Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label popiah. Show all posts
Showing posts with label popiah. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Murtabak Segera

Salam sejahtera,

Kelmarin ialah hari versi mghabiskan stok, ada roti sardin gulung, dan puding ala bingka kulit roti :). Tapi bateri kamera habis, tak sempat masukkan foto. Yalah, boleh mndatangkan idea sms tgah sesak, kan? ;)

Saya tayang murtabak segera jerla. Dah lama peram ni, buatnya awal ramadhan lagi. My hubby suka, katanya dah pandai buat murtabak sndiri. Tapi... (ada tapi tu) rasa lebih kentang. hikhik. Aduhai, selera ni selalu nak macam-macam. Lenkali buat, kena topup daging kisar dan kari lebih sikit. Tapi habis jugak 6-8 kpg tu... mr hubby kata sedap. :D . Sedap dicicah kuah kari dan jeruk bawang merah tu. Yum yum...






MURTABAK SEGERA
Resipi: Minami133 MyR
Servings: 6 orang




Bahan-bahan ( 6 keping )

100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup  (nurindah: saya tak bubuh)
minyak  
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia - (nurindah: sebagai pembalut inti murtabak)
2 biji telur - (nurindah: digaul semasa nak menggoreng murtabak)

NURINDAH:
~ Saya guna 1 - 1 1/2 cwn air utk empukkan daging dan kentang.
~ Saya tambah 1 sdm tepung gandum yang digaul dgn sedikit air sehingga likat sprt gam sebagai pelekat kulit murtabak).




(Nurindah: Teknik mndadu bawang besar mnggunakan pisau yg tajam)


CARA-CARA MEMBUATNYA:



1. Mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.

2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air.
3. Goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.



4. Apabila daging masak (Nurindah: nampak daging berketul skit), masukkan kentang yang dipotong dadu. masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
(Nurindah: Step lepas masukkan kentang,garam dan perasa, saya bubuh air 1 - 1 1/2 cwn untuk empukkan kentang dan daging kisar. Perlahankan api, tutup dgn penutup periuk. kacau sekali sekala sehingga Inti betul-betul kering)



5. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati. (Nurindah: Ini step utk mula memasak murtabak)


 6. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
(Nurindah: saya bungkus sekali lipat jer sprt dlm gambar)


7. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.  (Nurindah: gunakan pan leper)





Tuesday, August 9, 2011

Kuih Samosa



Salam sejahtera,

Hari ni buat tayangan kuih samosa pulak. Jenuhnya menyusun gambar. Fiuh! Tapi demi memudahkan saya lenkali. Dan kuih ini pun, intinya boleh dibuat awal2 dan frozen. Masa free yg lain boleh buat kulit dan bubuh intinya pula. Boleh goreng terus atau frozen lagi. Kami makan untuk berbuka ondaway balik banting Ahad lalu. Isnin my hubby cuti.

Nota Nurindah: jam 4.56 pm Mohon maap banyak2 sbb terbubuh air daging dan udang. Itu utk mee jawa tuh! Saya dah EDIT resipi bahagian stok rebusan tuh. Fenin2 skejap. Mohon maaf sekali lagi. huhuhu..

Saya panaskan Mee Jawa, celur mee, buat kuih samosa ni, buat puding roti untuk My Adik siti dan family kat kampung. Sempat hantar sedikit masakan saya utk Siti dan kawan2nya di damansara damai. Sempat juga singgah kat Putra beli tiket untuk balik Besut bbrp hari. Kami berbuka kami di RR yg tidak ramai org. Kuih samosa pula dah dimakan dalam kereta lagi. My hubby makan kuih Samosa banyak, sedap katanya. :D Mee Jawa takde gambar ek, guna resipi maklang kat blog che mat. Alhamdulillah, menepati selera saya tapi My hubby macam kenyang pula. Selainnya kami bekalkan utk family lain merasa. Dapatlah kami bersahur dan berbuka kat banting minggu lalu. Dan my hubby suka betul puding roti tu. Disuruhnya buat lagi, tapi saya ni maklumlah puding bersusu, cepat muak. Bila teringin lagi, baru buat lagi. :D

Oklah saya tayang kuih Samosa. Ada cara lipatnya, yg saya belajar dr seorang cikgu yg baik hati, cikgu wan rusyaini. Cara saya lipat masih tak cantik, tapi harapnya cikgu luluskanlah ya. hehehe... Terima kasih buat empunya resipi Biduri MyR, mohon halalkan. Sungguh sedap samosa nih!





SAMOSA

Resipi: Biduri MyR

Bahan-bahan ( 5 orang )



Kulit popia saiz besar secukupnya
Minyak untuk menggoreng












Bahan-bahan INTI :

1 cawan daging kisar - (Nurindah: Saya guna ketulan Daging yg dikisar kali ini mggunakan food processor shg hancur).
500g ubi kentang-potong dadu
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar rempah kari   (Nurindah: campur 1/2 sdm serbuk kari + 1/2 sdm serbuk kurma daging)
garam secukupnya  (Nurindah: 1sdk)
gula secukupnya
1 tangkai daun kari (optional)
sedikit minyak untuk menumis
NURINDAH:
~ Saya tambah 1 cwn mixed vege.
~ Ganti serbuk kari dgn mencampur serbuk kurma daging.
~ 1 - 1 1/2 cwn air utk empukkan daging dan kentang.
~ 1 sdm tepung gandum ditambah air sprt gam sebagai pelekat kulit samosa



(Nurindah: Teknik mndadu bawang besar mnggunakan pisau yg tajam)


Cara-cara Sediakan Inti :


1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi








2. Masukkan rempah kari biar sehingga garing








3. Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.







4. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air. (Nurindah:  Dlm step ini, saya bubuh Air agak dlm 1 cwn  dan tutup kuali dgn penutup periuk, kecilkan api. Kacau sekali-sekala)








5. (NURINDAH:  Apabila daging empuk dan hampir kering, pd step ini saya tambah 1 cwn mixed vegetable. Gaul rata sampai inti agak betul kering, mixed vege kelihatan kembang).
CARA ASAL: Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.



6. Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas



CARA MELIPAT KULIT SAMOSA:
mysweetlife-nurindah.blogspot


































Tuesday, August 2, 2011

Air Lemonade dan Popiah jejari ketam - 2 ramadhan



Salam sejahtera,

Selamat malam. Saje tayang Lemonade waktu malam. Tak sampai hati pula nak tayang siang-siang....

Penat sungguh hari ni, dari lepas balik pasar sampaila petang, tak berenti saya kat dapur. Yalah, nak bersihkan lauk, potong dan asingkan. Pastu nak masak lauk berbuka pula. Saya buat menu berbuka yg sudah lekat kat otak. nasi ayam... Sebab tu la tak sempat nak blogwalking td. Maaf ya..


Resipi yg sedia ingat. Nasi ayam MIL.

Minuman kat bawah ni, kalau dulu, saya panggil air ni macam ni, air lemon je. Rupanya ia ada nama trsendiri. Sambil minum saya cakap kat mr hubby, kalu tambah air aiskrim soda tentu meletup kat mulut. hehe.. My hubby tambah air Lemonade ni berkali-kali. Rasa lega bila minum. :) Terima kasih buat kak Fida, dan myresipi. Mohon halalkan saya tayang di sini.


LEMONADE
Resipi: Kak Fida MyR

Bahan-bahan ( sukatan 10 orang )
nurindah: utk 2-3 org, sukatan 1/3 sudah cukup berulang kali minum. :)

6 biji lemon
3 cawan gula pasir
4 cawan air
secukup ketulan ais
secukup air masak yg telah sejuk

Cara-cara

Lemon dibelah 2 dan perah untuk mendapatkan jusnya.
6 biji lemon boleh menghasilkan lebih kurang 300 ml jus.
Gula dan air dimasak hingga larut dan sejukkan.
Di dalam sebuah jug,isi jus lemon,secukup air gula dan air masak secukupnya.Kacau rata.Jika kurang manis,tambah lagi air gula.
Ketika menghidang,bubuh secukup ketulan ais di dlm gelas dan tuangkan lemonade tadi.Sedap diminum sejuk.



Popiah jejari ketam ni, buat kudap-kudap. Asalnya nak buat ytf, atau stimbot, tapi akhirnya terbuat ini. :D Rasa popiah dgn isi ketam ini, manis.. beserta dgn rangup popiah pulak tu. Saya gulung dari kelmarin ni, pastu frozenkan. Tak larat nak buat semua arini... ;)


POPIAH JEJARI KETAM
rujukan: kak ummizaihadi.
nurindah: Resipi sendiri je ni. saya tak bubuh sayur. Hanya jejari ketam.

Kulit popiah
Jejari ketam dalam paket frozen - defrost, dan buang plastik yg mmbalutnya.
1 sdm tepung gandum campur sedikit air dikacau, sebagai pelekat balutan popiah.
Siap digulung, goreng dalam minyak penuh dgn api yg sedikit kecil hingga masak kekuningan.





Friday, August 13, 2010

Inti popiah goreng, nasi ayam

Salam ramadhan hari ke 3. Lupa nak buat ucapan aluan tadi. hihi. Alhamdulillah, saya makin sihat. Semua dah makin ok. Terima kasih atas ucapan ramadhan dan bertanya khabar kami. Insya Allah, kunjungan akan dibuat bertahap-tahap. Insya Allah




Popiah sebelum digoreng. Maafla yang dah goreng tak sempat snap. :D. Habiskan balance taugeh yg dah hampir layu. Sedap pulak ngunyah kulit popiah masa berbuka.


Inti popiah versi saya, guna sukatan tangan jeer

INTI POPIAH

3 genggam Taugeh - dibasuh, toskan.
1 genggam udang kering - direndam dgn air seketika, toskan. Lepas tu tumbuk biar hancur sikit.
1/2 biji Bawang besar saiz sederhana -dicincang
2 ulas Bawang putih -dicincang
2 biji Cili merah - dibuang biji, dicincang
Sedikit Minyak untuk menumis
1-1/2 kiub bilis maggi

CARA:
1. Tumis bawang putih, bawang besar, cili merah.
2. Masukkan udang kering tumbuk tadi. Biar udang masak.
3. Baru masukkan kiub bilis maggi dan taugeh.
4. Kacau rata sehingga taugeh sedikit layu.
5. Angkat dan sejukkan untuk digulung dalam kulit popiah.




Saya mencuba puding telur beroti kak rosaliza kelmarin. Tetapi saya masih tak pass lagi buat karamelnya.hihi. Sedap rasanya, manis lemak. Disejukkan dalam peti ais, sungguh menyegarkan tekak. Rasanya akan buat lagi. Terima kasih kak liza. ;)




Nasi lupa tayang, maaflah ya. Saya guna cara MIL, sebab dah selalu tolong MIL buat nasi ayam ni. Nasi ayam MIL selalu dapat pujian dari keluarga. Sukatan saya main agak jer, ikut rasa. Ayam tu hitam sangat sebab saya guna kicap pekat.

AIR REBUSAN AYAM : Ayam 1/4 atau 1/2 bahagian ayam direbus dgn halia ketuk/hiris hingga ayam empuk. Toskan ayam, tapis air rebusan.

NASI AYAM : tumis bawang putih,merah,(hiris) dgn majerin, baru masukkan beras dan air rebusan ayam, dan sedikit garam.
(NOTA NURINDAH: Malam tadi, saya lupa tumis bawang. Jadi, just topup majerin dalam periuk nasi. Saya guna beras siam AAA. Alhamdulillah, rasanya tak byk berubah)

AYAM : Ayam yang ditos tadi, masa panas2 lagi dituang kicap rata sehingga menyeluruh ayam. Guna penapis dan simpan air ayam berkicap dr ayam trsebut. Bole guna kicap masin/masin atau kicap pekat semata, atau campur2. Goreng hingga sedikit garing. Angkat. Toskan. Lepas tu, ketuk ayam tu hingga leper. Chop chop ayam tu. Siap!
(NOTA NURINDAH: Ini versi ayam kicap digoreng. Jgn goreng garing sbb ayam tu dah masak)

ULAM/SAYUR : Tomato hiris bulat, salad, timun. (er.. malam tadi takde timun, lupa beli ;)


Untuk Sup ayam ni, saya tak buat sup kosong, tapi buat sup betul2..sup ayam MIL. Guna bahagian leher, kepak, kaki, dipotong kecil.



SOS KICAP
Guna air lebihan ayam yang disapu kicap tadi. Tambah air sup dan kicap jika perlu.



Cili ni saya tak ingat camana, tapi buat ikut rasa:

SOS CILI NASI AYAM:
5-6 biji cili besar dibuang biji
5-6 biji cili padi
1 sdm sos tomato
1sdm sos cili
sedikit gula
secubit garam
2 ulas bawang putih
sikit air.

CARA: Kisar semua hingga hancur, guna blender kecil tu.


Wednesday, May 26, 2010

Thai Fried Bananas



Firstly, saya ucapkan takziah buat Ijan, Finland, atas kehilangan ayahanda tercinta yang kembali ke Rahmatullah. Dengar cite, allahyarham kena sakit jantung. Al-Fatihah... Actually, dah banyak hari saya cuba tembus web Ijan, tapi tak dapat. Tiba2 dapat berita sedih. Moga Ijan sabar, ya. Moga segala urusan dipermudahkan untuk pulang ke kampung. Berhati-hati dalam perjalanan...

Pagi ni, buat Thai Fried Bananas. Resipi dari Ika, bangkok. Hm....enak rasanya... mudah pulak tu membuatnya. Actually, saya kurang gemar pisang berangan atau pisang montel , sebab selalu rasanya kurang manis, masam2 skit,huhuh. My Hubby pulak suka pisang jenis ni, sebab dia suka minum air pisang, (ais + pisang berangan + susu pekat yang dikisar), kadang2 campur Oat. Tetapi, dessert ni, meeemang buat saya tak ralat kalau My Hubby beli pisang lagi, macam yang ika cakap, makan pisang + whipping cream + sos coklat pun dah buat kita berselera... hihihi. Terima kasih Ika, sebab tayang resipi ni. Izinkan saya share ya... :)

Pisang Goreng Thai - ditranslate oleh Nurindah, sumber ika, arah, resipi asal dari about.com + video .

Bahan-bahan:

* 4 keping Kulit popiah (6 inci )
* 2 biji pisang (montel, berangan, atau cavendish) -dikopek, isinya dipotong dua)
* minyak untuk menggoreng
* Tambahan nurindah: Tepung gandum - dibancuh dgn sedikit air shg pekat utk melekatkan kulit popiah.
* Hiasan - sos coklat (nurindah: bole guna sos coklat hersheys ataupun macam saya, cairkan dark chocolate + skit minyak jagung, masukkan dalam plastik, gunting bucunya, titiskan di atas popiah. Krim putar siap, dan sikit kekacang.

Cara:
1. Bentangkan kulit popiah. Letak pisang di salah satu bucu kulit popiah.
2. Gulung pisang hingga ke tengah. Lipat bucu dari kiri dan kanan. Gulung lagi hingga ke hujung.
3. Sapu hujung akhir kulit popiah dengan sedikit bancuhan tepung tadi. Lekatkan.
4. Goreng hingga garing. Api sederhana besar.
5. Angkat dan toskan. Boleh dihidang dengan sos coklat dan krim putar serta kekacang.

THAI FRIED BANANAS - sumber ika, arah, resipi asal dari about.com + video

THAI FRIED BANANAS

Ingredients:

* frozen spring roll pastry wrappers (6 inch square)
* 2 bananas
* cooking oil for frying

Method: (Basic Rolling :)

Prepare the Spring Roll Wrappers
Allow the wrappers to thaw for 5 to 10 minutes, before opening the packet. Open the packet and carefully separate 4 of the wrappers from the pile. Prepare your first wrapper by turning it 45 degrees, so it looks like a diamond.

Add Bananas to the Wrappers
Peel a banana and break it in half. Place the banana half in the center of the wrapper. Grasp either side of wrapper and bring toward the center. Hold the wrapper in place on top of the banana with one finger.

Roll the Wrappers
With your other hand and thumb, bring the bottom end of the wrapper up over the banana. Tuck in the end and roll the banana over until it is completely wrapped. Secure the top corner of the wrapper by dipping your fingers in a little water and wetting the end to seal it like an envelope. Now the banana is ready to be fried.

Let's do it with the other banana half. Place the banana in the center, fold in the sides, bring up the bottom and roll it up to the top. Wet the top corner and seal.

Fry the Banana Rolls
Next, heat about 1 inch of cooking oil in a pot or deep frying pan. Keep the temperature at a medium high heat. The oil is hot enough when bubbles begin to rise from the bottom of pan.

Carefully place the wrapped bananas into the oil. Fry until the bananas until they are golden brown. If the oil does not cover the bananas, flip them over to fry both sides.

When they are done, turn off the burner and remove the pan from the heat. Take the bananas out from the oil and place them on a towel or absorbent paper to drain.

Serve and Enjoy
Serve the bananas warm. For a special dessert, top them with chocolate sauce and whipped cream.



Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers