BUBUR OAT
Ini menu bersahur pagi tadi. Bubur oat, resipi Quaker Oat. Saya ambil dr blog kak zaliana. Bubur ini bukan semata2 oat, sbb ada campuran beras, ayam, dan cendawan. Kali ni, nasinya agak berbiji kerana saya tak rendam berasnya. Amat sedap ditabur bawang goreng dan daun sup. Bila dimakan masa bersahur, amat mengenyangkan. ;). Terima kasih byk2 buat kak zaliana. :) Resipi bole juga lihat di sini.
IKAN SEPAT MASIN
Ini ikan sepat masin pembuka selera, dimakan dengan bubur oat pun sedap. ;)
SAYUR GORENG CAMPUR
Rujukan : ibunoor.com dan kak Nor64
Baru masuk menu berbuka kelmarin.:D. Saya masak 1 lauk, 1 sayur. haha. Terliur sayur campur kak nor64, dan mix galore ibunoor. Versi mereka ala-ala chinese style. masak berbuka kelmarin, sempat agak2 jer bahannya. Bahan yang mana ada jer. Terima kasih buat ibunoor dan kak nor64. :)
Ada udang biasa jer. Tapi teringin nak buat resipi udang galah. haha. Alhamdulillah, sedap. :). Terima kasih daun keladi buat kak hana sbb tayang udang ni, jua buat kak ummizaihadi :). Izinkan saya copy di sini ya. ;)
UDANG ROCK N ROLL
Sumber: Ummizaihadi, copy dari kak hanamemories
Bahan-bahan
500 gm udang (k.ummi guna udang galah) - Nurindah: saya guna udang biasa jer.
1 sudu besar bawang putih yang dicincang
2 sudu besar minyak
Bahan-Bahan Untuk Sos:-
1 sudu besar taucu biji
2 sudu besar cili padi yang dicincang
2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang - x ltk
2 sudu besar cendawan butang yang dicincang - sket jerk ltk
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum - xde ganti cuka 1sk
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
sedikit lada sulah
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
200 ml air
3 sudu besar minyak
sedikit minyak bijan
Cara Memasak
UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah
BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..
SERBAT TIMUN BERSODA
Ini actually serbat timun Jiya, 14sept. Tapi saya tambah air ice cream soda lagi. :D Kes tak puas minum air soda kelmarin. Timun tu dibuang biji tengah, baru ditimbang. Dah siap blend semua bahan, tuang dalam jug. Pastu tuang air soda tadi. Tak sangka buah timun ni, yg slalu wat ulam ni bole menjadi serat awet muda dalam minuman. Sungguh berkasiat. Terima banyak Jiya sbb tayang serbat timun tu. Maaf juga sbb akak jadikan ia bersoda.

campo sodaa erkkk.. fuhh! mesti tambah sedap... anta sejug ya kak.. hehehe
ReplyDeletesalam jiya,
ReplyDeleteerk.. dah pecah rahsia. pose tak? hihihi...
Salam Indah,Posa ker ari ni..
ReplyDeleteBuat bubur oat ni best juger yer...mengenyangkan dan banyak khasiat, Buat macam bubur lambuk ker Indah?
Serbat timun + sirap tu bagus rasa sejuk dan menyegarkan badan
salam indah..
ReplyDeleteselamat berpuasa buat indah & suami..
rajin indah masak macam2 ..
salam nur...bnyk2 kite suka yg ikan sepat tu..ni yg pagi td nur goreng smpai rmh sy baunyer :)...mkn dgn masak lemak sambal n belacan sedap tuh! :p~
ReplyDeleteSalam kak sweetie,
ReplyDeleteoh, masih berpose. :). Lebih kurang cam bubur lambuk gak, tapi takde ulam2 bagai. Serbat timun tu pestime saya buat. Memang rasa segar badan :)
salam kak nieza,
ReplyDeleteSalam ramadhan kak. Alhamdulillah, selagi badan sihat, masak juga. ;)
Salam Deliah,
ReplyDeletemasak lemak? sambal belacan? Huwaa....! kecur air liur ni.
erk sorbet tu terasa sampai tekak ni ha..huhuhuhu
ReplyDeletesalam kak catlina,
ReplyDeleteerk... masih pose kak? hihihi.. ;)