Saya tak tahu nak post apa.Takder mood nak amik gambar.
Sabtu,
Kami dapat jemputan rumah terbuka. Alhamdulillah, pada masa2 cut bajet rumah terbuka, ada juga yang buat.Siangnya, suami memberitahu, ada road block kat Sg.Choh.Saya dah bersiap pakai baju kurung.
Saya lupa, road tax kancil kami dah mati...huhu. Surat pemilikan keta plak ada kat Banting, masih atas nama ayah. Jadi, kena tunggu ayah poskan road tax tu.
Tunggu petang skit, suami tepon lagi, dia lupa tutup lampu depan pagi tadi, dan bateri keta habis. Pagi tadi hujan lebat.Dugaan betul...
Alhamdulillah, lepas caj bateri, keta pun idup. Malam tu, kami pergi jugak open house. Kami tak kisah makanan yang abis. Cuma nak berjumpa isteri abang Shahrom dan beri duit raya utk anak-anaknya. Dah 1 tahun tak jumpa. Masa nilah, saya bole berjumpa isteri kawan suami saya ni.Baik orangnya, tiap tahun mesti jemput kami.
Terima kasih abang Shahrom,dan isterinya yang sudi melayani kami walaupun dah penat melayani tetamu pada siangnya.
Ahad,
Kami bergerak ke Bro- Arts, untuk ambil stok. Selepas itu, ke Perpustakaan Negara untuk pulangkan buku pinjaman. Saya dah tak lalu nak pinjam. Kurang mood. Tapi bila tengok gambar2 masakan, saya seronok sangat. Dah hobi tengok gambar masakan, buatnya ntah biler...hi hi.
Selepas itu, kami singgah rumah Cik Timi, mak sedara suami di taman keramat dekat Gombak. Alhamdulillah, sempat jugak singgah walaupun sepupu2 tiada di rumah masa tu.
Kami bergerak ke Damansara Damai, jumpa Siti, adik keempat saya, yang ingin belanja kami makan sempena dapat duit kutu. Terima kasih bebanyak, dik. Lenkali, kami plak blanja ya?
Isnin,
Hari ni, saya membaca cerpen di penulisan2u lagi. Kisah suami isteri,kesetiaan, cinta, kasih. Terasa diri ini kerdil dengan segala episod kasih-sayang kami. Adakah aku telah melaksanakan yang terbaik? Jika minat nak baca, bole klik link di bawah.
wasiat suami
air mata
cinta seorang isteri
kasih seorang suami
kisah lucu menantu
No comments:
Post a Comment