Ketam yang sentiasa menggembirakan hati. hehe.. walaupun ia kecik sikit, tetapi tetap buat kami tersenyum. Rasanya manis, sebab lepas beli terus masuk freezer. Beku sehari. Sambal saya masa ni sangat simple. Ketam bersambal camana sekalipun, memang buat kami rantah sampai habis. Insya Allah.. habis.
Saya belum sempat lagi membalas kunjungan. Maaf ya. Ini pun saja masukkan lauk, supaya teman2 'kenyang' bila datang 'rumah' saya ni. :D
KETAM BERSAMBAL PUTERI
4 ekor Ketam dipotong 2
2-3 sdb Cili kisar jenama Puteri (cili ni pedas)
Bawang besar - dicincang halus
Bawang putih - dicincang halus
2 inci Halia - dicincang halus
sedikit Belacan
1 sdm Sos cili
1 sdm Sos tomato
1 sdm Sos tiram - kalau bubuh sos ni, kurangkan garam dan belacan.
Serai diketuk - kalau mahu
CARA:
1. Tumis bahan cincang sehingga naik bau,
2. Masukkan cili kisar . Biar naik minyak. Jangan lama sangat, cili kisar paket cepat hangus.
3. Masukkan sedikit air.
4. Tambah sos tomato dan sos cili. Masa ni saya slice sedikit belacan dari ketulannya masukkan terus dalam rencah sebab senang nak bajet penggunaan belacan.
3. Masukkan ketam. Gaul sebati. Masa ni boleh bubuh serai jika mahu.
4. Tambah sedikit garam dan air secukupnya untuk kuah. Kacau sebati dan tutup kuali dengan tudung periuk, perlahankan api. Biarkan masak.
5. Balik-balikkan ketam sehingga masak kulitnya merah-merah.
6. Angkat untuk dihidangkan.

Assalammualaikum Nur, apa khabar?lama tak singgah menyinggah kan. wah sekali pandang ada ketam disini..akak suka..sedapnya kalau dapat ratah gitu jer ni..:)
ReplyDeleteindah...sedappnya ketamm..
ReplyDeleteindah...sedappnya ketamm..
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan rumah,boleh tumpang makan he he he.
ReplyDeleteDalam Majalah Anis bulan Mac ada satu artikal 'Becerai kerana ketam'
Seorang isteri telah diceraikan setelah 6bulan berkahwin gara-gara tidak tahu menyiang dan memasak ketam. Macam-macam cerita kan.
Salam kak nieza,
ReplyDeletehehe.. saya pun suka rantah. sebab goreng pun sedap! :)
Salam kak mas,
ReplyDelete:)) ketam dibuat sambal memang licin
salam makbonda,
ReplyDeleteharapnya saya dah lepas ujian tu! :D