Salam sejahtera. 5 Ramadhan. Adus... server lembap sangat arini. Sabar jela. Menu berbuka kelmarin, masak lodeh + nasi himpit ala2 lontong. Actually ada kejadian yang membuatkan menu ini. Pagi tu, nasi yg saya masak jd lembik kerana tak sedar periuk nasi terpadam dgn sendiri. Ia masak dgn wap, sbb airnya tak kering. Saya jadikan nasi himpit. Tiru bbrp sumbber yg buat nasi himpit macam ni. At least, ada kelainan. Terima kasih kpd sumber2 yg memberi idea itu. Maafla, dah lupa kat mana. Jasamu tetap dikenang :). Dessert ialah puding telur beroti kak liza, cubaan kedua. Saya tayang dalam post lain. Bole klik sini. Minuman, air laici bersoda. Alhamdulillah... ;)
Terima kasih buat pemberi resipi. Inilah resipi masak lodeh saya yg pertama sejak kahwin. Pernah saya buat masa hari raya kat besut. Alhamdulillah, family dan adik2 suka. Kali ni buat lagi utk trial menjelang raya. ;)
MASAK LODEH
MASAK LODEH - sumber Puan Rosnah,majalah RASA 07
Bahan2 :
10gm kacang panjang - hiris 2cm
4 keping tauhu kering -potong nipis. (saya guna 2 foo cuk kering.same tak bendanya? pecah2 kan jer)
50gm suhun- rendam
2 keping tempe - potong dadu dan goreng separuh garing
4 kepng tauhu -didadu dan goreng (saya tak bubuh)
2 bji cili merah + 2 cili hijau - dihiris serong
Bahan tumbuk/kisar = 10 gm udang kering + 10gm bilis + 1 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih + 2cm halia + 2cm belacan + 2 inci kunyit
sikit air asam jawa
500ml santan
garam dan perasa secukupnya.
Cara memasaknya
1. Tumis bahan yang dikisar/ tumbuk hingga berbau harum. (Jika kisar, pastikan udang kering dan bilis ditumbuk supaya pecah elok)
2. Masukkan air asam jawa ( saya guna paste asam jawa adabi)
3. Lepas tu, masukkan cili merah, cili hijau, kacang panjang. Masak hingga sedikit layu.
4. Masukkan santan bersama suhun, tempe goreng dan tauhu goreng.
5. Masukkan garam dan perasa secukup rasa
6. Masak hingga mendidih dan sedia dihidang.
NASI HIMPIT OTER
Inilah dia nasi lembik yg dijadikan nasi himpit. Saya masuk dalam tupperware, lenyek rapat2 dan biar sejuk. Bila sejuk, saya tutup tupperware dan masukkan dlm peti ais. Bila dipotong, jadi bentuk kiub juga. Alhamdulillah.
SAMBAL AYAM SIAT OTER
Sambal ayam ini terdiri drpd sedikit balance ayam dr nasi ayam hari tu. Still fresh, sbb saya simpan dlm freezer. Biasalah, kalu nasi ayam, yg laku bahagian yg ada tulang2 tu. Ini isi dada. Saya siat2 isi ayam tu. Tumis cili kisar. Masukkan bawang putih tumbuk, sedikit sos cili dan sos tomato, secubit gula, dan garam secukup rasa, air. Baru masukkan ayam, biar sebati dan sedikit kering. Angkat.
AIR LAICI BERSODA
Di bulan puasa, memang sedap melayan air berkarbonat. Tapi tak boleh selalu. Tinggi gula tu. ;) Air ni dicampur2 jer. 1 tin laici, air aiskrim soda ( saya guna F & n), ais. Campur jer dalam jug. Siap untuk diminum. Oh ya, air laici biasanya saya guna laici 777, buatan Thailand, kerana saya dah tak beli buatan dr china.



salam nur...sy suka nasi impit tp nak bt x brp rajin-cuma klu dah ada tu mmg x bhenti2 mkn...kan nasi ni kenyang kejap pas tu lapar balik-laaaaagi la bnyk sy makan..sepiok besar tu klu x abis anta sini tau-tgk suhun berenang2 dlm kuah lodeh nur tu sy kecur betul! :D
ReplyDeleteopppsss...br perasan air laici-nur ni sesajer nk suh sy pg beli laici..tghari panas2 ni mmg haus tau! ish,sabar2x :)
ReplyDeletesalam deliah,
ReplyDeletekihkih.. sama la kita, nasi himpit mmg akan berlang kali makan. suhun berenang? mana? hihihi. buat2 tak nampak jerla, deliah ;)
laici sedap tu... kahkah
salam sobat
ReplyDeleteduh masakan mba NUR selalu lezat.
jadi pingin makanan seperti ini untuk berbuka dan sahur.
selamat menunggu sahur disini mba
marhaban ya ramadhan.
Salam Nur... masak lodeh tu memang best lagi2 ada sambal gitu.. bertambah tambah la makan time berbuka tu ye.. hehe :D
ReplyDeletesalam dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia.
ReplyDeleterasa nak trylah air laici dan ais krim soda ni...macam best ajer.
skrg ni kalau buat kuah lodah pun akak suker tumis dulu.
salam kak Nura,
ReplyDeleteTerima kasih, saya sihat2 jer :)
Salam ramadhan juga buat kak Nura.
Salam ijan,
ReplyDeletehihi. nasi himpit dan msk lodeh ni sedap gak makan ngan sambal. pedas woo..
salam ramadhan kak ina,
ReplyDeleteKami berdua ni kalu minum air bergas tak puas2...ihihi.