Seingat saya, saya paling suka amalkan al-Mathurat di masa asrama di sekolah menengah dulu. Maklum, jauh dari ibubapa, masalah ditanggung sendiri.. menjadikan ia salah satu kekuatan untuk peribadi. Namun, dah lama saya tak amalkan. Apa yang terjadi satu peringatan. :). Bole mendengarnya secara MP3 di blog kak fzi, pandangan kasih.
Ayat-ayat Ruqyah. Mengikut pengamal perubatan islam, ayat2 ini adalah untuk menghindar dan merawat gangguan. Di bawah adalah artikel dari salah satu blog Darulmukmin.com. Kita tak tahu dari mana kelemahan kita yg menjadi tarikan syaitan, Qarin, mahupun jin. Justeru itu, marilah kita amalkan ayat2 di bawah untuk menjadi kekuatan di dalam diri dan keluarga. Insya Allah...
Ruqyah syariah bermaksud ayat-ayat di dalam Al-Quran yang dibacakan kepada seseorang untuk mengubati penyakit, menghilangkan gangguan jin atau sihir, perlindungan diri/harta benda atau sebagainya. Ayat-ayat Al-Quran ini berasaskan daripada doa dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur-unsur kesyirikan.
Yakinlah bahawa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling efektif untuk menghilangkan sesuatu penyakit adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :
Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman."
( QS. Fushshilat : 44 )
"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman."
( QS. Al-Isra' : 82 )
Oleh itu, di sini saya sertakan beberapa potong ayat ruqyah sebagai ikhtiar penyembuhan dari pelbagai penyakit. Ayat tersebut hanyalah sebagai ikhtiar dalam rawatan dan doa. Marilah kita beriktikad bahawa kesembuhan yang hakiki datangnya dari Allah SWT jua. Allah berkuasa makhluk tiada kuasa.
Updated 27 jun:
1. syeikh sa'id al-ghamidi - ayat-ayat Ruqyah dari Al-Quran.mp3. DOWNLOAD MP3
2. Nota buku ayat2 Ruqyah, cara amalan, kelebihan.pdf . DOWNLOAD PDF
1) Surah al-Fatihah
2) Surah al-Baqarah (Ayat 1-5)
3) Surah al-Baqarah (Ayat 102) ulang beberapa kali.
4) Surah al-Baqarah (Ayat 163-164)
5) Surah al-Baqarah (Ayat 255)
6) Surah al-Baqarah (Ayat 285-286)
7) Surah Ali Imran (Ayat 18-19)
8) Surah al-A'raf (Ayat 54-56)
9) Surah al-A'raf (Ayat 117-122)
10) Surah Yunus (Ayat 81-82)
11) Surah Toha (Ayat 69)
12) Surah al-Mu'minun (Ayat 115-118)
13) Surah as Shoffat (Ayat 1-10)
14) Surah al-Ahqof (Ayat 29-32)
15) Surah ar Rahman (Ayat 33-36)
16) Surah al Hasyr (Ayat 21-24)
17) Surah al-Jin (Ayat 1-9)
18) Surah al Ikhlas
19) Surah al Falaq
20) Surah an Nas
Selain itu, boleh juga baca di zaharuddin.net tentang amalan-amalan yang menjauhkan sihir : http://www.zaharuddin.net/content/view/151/91/
Terima kasih atas nasihat dan teguran teman2... :)

salam Nur..akak kat rumah ni memang pasang ayat2 RUKHYAH sehari 3 kali (CD laa...) sebabnyer umah akak ni ada banyak benda2 yg tak sepatutnya, tambahan plak ada budak kecik.. selain tu, akak ada gak beli CD alquran, 1 juzuk..ambik masa 25 jam untuk habis satu CD tu..mmg bagus kalo ada ayat2 alquran dipasang kat umah ni, rumah pun jadi 'sejuk' jer..
ReplyDeleteSalam nur...
ReplyDeleteThanx nur linkkan mp3 al-mathurat dekat pkasih... alhamdulillah sama2 kita cuba istiqamah amalkan nur... :)
Salam kak noorma,
ReplyDeletebagus juga ayat2 ruqyah ni ya. saya baru tau. selama ni tau al-mathurat. Insya Allah, moga2 dapat membantu masalah kita dgn izin Allah.
salam kak fzi,
ReplyDeletesama2 kak. saya ada baca post kak aritu. tapi tak sempat tinggal jejak. :D