Ini hanya utk rujukan saya. Tiada kena mengena ngan mana2 resipi. heheh. Lenkali, supaya saya dapat rujuk untuk bajet masa.
Rabu:
Beli siap2: suhun, tauhu kering, tempe,cili merah,santan,2 tin laici,susu segar, telur saiz B,bunjut utk sup tulang, polisterin mangkuk, polisterin gelas.
Khamis:
10.15 a.m : keluarkan tulang utk direbus ngan halia ketuk, cairkan ayam dan udang, santan di bahagian bawah. basuh telur utk buat puding roti.
10.30 am : rebus ketupat nasi, mula2 tutup periuk dan guna api sederhana sebab air nasi keluar. Sambil tu, basuh kacang panjang, cili merah, tauge, kopek bebawang, halia, kunyit hidup.
11.00 am : Nasi impit tak masih tak keras, kurang menjadi. Jadi buka tudung periuk, dan tambah air, dan pasang api kuat. Buka tin laici, tapis airnya (air utk hidangan minuman).
11. 40 pm : angkat nasi impit. Alhamdulillah menjadi. Buat puding longan. Timbang agar2, dll. Panaskan agar2 atas api sehingga hancur, dan campur semua bahan. Sejukkan skit. Susun laici dalam gelas khas puding. Tuang adunan agar2.
12.00 pm : siap masak puding longan,masukkan dlm peti ais. Lepas tu,potong roti sandwich untuk buat puding roti dan susun dalam bekas pembakar. Panaskan oven 180c selama 15 min. Mix telur, dan tuang atas dulang roti. Set 40 min.
12.15 pm : Tumbuk bawang + rempah ratus tambahan utk sup. Tambah air sup tulang, buh sup bunjut tulang . goreng bahan tumbuk di api penunu sebelah sebelah. Angkat bahan tumis, masukkan ke dalam sup tulang. Kacau, tambah garam dan perasa.
1.00pm : puding roti masak. Rendam suhun utk masak lodeh.Rehat jap. Tumbuk cili api utk buat sambal kicap.
2.00 goreng suhun utk pelengkap soto. Mula masak lodeh. Tumis bahan tumbuk, masuk sayur, biar sebati dan skit layu. Masuk santan. siap masak lodeh. Lepas tu, goreng ayam utuk buat ayam siat sebagai pelengkap soto.
3.00pm Siap. Mandi dan solat.
5.00 pm kemas dapur dan ruang tamu. Isi balang2 biskut raya.Kemas meja hidangan.
6.00pm Buat minuman laici. Panaskan air, buat teh kosong skit, masukkan dalam jag dan tuang air laici. Tambah air gula 2 sudu. Buah laicinya dipotong kecil2.Buat 2 jag, isi airnya sukatan 1/3 jag. Potong nasi impit. Dan potong puding roti. Letak juga pelengkap soto, taugeh, suhun, sambal kicap. Tutup.
7.00pm : Suami balik : Beli ais. Solat maghrib dan Isyak. Isi ais dalam jag air teh laici. Lepas tu, panaskan masak lodeh , dan sup tulang. Hidangkan. Letak mangkuk2 polisterin.
No comments:
Post a Comment