam mana, sabor je lah. Kalau nak naik marah dgn depa tu mmg tak berbaloi, last2 sendiri yg sakit-hati. So kita senyum aja lah tengok gelagat org macam ni.
ReplyDeletesaam datin el,
ReplyDeleteitulah kak. kalu ikutkan merajuk, sah2 saya tinggalkan pinggan nasi kerabu tu kat situ juga. haha. sbb nak mkn nasi kerabu jer, saya sanggup tahan . :)
salam kak roz,
ReplyDeletentah kak. darah saya tersirap time tu. My Hubby ckp, dia org tua. kalu kita marah dia, nanti org lain salahkan kita balik. tgah2 fenin time tu, mood kacau. ihi...
oh, loghat kedah ni. kak roz org kdah ya? :)