Salam sejahtera. Biskut dahlia. My adik Siti, datang ke rumah Jumaat lalu. Kami mengambil kesempatan, membuat test biskut raya. Selain chocolate chips, kami juga buat dahlia ni. Penat tu penat sebab kejap bunga tak jadi.. ambik balik.. picit lagi. huhu. Tetapi berbaloi, sebab dah lama tak buat sama2.. :D
Biskut dahlia kegemaran MAMA saya. Di ajar oleh mama saya sejak sekolah rendah. Seperti biasa bila dekat raya, tugas saya dan adik2 memicit doh dan membakar setelah mama saya dah ajar dan mulakan. Tahun ini, saya teringin nak buat biskut dahlia. Saya ushar blog che mat, che mat ambil dr resipidiana. Asal resipi Norazie RNet. Memang betul kata che mat, biskut ni elok jer bila pegang. tapi, cair di mulut. :D. Dah bawa ke Banting dalam cuti2 saya bbrp hari ni. Bagi family banting merasa. Alhamdulillah, mak kata Ok, sedap! Saya ambil sikit jer, selainnya bagi Siti buat kudapannya. Sian dia, penat pose, kena kerah buat cookies. ;) Terima kasih banyak2 buat che mat yg tayang aritu. Saya copy dr blog che mat. Mohon halalkan resipi dan untuk share kat sini. :)

BISKUT DAHLIA
Sumber: Che Mat, asal resipi: Norazie Rnet
BAHAN-BAHANNYA : ( anggaran 55 keping )
300 g mentega
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
NOTA NURINDAH:
1. Nak buat bunga cantik, kena TEST banyak kali kat atas pinggan lain .Bila agak jadi, baru picit atas dulang.
2. Jarak-jarakkan dalam tray sebab biskut ni mengembang bila masak. Jgn sampai berlanggar ngan biskut sebelahnya, sebab nanti bunganya hancur.
3. Tips nak jadikan bunga cantik, picit acuan sambil berdiri. ;)

Sebelum pembakaran. Jarakkan sedikit kerana ia akan mengembang.

Selepas dibakar. :)

wah indah, dan start buat biskut...kak mas pun baru nk buat,,,ha..ha..
ReplyDeleteSalam kak mas,
ReplyDeleteBaru first round kak. banyak yg hangus. kihkih