Ikan cencaru yang menjadi kegemaran saya bila kurang selera. Asalnya resipi ikan cencaru sumbat, saya aplikasikan dengan membuat cara ini pula. Sedap juga. Pernah buat masa sahur kat besut, family saya suka. Abis ikan tu dirantah.
IKAN CENCARU BERCILI
Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru kecil -dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng garing.
4-5 tangkai cili merah - dibuang biji, kemudian tumbuk
2 ulas bawang putih - dtumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1/2 sdk gula (ikut rasa)
secubit garam (jika perlu)
CARA: Tumis bahan tumbuk. Tambah gula, dan sikit garam. Biar sedikit garing.
Setelah masak, bole masukkan ikan dan gaul rata. Atau, tuang bahan cili di atas ikan, dan hidangkan.
Mulalah saya dgn pelbagai versi kicap. Moga2 bertambah selera kami. Di bawah, masak kicap utk sayur terung pulak.
TERUNG GRILL MASAK KICAP
Bahan-bahan:
2 biji terung panjang (saiz pendek skit) -dipotong bulat2.
1 ulas bawang putih -ditumbuk/ dicincang
1 biji bawang besar (saiz kecil) - ditumbuk/ dicincang
1 sdb sos tiram
2 sdb kicap masin
2 sdb kicap manis
Air secukupnya - untuk sedikit kuah
CARA:
1. Panaskan pan leper dengan sedikit minyak. Atur potongan terung tadi. Grill sehingga sedikit lebam. Guna api dapur kecil.
2. Dalam kuali kecil, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan air, kicap masin, kicap manis, sos tiram. Biar mendidih sekejap.
3. Masukkan terung yang siap digrill tadi. Biar sebati.
4. Angkat dan hidangkan.
KARIPAP SARDIN
Resipi karipap ni saya letak asing. Bole klik sini.
KUIH TEPUNG PELITA
Resipi kuih tepung pelita ni saya letak asing. Bole klik sini.

Salam Indah,
ReplyDeleteSahur pun ada 2 lauk tu.Rajinnya Indah masak lagi.kat rumah ada terung..boleh juga cuba2 terung kicap tu.
2 hari lepas beli kueh tepung pelita, cantik rupanya, tapi tawar sangatlah pulak...
ReplyDeletesalam nur...mcm2 ada tu..kecur2x dtgk karipap n tpg pelita-rajin btl nur masak mcm2 :):p~ *dessert mouhalabieh tu blh mkn dlm 15org :)
ReplyDeleteSelamat berRamadhan...
ReplyDeleteSalam kak sweetie,
ReplyDeleteselagi sempat bangun,kak. hihi. lagipun berbuka makanan beli. jd sahur, kenalah masak.
Tepung pelita saya syahdu, kurang menjadi. tangan saya keras, kot. hihi..
Salam deliah,
ReplyDeleteAish.. deliah lagi pandai wat dessert mouhalabieh tu. utk 15 orang, hu.. kalu nak try kena wat 1/3 lah ni,kan? Sedap nampak dessert tu. :)
Salam ramadhan juga buat ckLah. :)
ReplyDeletesalam. kakpah ambek resepi tepung pelita. tenkiu hehe...
ReplyDeletesalam kak pah,
ReplyDeleteBoleh jer kak. harap2 menjadi,kak. tangan saya keras sikit. hihi