KUIH CEK MEK MOLEK
Bahan: (updated)
Menggunakan 1/3 adunan asas dalam post seblum ni,
Tambahan bahan:
# 1 sdm tepung gandum
# 1/2 sdm majerin - utk merangupkan kulitnya
Untuk inti:
# Gula pasir scukupnya- untuk dimasukkan ke dalam kuih
Cara:
1. Uli adunan dengan bahan tambahan hingga sebati.
2. Ambil sedikit adunan. Letak di atas tangan.
3. Masukkan inti gula, rapatkan tepi2nya. Jadikan bentuk bujur.
4. Adunan agak melekat2 masa membentuk. Bentukkan scara perlahan2, bukan gentel2.
5. Sedia digoreng , dengan api sedikit perlahan, balik2kan supaya sekata, dan supaya masak di dalamnya.
Nota: Jika nak frozenkan ckmek molek, jangan goreng dulu, nanti cair gulanya. Terus atur lam dulang, pastu biar 1 hingga 2 jam. Buka freezer, masuk lam bekas plak, alas ngan plastik. Bagi saya, cekmek molek lebih cantik kalu digoreng terus. Tapi frozen ni, alternatif utk digoreng kemudian. Sebaiknya, goreng yg frozen ni, sehari selepas diadun, sbb air gulanya akan meresap lam tepung. Kuarkan dr frezer, biar sekejap hingga separa beku. Goreng kuih ni, ngan api yg perlahan. Balik2kannya supaya sekata dan masak di dalam.
Adunan cek mek molek siap dibentuk...dibekukan sekejap lam dulang
Kuih cek mek molek yg beku skit, di atur lam bekas...untuk difrozenkan..
No comments:
Post a Comment