Ahad, kami ke bro-arts untk urusan stok.
bad news:
Isnin, menyiapkan parcel untuk dipos. Tiba2 mendapat panggilan kecemasan. Muka my hubby merah. katanya... mak ngan ayah accident. Jantung rs tersentap, mcm mimpi. Syukur, hanya kereta yang remuk redam, tetapi mak ngan ayah tak cedera. Tetapi my hubby tak senang duduk, terus amik half day, nak jumpa mak ngan ayah. Kami sempat lihat keadaan kereta tu.
Terlibat: Kereta ayah, Wira dari bandar banting nak belok ke kanan (simpang masuk rumah). Dah bagi signal, tiba2 1 van terbabas merempuh keta ayah dr sudut kiri. Ada lori kat belakang, sempat brek, tapi menyondol van tu jugak. Keta Wira terdorong ke depan hampir melintang ke jalan bertentangan menuju bandar banting-morib, tetapi dirempuh Harrier pacuan 4 roda. Betul2 pada pintu tempat duduk mak. Terhenti di situ.
Keadaan Wira yang saya lihat:
-Pintu kereta seat kiri, kemek. Cermin tingkap seb kiri pecah.
-belakang kereta remuk di sudut kiri menghala ke dalam hingga seat belakang terkopak, dan cermin pecah.
-tayar keta blakang dah senget. alignment lari, kereta senget sebelah.
Gambar? Saya tak berani tunjuk. my MIL ngan FIL masih trauma.
Good News, Alhamdulillah, mereka tidak cedera. Dan semua hal telah direport polis dan keta telah ditarik ke bengkel menunngu report pihak insurans. My adik ipar, ada untuk membantu mak ngan ayah membeli keperluan di bulan ramadhan nanti. Dugaan, dan ujian. Kami dah balik semula ke rawang malam tadi.
Saya stop dulu. my hubby balik skejap lagi. Mohon maaf sbb saya online skejap jer.

Salam Indah
ReplyDeleteYa Allah, syukur Alhamdulillah tak berlaku apa2 kecederaan pada Ibubapa Indah.
Kak Sweetie doakan semoga semuanya baik2 buat keluarga. InsyaALlah.
salam kak sweety,
ReplyDeleteTerima atas perhatian kak. Ujian di bulan ramadhan. Terima kasih kak, atas doa kak.