MI HAILAM SEMPOI
Buat mee sekadar nak habiskan stok fishball dan cendawan. Tengok, fishball pun dah kedut sebb lama dlm tmpat beku. Main masuk jer. Bawang pun tak masuk. Resipinya...
1/2 paket mee
1 paket kecil Fishball
cendawan butang - direndam hingga lembut
Sikit sawi-dipotong
Sikit daging batang pinang- potong kecil2
1 kiub ayam maggi
1/2 sb sos tiram
1/2 sb sos blackpepper
1 sb kicap masin
1 sb kicap manis
air anggaran 1/3 periuk -saiz sederhana
3 biji cili padi -potong2
P/S: Kiub maggi dah cukup masin. Jika kurang rasa, bole tambah kicap.
1. Rebus air ngan daging sampai lembut.
2. Masuk fishball, kiub ayam maggi, sos tiram, sos blackpepper, kicap masin, kicap manis. Biar sebati.
3. Masukkan cendawan, dan batang sawi. Bila cendawan lembut, masukkan daun sawi dan cili padi.Biar mendidih lagi.
4. Masukkan mee. Kacau sebati. Biar kejap.Tutup api. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment