Sedap resipi nih. Dah banyak kali. Asal dari my MIL (my mother in law). Saya campak2 bahan dalam kuali style saya. Tak sempat tulis la mak..hi hi
AYAM MASAK KICAP
5-6 ketul ayam - diperap ngan bahan tumbuk
bahan tumbuk : kunyit + bawang putih + halia - digaul dengan ayam.Perap selama 30 min - 1 jam
Kuah kicap:
bahan rempah ratus masa tumis: 2 kuntum cengkih + 1 bunga lawang + kulit kayu manis
bahan tumbuk : 3 biji bawang merah + 2 biji bawang putih + 1 inci halia
1 sudu cili kisar/ cili boh
2 sudu kicap masin
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 biji cili merah - dipotong serong.
1-2 cawan air masak- untuk kuah.
1. Ayam digoreng 3/4 garing. Angkat, tuang minyak lebih dan kerak. Tinggalkan skit minyak untuk menumis.
2. Tumis cengkih, lawang, kulit kayu manis, dan bahan tumbuk.
3. Bila naik bau, masukkan cili kisar.
4. Bila pecah minyak, masukkan air masak, sos tiram, kicap masin, dan kicap manis, cili merah.Biar mendidih.
5. Masukkan ayam goreng tadi, dan gaul rata. Biar mendidih lagi.
6. Angkat.Hidangkan
Roti John ni masak masa sarapan pagi tadi. Saya suka letak mayonis banyak2. Sos kurang takper. hi hi. Suami bawak roti ni buat bekal tadi,sebab dah lewat gi kerja.
ROTI JOHN
6 ketul roti frankfurter rolls =belah dua roti
5-6 biji telur ayam saiz B + secubit garam + ajishio blackpepper seasoning = dipukul kembang
majerin sbg pengganti minyak
Sos cili secukupnya
Mayonis secukupnya
kuali leper -lebih senang.
1. Panaskan kuali dan masukkan skit majerin. Bila dah cair, masukkan telur secukup besar roti.Bila dlm kuali leper, ia akan melebar.Biar telur masak skit
2. Tindih telur dengan roti, semasa bahagian atas masih cair.Dengan itu,telur akan melekat pada roti.Biar telur benar-benar masak.
3. Balikkan utk panaskan skit bahagian kulit roti.Tangkupkan.Angkat.
4. Masak hingga roti habis
5. Isi sos secukupnya dalam plastik kecil.Isi bahagian bucu.padatkan.Gunting skit bucu, dan sos atau mayonis boleh dihiaskan atas roti.Isi ikut suka.
*p/s: Roti frankfurter ialah roti john pendek, atau roti sosesj.Tapi roti high 5 ni lagi lembut utk makan family.
**p/s: Ajishio berperisa ialah pembantu masa kecemasan. Sebaiknya guna serbuk lada sulah/ serbuk lada hitam ori
***p/s: Masa buat ni, takder salad or timun. Jika ada, hiris nipis2 salad dan timun.
salam nurindah. huhu menggodanya roti john tu. memang senang nak buat kan tapi malas nak keluar beli roti. ayam masak kicap kat rumah ni tak ramai yg suka makan, so jarang2 lah masak.
ReplyDeletesalam kak chik. hui,cepatnya kak chik sampai selangor. hi hi.
ReplyDeleteharap dah makin sihat,kak chik. kalu saya, tido jer jawabnya.
Salam,
ReplyDeleteoh macam ni cara buat roti john, selalu sweetie beli kat pasar malam. aha..ada good idea la Indah, buat sahur best jugak ek. thanks Indah.
salam..menariknya resepi akak ni..nak cuba balik nih..mintak izin copy ekk..
ReplyDeletesalam kak sweetie,
ReplyDeleteOh, betul tu kak. kenyang wat sahur. ;)
salam suzie,
boleh je. ambiklah. ;)