Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, March 30, 2011

Ketam bersambal puteri

Salam sejahtera,

Ketam yang sentiasa menggembirakan hati. hehe.. walaupun ia kecik sikit, tetapi tetap buat kami tersenyum. Rasanya manis, sebab lepas beli terus masuk freezer. Beku sehari. Sambal saya masa ni sangat simple. Ketam bersambal camana sekalipun, memang buat kami rantah sampai habis. Insya Allah.. habis.
Saya belum sempat lagi membalas kunjungan. Maaf ya. Ini pun saja masukkan lauk, supaya teman2 'kenyang' bila datang 'rumah' saya ni. :D


KETAM BERSAMBAL PUTERI

4 ekor Ketam dipotong 2
2-3 sdb Cili kisar jenama Puteri (cili ni pedas)
Bawang besar - dicincang halus
Bawang putih - dicincang halus
2 inci Halia - dicincang halus
sedikit Belacan
1 sdm Sos cili
1 sdm Sos tomato
1 sdm Sos tiram - kalau bubuh sos ni, kurangkan garam dan belacan.
Serai diketuk - kalau mahu

CARA:
1. Tumis bahan cincang sehingga naik bau,
2. Masukkan cili kisar . Biar naik minyak. Jangan lama sangat, cili kisar paket cepat hangus.
3. Masukkan sedikit air.
4. Tambah sos tomato dan sos cili. Masa ni saya slice sedikit belacan dari ketulannya masukkan terus dalam rencah sebab senang nak bajet penggunaan belacan.
3. Masukkan ketam. Gaul sebati. Masa ni boleh bubuh serai jika mahu.
4. Tambah sedikit garam dan air secukupnya untuk kuah. Kacau sebati dan tutup kuali dengan tudung periuk, perlahankan api. Biarkan masak.
5. Balik-balikkan ketam sehingga masak kulitnya merah-merah.
6. Angkat untuk dihidangkan.




Celoteh umrah, impian, skim rumah pertamaku, money management

Salam sejahtera,

Firstly, nak hulur2 salam dulu. hehe. Lama tak jumpa kan?

Alhamdulillah. Mertua saya dah selamat berangkat untuk menunaikan umrah, pukul 10 am, 24 march. Hari ni dah 5 hari mereka kat sana. Takde la sibuk sangat, tetapi saya ambil peluang muhasabah diri dan audit kewangan keluarga kami. Alhamdulillah, lepas 10 tahun menunaikan haji, mereka dapat juga menjejak kaki ke Mekah lagi.

Saya, juga berhajat. Mama abah saya tak sempat menyimpan duit. Pendapatan kecik sangat untuk menyara 6 orang anak. Maka, tidakla seperti orang lain yang dapat guna KWSP untuk pergi haji. Harapnya, Allah panjangkan umur mama abah saya. Mungkin lama lagi saya dapat bawa. Moga kami adik-beradik terbuka hati untuk sama mengumpul.

Jika seorang anak ingin mengutip pahala berbakti kepada ibubapa, usah lihat orang lain buat ke tidak, kita lakukan saja! Pernah mr hubby kata, saya senang sangat propose nak hulurkan duit. salah ke? katanya tak salah, tetapi ikut kemampuan. Kerana itulah, saya pulun 'rombak' plan keluarga kami. Moga ada berkah dalam memberi. Ikat belanja sementara, tak apalah.

Ada adik-adik yang bertanya suami ttg Skim rumah pertamaku. Saya banyak membaca blog kewangan dan hartanah. Jadi, ada juga dapat ilmu untuk membuat perancangan. Sebenarnya, kalau beli rumah melalui skim ini sebab dah plan untuk didiami bersama isteri, it is Ok. Rebutlah peluang ini. Kena check lokasi, dan tempat yang tidak jauh dari tenpat kerja, trafik, pasaraya terdekat. Barulah berbaloi beli rumah 1000 sebulan. Lagi2 dapat 100% loan, siapa tak nak? 10% dari 100k pun dah 10 ribu. First, pastikan gaji Basic 2,000 - 2500 sebulan. Bukan dah dicampur OT.

Ada juga yang berfikir untuk buat pelaburan, nak sewakan pada orang. Lebih2 masih bujang dan lambat lagi nak berkahwin. Bagi saya, tak payahlah. Sebab pelaburan tinggi, dan belum tentu pulangannya. Jadi, belilah rumah yang mengikut citarasa, dan kawasan strategik dgn tempat kerja. Mana tahu, dah ada rumah sendiri... tiba2 puteri jatuh ke riba?

Lihatlah skim rumah pertama dan KWSP anda dengan nilai tinggi. Belilah rumah yang sepadan dengan gaji anda. Sesuai dengan gaya hidup anda. Mintalah nasihat ibu, kerana biasanya dia ada banyak anjuran dan kehendak. Biasanya ibu akan menyuruh anak beli rumah dekat2, ruang yang besar, laman yang luas, kawasan orang Melayu dan dekat kedai. Itu yang biasalah. Terutama anak lelaki, sebab mereka fikirkan anak mereka akan punya keluarga sendiri. Ada juga setengah parent tak kisah, asalkan anak mereka mampu beli rumah sendiri. Ini biasanya anak perempuan, supaya mereka lebih terjamin hidupnya kalau mendapat menantu lelaki yg kurang berkemampuan dr segi duit.

Adik perempuan saya sendiri pun pernah berangan nak beli rumah guna kwsp. Tetapi saya larang, sebab kerja masih tak tetap. Kalau perempuan, first sekali, ambik kursus memandu dan beli kereta. Kenapa? Sebab they have to work. Mesti kena ada pengangkutan untuk safety. Dan mereka suka bekerja, jumpa orang, ada duit sendiri.

Lain dengan saya, dah memilih hidup di rumah. Tetapi tidak kerja ataupun bekerja, yang penting 'Management'. Untuk survive hidup, kita ada macam2 cara. Memang yg paling senang, ialah kerja dan dapat gaji. orang tak peduli "Saving" kita berapa, yang mereka nak lihat, kita ada rumah besar, kereta besar dan pakaian cantik. Last bila pencen, duit kwsp cukup2 bayar hutang rumah besar dan pelajaran anak2. Camana nak survive hidup dalam usia tua?

Yang penting dalam perancangan (Money management) ialah:
mysweetlife-nurindah.blogspot.com

1. Kenalpasti Masalah

2. Target

3. Belanja keperluan yang mana penting utk jimatkan masa, tidak stress, cara pemakanan, safety, knowledge, kesihatan.
 - Kos terbesar dalam hidup ialah kesihatan, dan makanan. Belilah barangan letrik yang memudahkan kita mengurus makanan dan kesihatan. Such as, rice cooker, blender, jag letrik, 'Water filter' (jika kawasan tmpt tinggal tahap air kurang bersih, mungkin tangki di apartment)
- Kos 'knowledge' -komputer, internet, beli buku, majalah, tiada masalah sbb dpt tolak tax. kalau tak perlu by tax, ilmu juga perlu ttp kurangkan membeli newspaper (saya kira-kira besar belanja newsp setahun).
- Kos 'safety' spt grill pada rumah, Toilettries (produk penjagaan badan) yang kurang bahan beracun, 'Make up' yang kurang bahan beracun (bahan beracun boleh menyebabkan resdung, sakit kulit dsbg). Kereta dan rumah last sekali, sbb bajet besar. selagi boleh, gunakan transport awam.
- Kos pengangkutan - Kenderaan yang baik dan tidak selalu perlu hantar ke bengkel (kos berbeza dg n setiap bengkel dan terpaksa tunggu sehari, kadang2 kerosakan berulang).
- Kos tempat tinggal - Rumah yang kita bayar utk diri sendiri (beli dgn kemampuan).

4. Kenalpasti belanja memenuhi kehendak diri, isteri, anak, ibubapa.
- Terutama ibu dan isteri. Ini penting, kerana biasa perempuan yang melaksanakan tugas rumahtangga. Dan biasanya di tidak akan lupa pada semua orang yang disayanginya. Happy mom is a happy family. Di sini pula kena lihat budget.

5. Pelaburan kesihatan 
- Untuk 'family', laburkan lebih pada makanan yang sihat dan segar, kerana makanan siap masak di luar sudah kurang zatnya. Kebersihan, mungkin ada tempatnya. Tetapi zat, tiada yg dapat lawan makanan 'homemade' dari rumah.

6. Pelaburan kedua utk kesihatan ialah Multivitamin.
- Ada setengah multivitamin di pasaran tak cukup. Sebab keperluan badan dan tahap kesihatan kita lain-lain. Contohnya orang yg bekerja kilang perlu lebih vitamin C. wanita mengandung perlu lebih folic acid. Teenagers atau yang yang perlu tenaga banyak perlu lebih B kompleks, penghidap Asma pula perlu minyak ikan . Rutin pula perlu Check BMI, tekanan darah, Pap Smear, payudara. Medical check sekali dalam 2 tahun. Tak mahal kalau buat medical check sekali dalam 2 tahun, kan?

Pelaburan ketiga untuk kesihatan ialah Insurans
- Kita tak tahu apa akan jadi di masa hadapan. Sekarang, ada shielplus (insuran kad kredit), fire insurance (insurans kebakaran). Juga insurans Nyawa, penyakit berbahaya, dan medical card (bil hospital)

7. Untuk 'Saving' pun di sinilah tempatnya. kesihatan dan makanan. Bagaimana? Ia seperti di point no 3 di atas. Bahkan Dengan makan makanan dari rumah, anda menjaga kesihatan. Jadi, kurang makan luar (fast food, hotel), kurang sakit perut (tersalah makan sbb alergi dsbg).

8. Saya dah hampir lupa mention pasal 'Debt Management'. hehe. Itulah asal usulnya kita buat plan ni, kan?
- Rasanya hampir semua orang berhutang. Dari pinjaman pelajaran hinggalah rumah, kereta dan barang letrik . First, adakah anda ada kad kredit? Gunakan dgn betul. Beli barang letrik yang berbaloi dr segi warranty, model,besar dan penjimatan tenaga. kad kredit kan 0% faedah, berbeza dgn AEON yang dua kali ganda harganya.
- Minyak kereta untuk jimatkan masa beratur di dalam.
- Pinjaman lain, set target.
- Dan jumlah yang mampu disimpan dan atur semua hutang dalam satu buku. Simpan pin nombor, due date bayaran, penyata bank dan surat dan no tel pihak terlibat. Rancang satu persatu supaya selesai peringkat demi peringkat. Insya Allah, saya berdoa semuanya berjaya. Kekuatan hati, emosi dan badan sangat penting.

9. Itu jerla point saya setakat 5 taun berumahtangga dan belajar manage sedikit demi sedikit. mysweetlife-nurindah.blogspot.com



Monday, March 14, 2011

Kerang Pedas Bersos

Salam sejahtera,

Moga hari Isnin menjadi hari yang ceria buat semua. Malam tadi, membeli barang kat pasaraya. Jadi, hari ini menjadi "hari produksi" atau dlm istilahnya, menyiang lauk pauk, blend cili, potong sayur , tulis barang baru yg masuk fridge/kabinet, semualah! :D. Jadi, kita rehat-rehatlah dari online hari ni. BW bila dah siap nanti. Saya tinggalkan lauk di bawah. Ok, let's fight Monday blues! :))



KERANG PEDAS BERSOS
Sumber: mysweetlife-nurindah

Kerang dan 2 batang serai (kerang saya beli dalam RM2) - Dibasuh bersih. Kerang direbus tanpa air bersama serai yang diketuk dengan api dapur kecil sehingga masak. Lalu dikopek.

5 tangkai Cili padi - diketuk
Air masak secukup kuah

Bahan Sos:
3 sdm Sos tiram
1sdm Sos cili
1 sdm Sos tomato

Bahan dihiris:
1/2 biji Bawang besar sederhana besar
2 ulas Bawang putih


CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan hiris hingga sedikit garing.
2. Masukkan bahan sos, sedikit air supaya sedikit basah, cili padi, dan kerang tadi.
3. Biar mendidih.
4. Angkat dan hidangkan.




Saturday, March 12, 2011

Bahasa tidak seirama



4. Bahasa kita tidak seirama.
Sumber: mysweetlife-nurindah

-Sebelum kahwin kita boleh seia sekata, sejiwa seirama seolah si dialah yang paling memahami kita. Tetapi sesudah berkahwin, berkongsi hidup dan bantal dan kenal luar dalam, sudah terbalik 360 darjah. Bukan saja penulis buku Men Are from Mars Women Are from Venus, bahkan saya sendiri kerap merasai bahasa kami sudah tidak sekata, tidak seirama! Bila saya cakap bab tolong menolong dalam kerja rumah, si dia terdiam tapi tidak pula bergerak untuk menolong. Sedangkan saya cuma ingin rasa sang suami masih sayangkan saya dan suasana mesra, tetapi tiba-tiba suami pula berasa saya tidak senang melihat dia berehat di rumah! Aduhai. Betapa susahnya memahami. Dahulu, bertekak jugalah, dan ada yang mengalah. Tetapi sekarang ini tiba-tiba kami mula berubah cara. Akhirnya, bila ada situasi tidak memahami, kami masing-masing terdiam dan buat hal masing-masing. Kemudian, boleh bertembung muka dan berbuat seperti tiada apa-apa berlaku. Kemudian senyum juga. Kemudian, barulah melafaz kata-kata. Sudah matang agaknya?


Friday, March 11, 2011

Grilled blackpepper honey chicken

Salam sejahtera,

Salam Jumaat. Haritu nampak ayam grill mamasya. Berkenan pulak. Alang2 ala sekeping ayam. Jadi, terjadilah ayam 'grill blackpepper honey'. Saya buat versi sedikit dan lada hitam banyak. Ada juga ditulis di bawah. Mohon izin resipinya kak / mamasya. Sedaaap sangat! Masih terbau-bau. Terima kasih beribu-ribu lemon buat kak. :D

Yang hitam tu, lada hitam. 1 sudu saya taruk untuk 1/4 ayam ni.


Grilled black pepper honey Chicken
Sumber: Mamasya.blogspot

Bahan
1 ekor ayam - potong 4
5 ulas bawang putih- tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
2 sb sos lada hitam
2 sb madu
2 sb sos tiram
garam secukup rasa

Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 1 jam.
3.Bakar ayam selama 1 jam dlm oven 200'C.(bergantung kpd oven masing2)
4.Balek2 ayam jika perlu...mahu garing sikit bah bawah.


SUKATAN NURINDAH :(Sebab saya buat sikit. Mengikut selera dan bahan yang ada :)

1/4 bahagian Ayam - saya kelar dan perap 15 min je.
2 ulas Bawang putih - ditumbuk
1 inci Halia - ditumbuk
1 sdm Lada hitam - ditumbuk halus (memang kaw pedas punya!)
1 sdm Madu
1 sdm Sos tiram
Tanpa garam dan sos lada hitam (sebab takde sos tu)




Sayur selingan... petola masak bening.

Thursday, March 10, 2011

Sambal Ikan Bilis

Salam sejahtera,

Sejak malam tadi, komputer ni sakit. Entah Blogger.com yang sakit nak loading atau Mr lappy menunjukkan tanda2 nak demam. Jadi, kita rehat-rehat dulu hari ni. Saya hidangkan sambal jer, nasi dah abis. :))



SAMBAL IKAN BILIS
Sumber: mysweetlife-nurindah

Ikan bilis secukupnya (saiz sederhana) - direndam dalam air sehingga kembang. Kalau buang kepala dan dikopek lagi elok.
Sedikit air asam jawa
Air masak secukup kuah - (nurindah:sebab nak bagi ikan bilis lembut)
Gula
Garam
1/2 biji Bawang besar potong bulat (buat tambahan dalam sambal jika mahu)

BAHAN KISAR:
Cili kisar dari cili kering yang direbus/direndam air panas -
(nurindah: saya tak sukat sebab dah kisar awal. Mungkin 3-4 sdm. Asalkan cukup untuk ikan bilis tersebut. Cili kering memang senang digunakan kalau yg kita kisar terlebih dahulu sebelum digunakan. Lain dengan bawang, sebab bawang senang dikisar :)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci Belacan


CARA MEMASAK:
1. Ikan bilis digoreng sekejap sehingga kering air. Jangan bagi garing. Angkat dan toskan.
2. Cili kisar dikisar bersama bahan bawang dan lain-lain supaya bahan mesra sekata.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan cili kelihatan naik minyak.
3. Baru masukkan air, air asam jawa, dan ikan bilis tadi. Biar kuah mendidih.
4. Baru masukkan gula dan garam. Biar sebati dan ikan masak lembut.
5. Angkat dan hidangkan.
6. Sesuai dimakan dengan nasi panas, nasi lemak dan kalau dikeringkan sesuai buat inti kuih, roti.



Wednesday, March 9, 2011

Cucur buat 'tea break'



Mood tak rajin sangat. Saya nak tayang cucur dulu,ek? Nak buat keja remeh2 edit gambar lauk malam tadi. ;) Cucur ni... jadikla buat kudap-kudap masa 'teabreak'. hahaha.


CUCUR SENANG MESRA
cucur lembut dan berongga yang tak perlu tambah penaik pun.
sumber: mysweetlife-nurindah

Tepung gandum (nurindah: tak sukat pun. bayangkan saja 1- 1 1/2 cwn)
Secekak Kucai - dipotong-potong sepanjang 1 ruas jari (nurindah: bayangkan saja cekak rambut kecil tu. Kira kucai banyak ni. heheh)
Segenggam Udang - siap kopek kulitnya.
1/2 biji Telur - dikacau rata.
Sedikit serbuk kunyit - sebagai pewarna
Garam secukup rasa (nurindah: cara saya 'test' mesti kena rasa sedikit adunan tu. tak puas, kalu tawar. tapi pastikan kacau sebati-sebati)
Air masak secukupnya sehingga jadi adunan untuk membuat cucur.

CARA:
1. Masukkan tepung dulu dalam bekas.
2. Masukkan kucai, udang, telur, serbuk kunyit.
3. Baru masukkan air masak.
4. Sebatikan adunan.
4. Goreng sehingga sedikit garing.
5. Angkat dan hidangkan dengan sos cili.
6. Sedap dimakan panas-panas.



Tuesday, March 8, 2011

Koleh Kacang (tak cukup sifat ;)

Koleh kacang ini kegemaran saya. Lebih-lebih kalau ditaburi tahi minyak (dari pati santan) yang lemak masin tu.Saya ambil resipi orang katering, dalam majalah. Senang je, guna tepung Alagappas ni. Janji, rajin mengacau jer. hehe.


Di bawah, koleh kacang yang saya buat. Mohon maaf, sebab tak cukup sifat. Maknanya gula merah tak cukup. Dan tak cukup santan nak buat 'Tahi minyak'. Yang saya buat ni, sedulang. hehe.. banyak betul. Tak perasan servings untuk 40 orang. hahaha. Jadi, dalam 3 hari ni, asyik mengulang makan. Alhamdulillah, dah berhari, masih sedap dan tak basi. Agaknya sebab masak betul. Rasanya... cukup sedap! Mr hubby yang payah nak makan kuih lembik-lembik ni, berjaya habiskan 5 potong sekali hadap. :D Tak kisahla kalu tak cukup sifat pun, kan?


Ampun maaf. Memang koleh kacang ni warna asal semata. Gula merah/gula melaka tak cukup. Dan hanya menggunakan sedikit gula melaka yang siap dicairkan. Tahi minyak pun tak buat sebab tak cukup santan. Tetapi rasanya tetap sedap.Tak muak memakannya.


KOLEH KACANG
Sumber: FZ catering, Subang Jaya, majalah Rasa Dis 06.

Servings: 40 orang.
Tempoh masak: 45 min -1 jam.
Cara saya, guna kuali. Mula-mula api sederhana, bila pekat baru api kecil sikit.

BAHAN-BAHAN:
240gm tepung kacang hijau (nurindah:saya guna jenama Alagappas)
120gm gula pasir
240gm gula merah (nurindah: Hanya guna sedikit gula melaka yang dicairkan)
2 liter santan (saya guna 1 liter pati santan yang dibeli di pasaraya + 1 lit air)
2 helai daun pandan
sedikit garam
nurindah: saya tambah perasa pandan

Cara Memasaknya:
1. Masukkan semua adunan ke dalam kuali dan dikacau hingga pekat. Sama seperti membuat dodol.
2. Jika telah nampak berminyak, masukkan adunan ke dalam loyang.
3. Biarkan sejuk.
4. Dalam pada itu, masak satu cawan pati santan sehingga kering.
5. Kemudian taburkan di atas kuih yang telah sejuk tadi dan sedia dihidangkan.



Monday, March 7, 2011

Mee Goreng Wan

Salam sejahtera,
Apa khabar semua? Moga dalam keadaan sihat dan ceria. Hari ni, menimbun barang untuk dikemaskan. Mr hubby penat baru balik 'camp'. Kem yang disertai tu, ala-ala latihan stamina untuk all staff. Tetapi banyak aktiviti mengayuh/ kayak sebab camping kat pulau. Jadi, takdela jungle trekking, atau lain-lain. Fuh.. lega skit hati saya. Risau kat kakinya. Dah lama takde aktiviti lasak macam tu. Mr hubby dah tolong basuh bajunya yang dah kotor. Cuma nak kemaskan barang-barang lain jer.

Mee ni dibuat Sabtu lalu. Di hari minggu :D Hujung minggu pastinya bersantai ngan hubby. Dah lama tak jumpa kan? Er.. 5 hari. hehe.. Alhamdulillah, mee goreng ni secukup rasa. Dimakan dengan teh O. Dan sentiasa menambat selera.




MEE GORENG WAN
Sumber: mysweetlife-nurindah

300gm (2/3 bungkus)  Mee kuning - diletak dalam penapis dan tuang air panas,digoncang-goncang di sinki
Seikat sawi - dipotong, asingkan batang dan daun. batang sawi diketuk.
1-2 sdm Cili kisar  (ikut kepedasan yang disukai)
4 ekor Sotong - dipotong besar-besar
Segenggam Udang yang siap dikopek
Air masak supaya mee sedikit basah.

Bahan Tumbuk:
Sejemput Udang kering - rendam dengan air sehingga lembut.
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan Sos: dicampur
2 sdm kicap masin habhal
2 sdm kicap manis habhal
2 sdm sos tiram nona
2 sdm sos tomato maggi/life
2 sdm sos cili life


CARA:
1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar.
2. Masukkan sotong, dan udang. Gaul sebati sehingga udang dan sotong masak.
3. Baru masukkan batang sawi, gaul rata sehingga sedikit layu, baru masukkan daun sawi.
4. Baru masukkan bahan sos. Kacau rata, dan masukkan  air secukup basah, biarkan sekejap.
5. Baru masukkan mee. Kacau sebati sehingga mee tergaul rata. Biar mee panas.
6. Angkat dan hidangkan.




Saturday, March 5, 2011

Nikmat dalam bercerita

Salam sejahtera,

Kisah di bawah tiada kena mengena dengan sesiapa, tetapi situasi yang pernah saya alami. Cuma saya tukar wataknya, situasinya, tetapi ceritanya sama... tentang sifat berbohong.


Nikmat dalam bercerita.

Seorang ayah sedang berada di pejabatnya, menyiapkan tugasan yang menimbun. Tiba-tiba mendapat 'call' dari seorang anaknya yang belajar di sebuah universiti di selatan tanah air. Menangis-nangis katanya kerana 'accident' semasa berada berjalan di bandar. Katanya mungkin tulang patah, kakinya kebas, Kelam kabut ayahnya tinggalkan semua kerja dan mintak cuti kecemasan. Dia membawa isterinya dan seorang anaknya dengan kereta Kembaranya untuk menemui anaknya yang sudah dibawa pulang ke asrama di selatan tanah air.
Sampai di sana, dia melihatnya memang sedang merintih kesakitan. Dia dan isterinya membelek badan anaknya, tiada yang patah, cuma terguris sikit mungkin sebab geselan.

"Ita.. ada pendarahan dalaman ke?" katanya dalam nada risau.
Ita hanya tunduk.
"Ayah dan ibu duduklah dulu. Ita ok.. takde apa-apa..." Ita berlagak biasa.
"Abis tu kenapa menangis-nangis macam tu dalam telefon?
"Ita nak balik, tak nak masuk kat sini.. Ita nak pindah universiti. "
"Ita kena langgar apa?" tanya isterinya pula.
"...... Ita yang naik motor kawan, pastu terjatuh"
"Habis tu kenapa Ita kata Ita kena langgar?"
"Tapi Ita tetap luka kan? Ayah dan ibu tak nak jumpa Ita ke? Nak tunggu Ita teruk baru nak lawat Ita?
"Ita!"
"Hmph! Ibu ayah pun dah 2 bulan tak lawat Ita,"


Si Ayah, menggetap bibirnya menahan rasa marah. Kelam kabut dia tinggalkan projeknya yang bakal dibentangkan minggu hadapan. Isterinya merayu-rayu untuk melihat anaknya apabila mendengar khabar begitu. Dari Terengganu ke Selatan, berapa jam mereka menempuh perjalanan. Ini kali kedua Ita buat menipunya. Kali pertama, Ita mengadu kena buli dengan senior, sampai lebam-lebam. Itu kali terakhir tahun lepas. Dia tahu, puterinya tidak biasa berjauhan dari keluarga, malahan dia sekeluarga tidak mampu melawat Rozita, puteri sulungnya itu setiap bulan. Sudah banyak kali dia minta anaknya itu bersabar. Bukan senang nak dapat UTM kat johor ni. Kalu orang lain berebut nak masuk U, anaknya sibuk nak mintak universiti lain pula sebab tak biasa berjauhan dari keluarga. Macam mana nak berdikari? Anaknya dah berusia hampir 20 tahun.

"Ita.... pandang ayah." si Ayah menarik nafas.
Ita pandang takut-takut.
"Ita ingat cerita penggembala kambing dengan serigala?"
Ita menggaru kepala. Memandangnya dengan anak mata bulat.
Si Ayah memandang anaknya, sama seperti dia melihat puterinya semasa puterinya berumur 5 tahun.
"Penggembala kambing tu melaung-laung mengatakan kambing nak dimakan serigala, lepas tu ramai orang kampung datang bawak senjata untuk membunuh serigala. Tetapi Penggembala itu cuma gelakkan mereka. Kemudian, hari lain, dia melaung-laung lagi, dan sebahagian orang kampung masih tetap datang untuk membantu menghalau serigala itu, tetapi rupa-rupanya tiada serigala pun. Kali ketiga, kambingnya benar-benar dimakan sekawan serigala, dan sambil menangis penggembala itu melaung-laung sepenuh hati, tetapi tiada seorang pun yang datang membantunya. Habis kambing-kambingnya dimakan kawanan serigala itu. Sebenarnya, Orang kampung puas rasa dipermainkan."

Ita memandangnya dengan pandangan kosong.
"Ita.. ini kali kedua Ita berbohong pada Ibu dan Ayah. Kali ketiga nanti, kalu Ita buat begini, belum tentu lagi ayah sesak nafas datang jenguk Ita. Tengokkan betapa sayangnya kami pada Ita. Baru telefon pagi tadi, petang kami dah sampai?"
Si ayah menyambunng.
"Belum hilang penat ayah. Jauh kami datang jenguk Ita. Sepatah kata maaf atau terima kasih pun Ita tak ucapkan. Ingatlah, Ita dah dekat berumur 20 tahun. Dah berkali ayah katakan.. Terengganu dengan Johor bukannya dekat. Dekat 10 jam. Kenapa kamu tak faham-faham? Ayah cuma nak kamu jadi orang pandai"
Si ayah berasa matanya panas. Dia tak jadi marah, tetapi kecewa.

Ita mula menangis. Si Ayah mahu terus balik. Si ibu melarang kerana si ayah masih penat. Ita perlahan menyentuh tangan si ayah. Si Ayah memandang Ita dengan mata merah.

"Maafkan Ita.... Ita janji tak buat lagi. Ita tak mau jadi budak umo 5 tahun, dan dengar cerita penggembala kambing lagi. Ita nak jadi budak besar. " Ita tersenyum sambil mengalirkan air mata.

Air mata mula membasahi pipi si Ayah. Lantas dikesatnya lalu menyapu kepala anaknya yang mencium tangan tuanya.
Alhamdulillah, moga kamu benar-benar berubah..


Friday, March 4, 2011

Semakin Hari Semakin Sayang

Salam sejahtera,



Sesuai untuk dodoikan baby time ibunya tak larat nyanyi.. huks. Syahdu jer.
Insya Allah my hubby ondaway balik. :)))))
Moga semua selamat dalam perjalanan Amin3x...

Nak layan lagu ni pulak. Ngee...


Thursday, March 3, 2011

Antara Matamu Dan Mataku

Salam sejahtera, selamat malam,

Layan syahdu skejap.... miss my partner... huhu.
Moga dia dalam perlindungan Allah selalu.
Dah 4 hari dia gi 'camping' ngan rombongan ofis. Bila nak balik ni bang? huhu..

Risau juga kalu aktiviti camp tu teruk sangat, walaupun dah macam2 ubat bawak.

harap dia makan berselera,
harap tidurnya lena,
harap mandinya basah.

Nota: Nak gi baca surah yasin.. take care..





Tanda-tanda sakit..

Salam sejahtera,
Moga semua dalam keadaan sihat dan gembira. Saje nak berkongsi tentang artikel di bawah. Jangan tanya sama ada fakta ini betul atau tidak, sebab saya pun tak tau. hehe... saje seronok2 menganalisis. Tak salah kalu kita check, kalu betul2 kita ada tanda2 sakit di bawah. Jangan fobia pulak! :D



Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi
badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

Sumber: aween, ehoza.com, http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/12152-tanda-tanda-sakit.html

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan
toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses
penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku.
Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau
bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati
atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan
mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.*

*3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok
atau terdedah kepada udara yang tercemar.*

*4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air
untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.*

*5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna
dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi
penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran
darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah,
seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari
tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan
darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan
toksin. *

*7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang
lemah.Biasanyatapak kaki terasa
sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.*

*8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.*

*9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin
yang tidak larut dalam air. *

*10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit
akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.*

*11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam
air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.*

*12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas
proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.*

*13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan
tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras
dan fungsi metabolisme tidak seimbang.*

*b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.*

*c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini
menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.*

*d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.*

*e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan
oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.*

*f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.*

*g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat
lemah tenaga batin.*

*h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki
busuk (Hong Kong Foot).*

*14. TANDA-TANDA DALAMAN*

*A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai
kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.*

*B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak
berfikir.*

*C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau
tekanan darah.*

*D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit
migrain. *

*E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan
penyakit migrain.*

*F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.*

*15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian
perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;
misalnya penyakit ulser.*

*16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.*

*17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman*

*18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah
pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin
sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.*

*19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari
usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan
penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
usus sedang berlaku.*

*20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan
saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan
organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang
berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan
toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.*

*21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah. *

*22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.*

*23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.*

*24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.*

*25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah. *

Tuesday, March 1, 2011

Saya teringat...

Saya teringat... setaun dua kawen dulu. FIL hidangkan buah seperti limau, epal, kadang-kadang anggur selepas makan. Kami pula jarang beli anggur sebab hubby memang kurang makan buah yang menyebabkan batuk. Masa kecik dia ada asma. Tetapi bagi saya terbeliak sikitlah sebab kat kampung, mahal harga anggur tu dan masa kerja pun tak pernah beli. Kira anggur ni saya letak dalam kategori mahalla. Padahal kat sini... satu pinggan dalam RM5. Boleh saja dibeli. Tetapi bila lihat mata hubby yang layu jer bila saya nak ambil anggur tu kat pasar, terus saya matikan niat. Nanti saya jugak yang pulun sorang2. Mana best kan? :)

Saya teringat... nak makan buah limau masa raya cina yang lepas. Nak beli sekotak kat pasaraya, tapi mr hubby cakap, dia akan ambil dari ofis. Ada berkotak katanya. setiap hari dia bawak balik beberapa bijik. Katanya tak boleh ambik 1 kotak, sebab orang lain pun nak juga. Saya pula tak puas makan, setiap kali nampak kotak limau kat gerai tepi jalan rasa nak singgah beli jer. Bila bagi hint hint pun dia tak mo layan. hehe... Saya tahan jer rasa terliur. Tetapi.... tiada apa yang tersangkut kat hati saya. Sebab saya tau prinsipnya, tak mahu dapat buah limau yang rosak dalam kotak.

Saya teringat... nak sangat makan buah durian.Bila nampak paket yang sudah dikupas pun, saya teringin nak beli. Hanya sebab penjualnya cina, sebab itu tak jadi. Bila nampak durian berlonggok-longgok kat gerai tepi jalan, air liur saya merembes2 dalam mulut. Sungguh... suka sangat. Teringat mama saya beli buah durian kampung satu raga besar. Alangkan mama saya pun sanggup beli sebanyak tu, takkan hubby saya tak boleh,kan? Mahal durian kat bandar ni, kata mr hubby. Saya telan air liur sendiri. Merajuk-rajuk sampai nak membawa diri. Langsung my hubby pujuk, katanya " kalau lah tahu awak suka sangat makan durian, abang hadiahkan kebun durian masa hantaran kawen dulu.". Hukss. Tapi kalu nak beli, sabar.. tunggu harga murah sikit.


Mungkin ada yang kata saya bodoh. Benda sekecil tu pun, nak tunggu hubby belikan. Takkan tak boleh beli sendiri? Ya, saya berduit. Tetapi saya tak beli. Sebab mr hubby dah cakap macam tu. Kalu saya beli juga, tentu dia kecik hati. Lagipun saya ingin makan berdua. Kalu dia kecik hati, sure saya kena makan sorang-sorang. Mana seronok... Hatta di belakangnya pun, saya tak sanggup nak beli, apatah lagi di depannya. Saya akan tunggu juga dia belikan, baru lebih manis rasanya, kan? :D

Walaupun dia tidak mudah penuhi kehendak hati saya, tetapi itulah yang membuat saya selalu teringat-ingat padanya. Sebab pesanannya. Tiada apa yang tersangkut di hati. Sebab saya tau, my hubby sentiasa cuba penuhi semua kehendak saya, lambat mahupun cepat. Dan, sabar itu lebih manis harganya. I love you.. abang, always....


Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers