Salam Jumaat. Haritu nampak ayam grill mamasya. Berkenan pulak. Alang2 ala sekeping ayam. Jadi, terjadilah ayam 'grill blackpepper honey'. Saya buat versi sedikit dan lada hitam banyak. Ada juga ditulis di bawah. Mohon izin resipinya kak / mamasya. Sedaaap sangat! Masih terbau-bau. Terima kasih beribu-ribu lemon buat kak. :D
Yang hitam tu, lada hitam. 1 sudu saya taruk untuk 1/4 ayam ni.
Grilled black pepper honey Chicken
Sumber: Mamasya.blogspot
Bahan
1 ekor ayam - potong 4
5 ulas bawang putih- tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
2 sb sos lada hitam
2 sb madu
2 sb sos tiram
garam secukup rasa
Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 1 jam.
3.Bakar ayam selama 1 jam dlm oven 200'C.(bergantung kpd oven masing2)
4.Balek2 ayam jika perlu...mahu garing sikit bah bawah.
SUKATAN NURINDAH :(Sebab saya buat sikit. Mengikut selera dan bahan yang ada :)
1/4 bahagian Ayam - saya kelar dan perap 15 min je.
2 ulas Bawang putih - ditumbuk
1 inci Halia - ditumbuk
1 sdm Lada hitam - ditumbuk halus (memang kaw pedas punya!)
1 sdm Madu
1 sdm Sos tiram
Tanpa garam dan sos lada hitam (sebab takde sos tu)
Sayur selingan... petola masak bening.
indah..sedapnya ayam blackpaper tu..
ReplyDeleteterliur kak mas tengok...
grilled chicken ni memang our feveret. at least seminggu skali mesti buat for dinner, mkn ngan salad n baked potato hmmmm sedapppp
ReplyDeleteSalam kak mas,
ReplyDeletehehe.. memang sedap resipi ni, kak.
salam kak zari,
ReplyDeletegood idea tuh! sekali2 kita buat menu western camtu. ;)