Salam sejahtera,
Suasana Aidilfitri masih terasa. Agaknya siapa yang buat open house ya? Kami dah 3 taun, tak buat open house. Sape datang, kami terima. Tak jemput sesapa. nanti tertinggal, ada yang kecik ati laks. ahaks.
Soal beraya bukanlah soal yang susah bagi saya. Kalau ada kelapangan, mahupun on da way area terlibat, tak kira siang ker, malam ker, kami akan tepon. Jika tuan rumah ader, dan sudi menerima, kami singgah. Maklumlah, dari Rawang nak pegi Subang, Bangi, Gombak, atau sewaktu denganya ,bukanla jarak yang dekat.
Sedey jugak bila terima komen dari tuan rumah yang beritahu takder makanan berat untuk dihidang, kecuali kuih muih.Bukan sedey tak makan. tapi sedey dengar kata-katanya.
Jawab saya dan suami: Ala kak, kami niat ziarah jer. Lenkali belum tentu dapat datang.ye tak? Kita kan saling merapatkan silaturrahim, sempena raya ni.Dari Rawang ke sini, kalu tak beri-ia, tak sampai kami...ihik..
Suami saya, suka pegi rumah terbuka berbanding terjah rumah orang. Jadinya tak beraya mana2.Saya ajak beraya umah kekawan masa malam, pun tak nak. Yala, sapelah ada masa siang hari.
Umah jiran sebelah, dan jiran2 kat atas nih pun tak beraya lagi.Nak tunggu jemputan, uhuk. Bila agaknyer...
Niat saya, utk merapatkan silaturrahim. Time raya2 ni, saper la nak marah sebab kita datang beraya, kan?Boleh bermaaf-maafan.Rasa bersalah ni, kat jiran2.Uhukss...
Imam Ibnu Hibban yg meriwayatkan bnyk hadis telah mngkhususkan satu bab dlm kitab sahihnya.
Diantara manfaat dan keuntungan yg akan di perolehi oleh org yg suka mnghidupkan silaturahim dlm kehidupan nya ialah....
1.Dimurahkan rezeki dan diberi kelapangan dlm mencari rezeki.
2.Di panjangkan umur dan mati dlm kebaikkan.
3.Kaya harta.
4.Mendapat kasih sayang.
5.Dihindar daripada kesempitan dan jatuh miskin.
Dari Abu Ayub Ansori r.a.bahwa ade org bertanya kpd rasulullah s.a.w."khabarkan kpd ku tentang 1 amalan yg memasukkan aku ke dlm syurga"
Rasulullah s.a.w. bersabda"Beribadah lah kamu kepada Allah,jgn mempersekutukan Nya dgn sesuatu apa pun,dirikan solat,tunaikan zakat dan BERSILATURAHIM"(Riwayat Al- Bukhari)
Sumber: mimieloma
Assalamualaikum nurindah.
ReplyDeleteKakchik pun kalau sempat akan cuba singgah rumah kawan2 tak kira ada open house atau tidak, tapi telefon dulu la kan. Suami pun tak suka main terjah tanpa notis, cuba kalau orang buat kat kita kan, haru juga. Samalah kita, bukan niat nak makan kuih raya tapi nak eratkan ukhuwahkan.
Salam Kak Nur.. waktu hari raya lah hari yg sepatutnya buat rumah terbuka. Terbuka maksudnya terbuka kepada siapa2 saje yg datang utk beraya.. Mcm akak kate, boleh eratkan silaturrahim :)
ReplyDeleteTrend zaman sekrg, time raya ada rumah terbuka. Kena jemput org datang rumah. yg main terjah2 tu, selalunya rumah sedara mara je. Akak dan suami pun mmg jenis suka jalan2 umah kenalan dan sahabat handai. Yalah, time raya la waktu yg sgt sesuai utk ziarah menziarah, kunjung mengunjungi. Kalau diorang tak buat open house pun, kami pegi je..hehhe, tp dgn syarat telefon atau maklumkan dulu la.
ReplyDeleteTO KAK CHIK - mesti, mesti ada notis. kami tunggu reply tuan rumah dulu. cuma umah sedara jer tak buat macam tu. ihiks..
ReplyDeleteTO BLOGRESIPI - yalah ijan. kerana orang2 jauh memang susah sangat nak datang umah kami ni. Sebab tulah, kalu mereka singgah,apa yang ada dihidang. Saya happy sangat.apa-apa jerla.janji mereka sanggup menapak ke rumah kecil kami ni.
p/s:Kadang2 my MIL komen jugak, pada sedara,kena hidang makanan berat,kesian budak2. Hu hu, nak buat camner...
TO KAK KIN HASHIM - Hm, suami nak terjah umah sedara pun tak nak,kak. Bukannya tak bole tepon. Penyegan sesangat. Dulu2 masa bujang, suami kalau gi umah sedara beramai2 ngan mak ayahnya.Dah biasa kot.
p/s: Saya pn laaaaagi segan. yala, umah sedara suami. tapi at least kena paksa suami gi umah MAK SEDARA, kan? Tak kisah la masa bila.