
Masa suami balik kerja, katanya ada jemputan makan kat rumah seorang teman sekerja. Tak ingat namanya, tapi isterinya dipanggil Kak Ana. Jadi, lauk yang dimasak hanya dimakan sikit. Ingat nak buat bersahur.
P/S: Terima kasih, ya kak Ana sekeluarga kerana menjemput kami ke rumah.
Last2, tak jadi pose. Suami sakit kepala. Bangun pagi tadi, dah Subuh.Jadi, saya buat sarapan. Ingat lagi, nasi goreng my MIL yang sedap..;)
NASI GORENG - asal MY MIL (my mother in law)
Hanya tumbuk cili padi + bawang putih + bawang merah + ikan bilis .Tumiskan bahan tumbuk, dan tambah skit garam dan perasa. Masuk nasi, gaul2. Kata mak, lagi sedap kalu guna nasi kelmarin dari nasi malam tadi. Rasanya betul2...kaw! Pedas..hihi
Justeru, kerana sambal tutok dah merangkumi bahan2 resipi nasi grg my MIL, saya cuma basuh lauk tomyam ,supaya hilang rasa tomyamnya.Gaul2 nasi putih.Panaskan minyak dalam kuali,masuk skali sambal tutok n lauk pauk tadi, tambah garam. Gaul2 kejap .Then, terus masuk nasi putih . Gaul rata. Hidangkan.

Tumbuk ikan bilis skali ye kak.. mesti best tue. kalau lagi pedas lagi best.. ;)
ReplyDelete