Sambal kerang. Kerang2 yang kami beli kali ni, memang isi kecit2. Jadinya, sambal nampak lagi banyak dari kerang. Tetapi sambal ni, saya puas ati la, sebab pekat. Saya ni, mana pandai buat sambal. My Hubby selalu komen sambal yang saya buat tak pekat. Akhirnya saya ikut Resipi Chef hanieliza, FP . Alhamdulillah, puas hati. Terima kasih banyak kak liza sebab share resipi. Saya amik resipi untuk catatan saya. Mohon izinkan..
SAMBAL KERANG
Bahan
1 kilo kerang [kukus dan ambil isi sahaja]
1 labu bawang besar [mayang/hiriskan]
1/2 cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
garam
gula minyak
Bahan kisar
20 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata.
3. Masukkan gula dan garm, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan kerang dan bawang besar. Kacau rata.
5. Biarkan sebentar supaya bawang agak layu dan tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi biasa/nasi lemak atau mee kari.
No comments:
Post a Comment