Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, August 11, 2010

Sembahyang Tarawikh

Nota: Untuk rujukan salawat dan doa, boleh klik pada rujukan 2, berbentuk pdf.

Adus, arini longlai rasanya. Senak perut dari kelmarin. Skrang ni, saya kerap alah dgn pelbagai makanan, berais kembung perut, pedas buat memulas2 dan cirit2. Dah pegi klinik kelmarin. Moga2 saya kuat untuk menambah ibadah dan memasak juadah yang terdaya saya buat.

Nota di bawah, saya buat dari kelmarin. Saya gagahkan tangan juga untuk mencatat, takpela, bukannya berdiri. Saya telah permudahkan untuk rujukan saya dan adik2 yang ingin tau ttg sembahyang sunat Tarawikh ini. Walaupun kita ikut berjemaah, bila kita tahu, itu lebih mudah untuk kita. Lagipun boleh juga dikerjakan bersendirian bila tak sempat berjemaah.


RUJUKAN 1 : Buku Qiyamullail dan Doa Amalan Rasulullah S.A.W, terbitan Pjabat setiausaha Kerajaan Neg. Selangor sempena tilawah al Quran peringkat kebangsaan ke 36,tahun 1993/1414H.


RUJUKAN 2: www.islam.gov.my/ramadhan09/pdf/sunattarawih.pdf.

KELEBIHAN SEMBAHYANG TARAWIH
Maksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang(Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”(Riwayat Muslim)

SOLAT TARAWIKH:
Sembahyang tarawikh ini dilakukan selepas sembahyang Isya' sebanyak lapan atau dua puluh rakaat dengan dilakukan dua rakaat bagi satu salam kemudian diikuti dengan tiga rakaat sembahyang witir dengan dua salam.

Dari malam 1 hingga 15 Ramadan:

a) Pada tiap-tiap rakaat yang pertama selepas al Fatihah, dibaca satu surah yang bermula dari surah:
1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. Al-Nasr
10. Al-Lahab

b) Pada rakaat kedua selepas membaca al Fatihah, dibaca surah "al-Ikhlas"


MULA SEMBAHYANG TARAWIKH:

1. Selawat khas utk solat tarawikh

2. Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih:
"Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat (imam/makmum) kerana Allah Taala"

3. Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama : "Al-Takatsur"
Rakaat kedua: "al-Ikhlas"
salam
Selawat khas

4. Sembahyang rakaat ketiga dan keempat.
Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama: "Al-Asr"
Rakaat kedua: "al-Ikhlas"
salam
Selawat dan doa khas

5. Sembahyang rakaat kelima dan keenam
Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama : "Al-Humazah"
Rakaat kedua surah: "al-Ikhlas"
salam
Selawat khas

6. Sembahyang rakaat ketujuh dan kelapan
Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama : "Al-Fil"
Rakaat kedua : "al-Ikhlas"
Salam
Selawat dan doa khas

7. Sembahyang rakaat kesembilan dan kesepuluh
Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama : "Al-Quraisy"
Rakaat kedua : "al-Ikhlas"
salam
Selawat khas

8. Sembahyang rakaat ke-11 dan ke-12
Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama : "Al-Ma’un"
Rakaat kedua : "al-Ikhlas"
salam
Selawat dan doa khas

9. Sembahyang rakaat ke-13 dan ke-14
Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama : "Al-Kautsar"
Rakaat kedua : "al-Ikhlas"
salam
Selawat khas

10. Sembahyang rakaat ke-15 dan ke-16
Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama : "Al-Kafirun"
Rakaat kedua : "al-Ikhlas"
salam
Selawat dan doa khas

11. Sembahyang rakaat ke-17 dan ke-18
Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama : "Al-Nasr" izajaaa..anasrullahi walfath
Rakaat kedua : "al-Ikhlas"
salam
Selawat khas

12. Sembahyang rakaat ke-19 dan ke-20
Bacaan surah selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama : "Al-Lahab"
Rakaat kedua : "al-Ikhlas"
salam
Selawat dan doa khas dibaca sebelum sembahyang witir.

Dari malam 16 hingga akhir Ramadan:

a) Pada tiap-tiap rakaat yang pertama selepas al Fatihah, dibaca surah "al-Qadr".
b) Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca "satu surah" seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malammalam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga
kepada surah al-Lahab sehingga habis lapan/dua puluh rakaat.


13. SEMBAHYANG WITIR :

Selesai sembahyang Imam berdoa.
Setelah Kita Selesai Mengerjakan Sembahyang Tarawih Sebanyak lapan atau dua puluh rakaat, diikuti pula dengan Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat. Ia biasanya dilakukan tiga rakaat dua salam. Boleh dilakukan berseorangan atau berjemaah. Hukumnya: Sunat muaakkadah.

Sabda Rasulullah:
"Wahai ahli al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir (maha Esa) dan suka sekali kepada witir (Riwayat Ahma dan lain-lain)

1. Lafaz niat sembahyang sunat witir.

Bagi dua rakaat yang pertama: "Sahaja aku sembahyang sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala".
Bacaan Surah selepas membaca surah al-Fatihah :
a) Rakaat pertama :"Surah al-A’la"
b) Rakaat kedua : "Surah al-Kafirun"

Bagi 1 rakaat : "Sahaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala".
Rakaat yang akhir solat sunat witir.
Bacaan Surah selepas membaca surah al-Fatihah :
- "Surah al-Ikhlas"
- "Surah al-Falaq"
- "Surah an-Nas"

*** Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut sunat sujud sahwi.


6 comments:

  1. seronoknya bagi sesiapa yang dapat memenuhi terawihnya dibulan yang mulia ini....

    ReplyDelete
  2. Salam Indah,

    Seronok kalau dapat gi solat tarawih beramai2. Kat surau tempat kak Sweetie tak buat sembahyang tarawih. Kene gi Surau kat Taman sebelah, tapi kalau gi lambat, dah takder tempat,terhad.

    Macammana sakit perut tu dah ok ker? sebelum melarat gi klinik ya.

    ReplyDelete
  3. salam alimaz,
    seronok kan? banyak pahalanya. berkali ganda dari bulan2 lain. :)

    ReplyDelete
  4. Salam kak sweetie,
    oh, takpe kak.
    saya pun kalu bole nak gi jemaah kat surau/masjid selalu. ikut daya. My hubby memang akan gi surau atau masjid.
    masjid kami pun jauh dr rumah. Surau pulak, tmpt perempuan mmg sempit skit. Takpela, yang penting lelaki didahulukan.

    Saya dah makin baik. still cirit2, tp makin kuat. dah gi kinik. Terima kasih kak atas perhatian.

    ReplyDelete
  5. Salam nur..
    selamat menunaikan ibadah puasa ..smoga nur sekeluarga sntiasa dalam rahmatNYA di bulan yg mulia ini..

    akak mampu terawih sendiri saje di rumah..rindu nk terawih ramai2 di surau /masjid..tunggu 2 seri kecik dah besa nnt..i/allah..

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan mummyseri,
    terima kasih kak. Semoga rahmat juga bersama kak sekluarga.
    Takpe kak. anak2 kecil mmg perlu perhatian. Masjid kdg2 tiada tmpat utk baby. Ramai org.

    ReplyDelete

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers