Kisah di bawah tiada kena mengena dengan sesiapa, tetapi situasi yang pernah saya alami. Cuma saya tukar wataknya, situasinya, tetapi ceritanya sama... tentang sifat berbohong.
Nikmat dalam bercerita.
Seorang ayah sedang berada di pejabatnya, menyiapkan tugasan yang menimbun. Tiba-tiba mendapat 'call' dari seorang anaknya yang belajar di sebuah universiti di selatan tanah air. Menangis-nangis katanya kerana 'accident' semasa berada berjalan di bandar. Katanya mungkin tulang patah, kakinya kebas, Kelam kabut ayahnya tinggalkan semua kerja dan mintak cuti kecemasan. Dia membawa isterinya dan seorang anaknya dengan kereta Kembaranya untuk menemui anaknya yang sudah dibawa pulang ke asrama di selatan tanah air.
Sampai di sana, dia melihatnya memang sedang merintih kesakitan. Dia dan isterinya membelek badan anaknya, tiada yang patah, cuma terguris sikit mungkin sebab geselan.
"Ita.. ada pendarahan dalaman ke?" katanya dalam nada risau.
Ita hanya tunduk.
"Ayah dan ibu duduklah dulu. Ita ok.. takde apa-apa..." Ita berlagak biasa.
"Abis tu kenapa menangis-nangis macam tu dalam telefon?
"Ita nak balik, tak nak masuk kat sini.. Ita nak pindah universiti. "
"Ita kena langgar apa?" tanya isterinya pula.
"...... Ita yang naik motor kawan, pastu terjatuh"
"Habis tu kenapa Ita kata Ita kena langgar?"
"Tapi Ita tetap luka kan? Ayah dan ibu tak nak jumpa Ita ke? Nak tunggu Ita teruk baru nak lawat Ita?
"Ita!"
"Hmph! Ibu ayah pun dah 2 bulan tak lawat Ita,"
Si Ayah, menggetap bibirnya menahan rasa marah. Kelam kabut dia tinggalkan projeknya yang bakal dibentangkan minggu hadapan. Isterinya merayu-rayu untuk melihat anaknya apabila mendengar khabar begitu. Dari Terengganu ke Selatan, berapa jam mereka menempuh perjalanan. Ini kali kedua Ita buat menipunya. Kali pertama, Ita mengadu kena buli dengan senior, sampai lebam-lebam. Itu kali terakhir tahun lepas. Dia tahu, puterinya tidak biasa berjauhan dari keluarga, malahan dia sekeluarga tidak mampu melawat Rozita, puteri sulungnya itu setiap bulan. Sudah banyak kali dia minta anaknya itu bersabar. Bukan senang nak dapat UTM kat johor ni. Kalu orang lain berebut nak masuk U, anaknya sibuk nak mintak universiti lain pula sebab tak biasa berjauhan dari keluarga. Macam mana nak berdikari? Anaknya dah berusia hampir 20 tahun.
"Ita.... pandang ayah." si Ayah menarik nafas.
Ita pandang takut-takut.
"Ita ingat cerita penggembala kambing dengan serigala?"
Ita menggaru kepala. Memandangnya dengan anak mata bulat.
Si Ayah memandang anaknya, sama seperti dia melihat puterinya semasa puterinya berumur 5 tahun.
"Penggembala kambing tu melaung-laung mengatakan kambing nak dimakan serigala, lepas tu ramai orang kampung datang bawak senjata untuk membunuh serigala. Tetapi Penggembala itu cuma gelakkan mereka. Kemudian, hari lain, dia melaung-laung lagi, dan sebahagian orang kampung masih tetap datang untuk membantu menghalau serigala itu, tetapi rupa-rupanya tiada serigala pun. Kali ketiga, kambingnya benar-benar dimakan sekawan serigala, dan sambil menangis penggembala itu melaung-laung sepenuh hati, tetapi tiada seorang pun yang datang membantunya. Habis kambing-kambingnya dimakan kawanan serigala itu. Sebenarnya, Orang kampung puas rasa dipermainkan."
Ita memandangnya dengan pandangan kosong.
"Ita.. ini kali kedua Ita berbohong pada Ibu dan Ayah. Kali ketiga nanti, kalu Ita buat begini, belum tentu lagi ayah sesak nafas datang jenguk Ita. Tengokkan betapa sayangnya kami pada Ita. Baru telefon pagi tadi, petang kami dah sampai?"
Si ayah menyambunng.
"Belum hilang penat ayah. Jauh kami datang jenguk Ita. Sepatah kata maaf atau terima kasih pun Ita tak ucapkan. Ingatlah, Ita dah dekat berumur 20 tahun. Dah berkali ayah katakan.. Terengganu dengan Johor bukannya dekat. Dekat 10 jam. Kenapa kamu tak faham-faham? Ayah cuma nak kamu jadi orang pandai"
Si ayah berasa matanya panas. Dia tak jadi marah, tetapi kecewa.
Ita mula menangis. Si Ayah mahu terus balik. Si ibu melarang kerana si ayah masih penat. Ita perlahan menyentuh tangan si ayah. Si Ayah memandang Ita dengan mata merah.
"Maafkan Ita.... Ita janji tak buat lagi. Ita tak mau jadi budak umo 5 tahun, dan dengar cerita penggembala kambing lagi. Ita nak jadi budak besar. " Ita tersenyum sambil mengalirkan air mata.
Air mata mula membasahi pipi si Ayah. Lantas dikesatnya lalu menyapu kepala anaknya yang mencium tangan tuanya.
Alhamdulillah, moga kamu benar-benar berubah..

No comments:
Post a Comment