Kereta yang tiada kena mengena ngan post. Sekadar menceriakan hati :)
SABTU
Tengahari, kami mendapat jemputan open house di rumah teman sekerja suami. Saya tak sempat berbual dgn isterinya. Pasangan suami isteri itu muda lagi. Di sana, saya memnita tips topping coklatnya yang tebal dan kurang manis. Sesuai dgn moist cake yang dibuatnya. Kata isterinya, 1 bar coklat, tambah susu sejat n sedikit majerin. Ala-ala ganache tak? Saya pernah makan brownies ngan topping macam ni.
Terima kasih banyak kerana menjemput kami n for that recipy :)
Kami akan balik Banting kejap lagi. My MIL (mother in law) menghidapi penyakit TIROID. Penyakit yang tak pernah disangka akan dapat. Keputusan ujian darah terlalu lama, sebulan baru akan dapat. Jadi, tidak tahu, bengkak di bahagian leher itu, tiroid aktif atau tidak.
Pernah dengar kata2 orang tua lama? IBU, ISTERI... TIANG SERI RUMAHTANGGA. Jika isteri dan ibu kurang gembira, semua seisi rumah akan turut merasakan. Itulah yang ayah rasakan, dan suami saya rasakan walaupun mereka sembunyikan dalam hati.
Bagi saya yang dah biasa lihat penyakit ni, kerana my SECOND SIS, SUZI, juga menghidapi tiroid ni dari zaman sekolah. Skrang, dah umur 27 tahun. Tiada putus doa saya melainkan, dia mendapat kesihatan dan jodoh yang baik. Walaupun banyak cerita yang saya dengar ttg kesan tiroid, tapi tiada putus harapan saya agar dia mendapat keluarga yang bahagia.
Di Banting, saya lihat, mak masih aktif membuat kerja rumah, memasak tepat pada masanya, dan masih tersenyum. Katanya, ada simptom seperti penghadaman ada masalah, pening. Kurang selera makan. Lebih2 lagi mak merupakan penghidap darah tinggi. Walaupun di masa ini, tekanan darahnya stabil,tetapi, perlu berhati2 menjaga makanan.
Kami hanya menunggu keputusan ujian darah keluar dan berharap tiroid itu tak aktif.
AHAD
Kami bertolak balik ke Rawang petang. Singgah di rumah ibu saudara suami di Sijangkang, Cik Timah.
Juga singgah di rumah Wak Long, bapa saudara suami, di Sijangkang juga. Betanya keadaan Ainin yang ada appendiks. Rupanya the girl dah balik asramanya. Rupanya doc cakap, belum boleh buat pembedahan. Jadi dia balik ngan surat report dari hospital Klang. Moga dia sempat menghadapi exam final year.
Sempat lagi singgah rumah abang Mat Seh, di Taman Shamelin. Dia sepupu suami. Dah lama dia ajak.Ini baru sempat singgah n kenal rumahnya. Abang Mat Seh ialah kartunis utuk TELAGA BIRU dengan nama pena ATHOOL. Baru tahu dia freelance kartunis. Terima kasih, abang Mat Seh dan isterinya kerana juadah mihun tomyam yang sedap...
Jalan agak sesak. Sampai di rumah pukul 1 pagi.
emmm...nampak sedap..mesti delicious!
ReplyDelete