Salam sejahtera. 14 Ramadhan 1431H. Rasa macam dah lama saya cuti. Ada tetamu Jumaat lalu. My adik, Siti datang ke rumah untuk berpuasa ngan kakaknya yg ABC ni . Maafla sebab tak sempat menjenguk. Kena layan tetamu,kan? (Er..ABC: Allah bagi cuti). hihi.. Hari Sabtu, kami wat projek cookies. Test tangan yg keras ni. Sambil ajar my adik guna oven, guna mixer. Resipi dalam post lain, kat sini, dan di sini.
Ahad, lepas antar buku kat library, kami balik ke Banting. Cuti sampai Isnin, sebab nak tengok2 kereta FIL yang accident aritu. Tapi, bengkel tu tutup pulak. Sempat saya bawa sikit biskut tu. MIL dan adik2 cakap ok, sedap! Rasanya dah pass sirim nak buat raya nih. :D.
Isnin, MAK (my MIL) ajak kami gi pengajian kat Sijangkang. Pengajian ini dibuat di rumah Imam dan jurunikah kat kampung Bt 8, Sijangkang. Kelmarin, bacaan AL QURAN telah sampai juzuk 27-28. Caranya bukan tadarus, tapi pengajian, di mana ustaz membaca secara laju (cara orang hafiz), dan kita menyemak bacaanya. Bacaan dibuat selama hampir 2 JAM iaitu 2 JUZUK SEHARI. Ustaz akan terangkan bbrp hukum dan cara bacaan yang biasa kita tersalah baca. Juga makna ringkas surah2 yang dibacanya. Ada satu part, ustaz itu menangis kerana sampai satu ayat berkenaan metaati ibu bapa. Ramai yg hiba.
Percayalah.. kelmarin hari Isnin, sungguh ramai penduduk kampung yg datang terutamanya kaum wanita. Mereka membawa tafsir dan al quran untuk menyemak bacaan. Hari ini, adalah hari khatam bg ustaz tersebut, juzuk 29-30. Ustaznya pun agak lucu, sering membahasakn kaum wanita sbg " MBAH " dgn panggilan dlm melayunya, nenek-nenek sekalian.. hihi.. dan permulaan pengajian akan ada nazam, atau syair dalam bahasa jawa. Lucu, tapi pengalaman baru. Dan dari segi bacaanya, saya yakin, ustaz trsebut seorang hafiz makna dan al quran. Juga biasa khatam al quran. Bayangkan.. hari ini, dia khatam di hadapan semua anak muridnya yang bermula awal ramadhan. Lenguh tu takyah cakap. Malu saya ngan semua mbah-mbah yang naik basikal jer bila balik rumah. tahan mereka duduk lama-lama. Padahal kita cuma menyemak ayat, bukan membaca. Rasa sungguh beruntung sekali!
BISKUT DAHLIA : Resipi dalam post asing. Dari resipidiana. Ushar blog che mat. Klik sini untuk lihat projek cookies kami.
BISKUT CHOCOLATE CHIPS: Resipi dalam post asing. Guna resipi chef hanieliza. Klik sini untuk lihat projek cookies kami
kak.. pos satu balang kat skudai.. jiya tahun ni musim kuih tunjuk jek. akekekkeke
ReplyDeletesalam nur...nak order2x-tp nak free jerk...alamak,bangkrap plak tokey ni kang :D...
ReplyDeleteSalam Jiya,
ReplyDeleteHaih.. jiya lagi pandai dr akak .Akak baru first round tu. Kuih tunjuk pun sodap jugak.. :D
Salam Deliah,
ReplyDeleteTakde bangkrupnye. saya bg yg hangus2 tu..nak? hihihihi...
Baguslah mbah2 kat situ..ramai2 datang memeriahkan tadarus,walaupun berbasikal jer..rajin datang.
ReplyDeleteSedap biskut2 tu. Cantik acuan bunga tu...nampak menarik.
salam kak sweetie,
ReplyDeleteya kak. saya sendiri lenguh duduk lama2. kagum sungguh ngan mbah2 yg pergi pengajian tu. memang ramai sangat kak.
biskut bunga dahlia ni faveret my mama. ;)