SUP TULANG - sumber my MIL (mother in law).
p/s: Saya ada olah skit2 sebab tak catat resipi mak. main tengok jer.
1/2 kg Tulang lembu - direbus sampai empuk dengan 2 inci halia ketuk
Bahan tumbuk : sejemput rempah jintan manis + sejemput jintan putih + sejemput biji ketumbar + sejemput lada hitam + bawang merah 4-6 biji biji/bawang besar saiz kecil (1 biji) + bawang putih 3 biji + halia 1 inci
rempah :Bunga lawang, Bunga cengkih, Kulit kayu manis
Tambahan : sup bunjut tulang
garam
perasa
1. Isi air dalam periuk.Rebus tulang lembu dgn halia ketuk sampai empuk.
2. Bila tulang dah empuk, tambah air, sup bunjut dan didihkan lagi dalam 5 min.Api sederhana.
3. Panaskan kuali. Tuang minyak skit.Tumis rempah ratus, dan bahan tumbuk.Hingga skit garing. Angkat dan masukkan ke dalam sup tulang.Biar mendidih lagi.
4. Bila dah naik bau, tutup api. Tabur daun sup, daun bawang. Hidangkan
BAHAN2 SOTO
SUP - Malam tadi wat SUP TULANG. Sup ni, kena panaskan kejap sebelum hidang, baru sedap dimakan.
AYAM GORENG - ayam goreng biasa. Disiat2 halus
taugeh - dibersih dan dikeringkan
Suhun - digoreng dalam minyak penuh dan panas. Bila kembang,angkat dan toskan. Pecah2kan masa hidang.
sambal kicap- resipi ada kat bawah
No comments:
Post a Comment