Saya dok susun atur resipi ni tadi. Senang nak rujuk lenkali. Yalah, kita rasa masakan western ni macam payah dan susah diterima tekak. Tetapi sbb saya pernah lihat di jamuan seorang rakan yg letak dlm cup kecik2, jadi saya nak try . Kebetulan ada majlis makan-makan di rumah sepupu, BBQ kambing. Jadi, saya sertakan masakn western juga, biar sama tema. Tawakal jer buat, dgn feedback yg bagus2 kat Myresipi. :) Sedap tak sedap, family yg makan. Tapi Alhamdulillah, boleh diterima oleh orang tua, mahupun orang muda. Siap kata talam berlauk versi omputih. ;)
Bagi saya, shepherd pie ni dah sedap, penuh kalsium, carbo, dan protein, ngan sayur juga.... :)) Terima kasih buat kedua-dua empunya resipi yg saya combine dan mohon halalkan share kat sini.
SHEPHERD PIE
Resipi pie: salwahcm MyR
Resipi Topping: Yani MyR
Shepherd Pie salwahcm MyR
Bahan-bahan ( 2 orang )
#Bahan untuk Inti#
250 gram Minced beef
100 gram mushroom (kalau ada budget lebih sedap guna fresh mushroom jenis portabello, kalau susah button mushroom yg dalam tin pun ok) - (nurindah: cendawan butang tin jenama ayam brand dibelah empat, tos kering.)
1 biji bawang besar yg kaler kuning (Potong dadu) - (nurindah: saya guna bawang biasa je)
2 sudu besar Mushroom soup (cream) brand Campbell - (nurindah: ada dlm foto)
Boleh juga masukkan sayur2an lain spt celery, carrot atau brocoli. (nurindah: tak bubuh sayur)
#Topping#
Mashed potato (ikut resepi Yani) atau boleh juga pakai instant potato
Mozarella Cheese - nurindah: saya guna shredded cheddar je.

Mashed Potato Yani MyR
Bahan-bahan ( 2~3 orang )
2 biji ubi kentang
1 sudu besar butter
3~4 sudu besar susu segar
sedikit garam
sedikit parsley-dicincang(optional)
Cara buat topping:
1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagian. Rebus
sehingga empuk. (nurindah: cucuk ngan garfu utk tahu ia empuk)
2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu. (nurindah: toskan kentang, saya lenyek semasa kentang msih panas)
3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api.
4. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
5. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata.
Siap untuk dihidangkan (nurindah: saya guna utk topping shepherd pie).
Cara-cara buat Shepherd Pie:
1. Goreng bawang sampai agak layu.
2. Masukkan cendawan (step ni kalau guna cendawan fresh) kalau tak skip ke step seterusnya.
3. Masukkan minced beef, goring agak2 nak kering.. (nurindah: saya tambah air dlm step ni, tutup kuali, guna api rendah shg empuk dn kering air)
4. Masukkan krim mushroom, kalau daging tu liat tambah air sikit, masak sampai jadi pekat and agak kering.
5. Masukkan cendawan (cendawan tin) dan sayuran2an lain.
6. Perisakan. Tapi biasanya tak perlu letak garam sebab cream mushroom tu dah masin. (nurindah: saya masak lagi shg air dr cendawan butang agak kering)
7. Ketepikan.. (nurindah: saya buang lebihan minyak daging)
8. Letak inti dekat base loyang ke corningware ke atau bekas aluminium foil cam yg saya guna tu pun ok. (nurindah: loyang)
9. Letak mashed potato , taburkan mozzarella cheese
(nurindah: saya guna hampir 3/4 paket. Menutupi topping kentang.)
10.Bakar dlm oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cair kan cheese. (Biasanya dlm 10-15 minit je)
11. Sedap dimakan panas2. (nurindah: walau dah sejuk, ia masih sangat sedap. Orang tua-tua yang makan, katanya macam talam berlauk versi omputih ;)

Salam indahhh!! oh tidakkk!!!! kita suke shepperd pie ni sedapppppp!!! resepi yg sama jugak kita buat dr salwa niii mmg besttt!!! buat sekali jer tpnyer sbb kita sorang2 yg makan nanti kalau rajin2 sikit buat lagi lah sbb sedap :D selamat berbuka ya indah walau lama lagi sbb petang2 kita bz sikit hihihi...
ReplyDeletesinggah tgk2 resepi yg best2 kat sini...:)
ReplyDeletepuasa2 ni jln2 blog masak2 mmg kena bnyk bersabar..sedap2 semuanya. :)
ReplyDeleteNampak perfect pie ni..
ReplyDeletesalam indah.. sedapnya nampak shepherd pie tu .. lama juga akak tak buat.. ada step by step lagi.. bagus indah
ReplyDeleteSalam ika,
ReplyDeletehehe... memang mnjadi kan? cibuk apa tu cayang.. saya petang2 pun sama sampaila ke malam. hubby demam lagi lak, kena usap2 skit. hehe..
Salam kak sofea,
ReplyDeletesalam singgah kak.. saya guna resipi orang juga . ;)
Salam Del,
ReplyDeletetahan... dugaan tu. Saya pun syegan ni, nak tayang air. Takut terdosa. Tapi just nak share idea. ;)
Salam kak Nieza,
ReplyDeleteAiseh kak. firts trial ni. tak tau la jadi ke tak. Tapi rasa sedap juga. Agaknya sbb saya skip sayur campur. Suka cendawan tu jer. :))
Salam kak juwita,
ReplyDeleteBuat rujukan saya juga kak. Nampak gambar ste2 ni, baru saya naik sheikh nak masak. kalu tidak, rasa layu jer. hehe...