Salam sejahtera. Puding ini dibuat petang kelmarin. Kali kedua, resipi kak rosaliza. Kali ini untuk karamelnya, saya tambah 3 sd air panas. Puding telur atau dipanggil puding karamel ini berbeza dr yang biasa kerana air suam tu diguna utk mengisar roti. Telur yang diguna hanya 3 biji, dan ada tambahan roti. Lebih kurang macam puding roti, tetapi berkaramel dan basah. Sungguh enak dimakan sejuk. Terima kasih banyak2 buat kak rosaliza. My hubby yg suruh buat lagi, sbb katanya sedap! Izinkan saya copy dan share kat sini, ya kak. :)

PUDING TELUR BEROTI
Sumber: Kak Rosaliza
Bahan2nya
~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
(Nurindah: saya tambah 3sd air panas setelah gula cair di dlm kuali)
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 cawan susu pekat manis
~esen vanilla
Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.
Nota KAK LIZA: Kalo kekurangan telur boleh la mencuba resepi simple ini........
Updated: Kak liza kukus dalam 30 minit.
Nurindah: saya kukus lama skit.

salam indah, nampak sedap la puding telur beroti tu...nanti nk try buat la...bahan2 pun simple jer...
ReplyDeleteSalam indah...dah makin menjadi puding indah ni...akk kukus 30 minit je, tapi kukus masa air dh mendidih la...terima kasih buat indah kerana mencuba resepi yang simple n jimat ini
ReplyDeletesalam kak mas,
ReplyDeleteya kak.. mudah bahan2nya :)
salam kak liza,
ReplyDeletehihi. saya hentam jer kak. mmg kukus masa air mendidih.
Tak taula kak... dah check ms 30 min tu, masih lembik. jadi saya lamakan dia atas kukusan tu. hahaha..