Apa khabar semua? Moga dalam keadaan sihat dan ceria. Hari ni, menimbun barang untuk dikemaskan. Mr hubby penat baru balik 'camp'. Kem yang disertai tu, ala-ala latihan stamina untuk all staff. Tetapi banyak aktiviti mengayuh/ kayak sebab camping kat pulau. Jadi, takdela jungle trekking, atau lain-lain. Fuh.. lega skit hati saya. Risau kat kakinya. Dah lama takde aktiviti lasak macam tu. Mr hubby dah tolong basuh bajunya yang dah kotor. Cuma nak kemaskan barang-barang lain jer.
Mee ni dibuat Sabtu lalu. Di hari minggu :D Hujung minggu pastinya bersantai ngan hubby. Dah lama tak jumpa kan? Er.. 5 hari. hehe.. Alhamdulillah, mee goreng ni secukup rasa. Dimakan dengan teh O. Dan sentiasa menambat selera.
MEE GORENG WAN
Sumber: mysweetlife-nurindah
300gm (2/3 bungkus) Mee kuning - diletak dalam penapis dan tuang air panas,digoncang-goncang di sinki
Seikat sawi - dipotong, asingkan batang dan daun. batang sawi diketuk.
1-2 sdm Cili kisar (ikut kepedasan yang disukai)
4 ekor Sotong - dipotong besar-besar
Segenggam Udang yang siap dikopek
Air masak supaya mee sedikit basah.
Bahan Tumbuk:
Sejemput Udang kering - rendam dengan air sehingga lembut.
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Bahan Sos: dicampur
2 sdm kicap masin habhal
2 sdm kicap manis habhal
2 sdm sos tiram nona
2 sdm sos tomato maggi/life
2 sdm sos cili life
CARA:
1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar.
2. Masukkan sotong, dan udang. Gaul sebati sehingga udang dan sotong masak.
3. Baru masukkan batang sawi, gaul rata sehingga sedikit layu, baru masukkan daun sawi.
4. Baru masukkan bahan sos. Kacau rata, dan masukkan air secukup basah, biarkan sekejap.
5. Baru masukkan mee. Kacau sebati sehingga mee tergaul rata. Biar mee panas.
6. Angkat dan hidangkan.

amboii..sedapnya mee goreng wan tu..
ReplyDeleteterliur kak mas tengok..he..he..
Salam kak Mas,
ReplyDeletehehe... Alhamdulillah.
ni yang buat kena pi cari mee goreng hailam ni :)
ReplyDeleteSalam Deliah,
ReplyDeletela.. teringat mee hailam ke? hehe. buat saya terliur sekali jer. ikiki..