Sejak malam tadi, komputer ni sakit. Entah Blogger.com yang sakit nak loading atau Mr lappy menunjukkan tanda2 nak demam. Jadi, kita rehat-rehat dulu hari ni. Saya hidangkan sambal jer, nasi dah abis. :))
SAMBAL IKAN BILIS
Sumber: mysweetlife-nurindah
Ikan bilis secukupnya (saiz sederhana) - direndam dalam air sehingga kembang. Kalau buang kepala dan dikopek lagi elok.
Sedikit air asam jawa
Air masak secukup kuah - (nurindah:sebab nak bagi ikan bilis lembut)
Gula
Garam
1/2 biji Bawang besar potong bulat (buat tambahan dalam sambal jika mahu)
BAHAN KISAR:
Cili kisar dari cili kering yang direbus/direndam air panas -
(nurindah: saya tak sukat sebab dah kisar awal. Mungkin 3-4 sdm. Asalkan cukup untuk ikan bilis tersebut. Cili kering memang senang digunakan kalau yg kita kisar terlebih dahulu sebelum digunakan. Lain dengan bawang, sebab bawang senang dikisar :)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci Belacan
CARA MEMASAK:
1. Ikan bilis digoreng sekejap sehingga kering air. Jangan bagi garing. Angkat dan toskan.
2. Cili kisar dikisar bersama bahan bawang dan lain-lain supaya bahan mesra sekata.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan cili kelihatan naik minyak.
3. Baru masukkan air, air asam jawa, dan ikan bilis tadi. Biar kuah mendidih.
4. Baru masukkan gula dan garam. Biar sebati dan ikan masak lembut.
5. Angkat dan hidangkan.
6. Sesuai dimakan dengan nasi panas, nasi lemak dan kalau dikeringkan sesuai buat inti kuih, roti.

Assalam..
ReplyDeleteIndah, kalau org kelantan mmg msak sambal bilis mcm ni kan..tapi sedap.
peberet kak mas sambal ikan biliss...sedapnya..
ReplyDeleteSalam kak niezaman,
ReplyDeletehehe. ini main taruk jer. kalu betul2 ikut, memang letak manisan dalam sambal bilis. :))
salam kak mas,
ReplyDeletemy faveret tooo.. hehe. cuma adakala malas nak mengopek ikan bilis tu. :D