Kat rumah ni, kalu masak masakan bersantan, dah sah tak habis. Tak kirala, sayur masak lemak, kari, kurmak, dan sewaktu dengannya. Namun, ada masa, saya buat juga, bila masak seafood, seperti ketam masak lemak, atau buat pengat. Suami jenis yang ambil sedikit jer kuahnya, berbanding saya ...yang siap hirup kuah lagi..hihi. Agaknya, sebab tu, body tak maintain, yek.
Dinner malam tadi, ayam masak kicap. Biasa saya guna kicap manis, tapi semalam nak try ala-ala mamak. Kicap bermadu..huhu. Bubuh madu dalam 2 sudu, ganti kicap manis. Sedap. Suami jer kata kurang pedas. Masuk cili kisar 1 sudu jer. Cili merah pun dah abis stok. Sayur? Haha. Kobis mangan bening. Sah! Laju jer makan...
Pagi ni, masak nasi goreng diadaptasi dari ayam masak kicap bermadu malam tadi. Ada ayam balance dan kuah. Nak buat camano, suami kurang makan lauk manis2. Jadi, lauk tak habis. Orang Selangor camtula.. Saya pula masih lidah pantai timur, tapi ok jer makan makanan Selangor, terutama resipi Jowo tu..
UPDATED:
1. Bahan : Balance ayam dan kuah masak kicap, sayur, nasi.
2. Panaskan sedikit minyak.
3. Tumis cili kisar.
3. Tambah garam n perasa, tuang kuah kicap malam tadi dan daging ayam yang dah disiat2 kasar.
(Masak kicap biasanya rasanya manis skit, dan saya letak halia 1 inci. Takpelah sedikit bau halia)
4. Sayur, guna sayur barula. Kobis hiris nipis. Masuk.Biar sikit layu.
5. Then, masuk nasi, gaul sampai nasi sampai benar2 kering airnya. Rasalah...uummph.
Ayam masak kicap bermadu tue cam sedap je Kak... tak pedas pun takpe tambah sambal buhlacan pulak.hehe
ReplyDeleteSalam,ijan.
ReplyDeleteItulah. Takder permintaan sambal blacan kat rumah ni. :)