PUDING ROTI BERSOS VANILA- sumber Nurul Azni, majalah RASA 06
Bahan:
10 keping roti sandwich
4 biji telur
150gm gula - saya guna gula pasir halus 125gm-dah cukup manis
400ml susu segar penuh krim
sikit esen vanila
sikit coklat cip
bahan sos vanila: (malam tadi, tak sempat buat sos. sedap sos ni. Saya dah try buat )
100ml susu segar
1 1/2 sudu makan tepung jagung-bancuh ngan sikit air
1 st esen vanila
sikit garam
gula secukup rasa
cara masak
1. Potong kerak roti di sekeliling roti, isinya potong 4 bahagian.
2. Susun roti dalam bekas yang akan dibakar. Panaskan oven 180c.
3. Dalam bekas lain, masukkan telur dan gula. Pukul sebati.(Saya guna mixer). Sehingga gula hancur.
4. Tambah skit garam Pukul lagi.
5. Tambah esen vanila skit. Pukul lagi.
6. Akhir baru masukkan susu segar. Gaul sebati.
7. Tuangkan adunan telur ke dalam bekas berisi roti sama paras dengan susunan roti tadi.
8. Tabur skit coklat cip.
9. Bakar dengan suhu 180c selama 40 hingga 45 min.
10. Sosnya : 100ml susu dimasak dahulu, kemudian campur tepung jagung, yang dibancuh skit air, sikit esen vanila, garam, gula secukup rasa.
No comments:
Post a Comment